Friday 31 October 2014

Nurich Lacto-Lite



NURICH LACTO-LITE


Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.


Apa itu Lacto-Lite? 
Lacto-Lite ni merupakan minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin yang menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin bagi menjamin kesihatan sistem penghadaman (gastrousus) dan badan kita.

Ia adalah sinbiotik yg menggabungkan kedua2 probiotik dan prebiotik, tidak mengandungin sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap) makanya, sama sekali takkan menyebabkan kekejangan perut mahupun cirit-birit.
 

Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia. Bakteria baik didalam usus kita yang berfungsi untuk menyerap semua nutrien makanan ke dalam tubuh. Ia adalah penting untuk menjamin kesihatan usus kita.

Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus. Selain dari itu prebiotik juga adalah m
akanan atau nutrisi yang diperlukan oleh Probiotik utk berkembang dan berfungsi dgn baik.

Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan, menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.

Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.

Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Kandungan Utama Lacto-Lite?
Inulin, serbuk yogurt dengan kultur hidup Lactobacillus, serbuk konjak, oligo-fruktosa, maltodekstrin, serbuk vanila dan silikon dioksida dan kondisionaer makanan (agen antipengerakan) yang dibenarkan

Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu, Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).



testimoni nurich lactolite yogurt drink disahkan halal dan premium beautiful corset cdm rohana
Sijil Halal Lacto-Lite


Nurich Lacto-Lite sangat sesuai untuk siapa yerrr?
Sesuai untuk semua jenis kaum manusia kat atas muka bumi. Seriously. Especially, yang ader masalah susah sangat nak buang air besar. Means, sometimes kalau dapat membuang pun uolls rasa macam tak lawas dan tak puas. Lacto-Lite nie memang sangat sesuai untuk breastfeeding mothers, sebab ramuan nyer takkan sesekali mengurangkan susu badan. Yes, a few of my customers have tried dan takder effect kat susu badan. Lacto-Lite adalah untuk anda jika anda  salah seorang yang :
  • Obesiti ~ Berat Badan Berlebihan &  Perut Buncit
  • Sembelit
  • Menjaga Kecantikan Badan
  • Tahan terhadap asid perut & garam hempedu.

Keberkesanan Nurich Lacto-Lite?
  • Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya.
  • Menyekat patogen dan cirit-birit.
  • Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan sembelit.
  • Meningkatkan daya imunisasi badan.
  • Menggiatkan sintesis nutrien makanan.
  • Merangsang penyerapan nutrisi dalam usus.

Macam mana Lacto-Lite membantu badan kita?
  • Menurunkan berat badan
  • Masalah sindrom usus rengsa
  • Menyekat patogen dan cirit birit
  • Menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus dan mencegah sembelit
  • Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan bakteria yang berbahaya.
  • Meningkatkan daya imunisasi organisma.
  • Menggalakkan penghasilan pelbagai nutrisi oleh badan.
  • Menggalakan penyerapan nutrisi dalam saluran usus.
  • Membantu masalah jerawat dan nafas berbau.
  • Menyingkirkan TOKSIN dalam badan
  • Meningkatkan metabolisme untuk MENGURANGKAN berat badan
  • Menggalakan PERTUMBUHAN bakteria baik
  • Membantu PROSES penghadaman
  • Membantu melegakan SEMBELIT (Untuk kesan terbaik, minum 2 liter air kosong setiap hari)
  • Membantu SINTESIS vitamin 

Keistimewaan Lacto-lite adalah :
  • tahan terhadap asid perut dan garam hempedu
  • berkeupayaan hidup & mengekalkan aktiviti walaupun ketika disimpan.
  • berkebolehan melekat pada sel usus dengan baik.
  • Diiktiraf oleh FDA sebagai Generally Recognized as Safe
  • Tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit-birit.
  • Tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yg bersifat laksatif (julap)

Cara Pengambilan Lacto-lite
Campurkan 1 bungkus Nurich Lacto-Lite ke dalam 200ml air bersuhu bilik, jus buah-buahan atau minuman lain, sebungkus setiap pagi dan malam.





ONLY RM 158 !!!
25 Sachets
(FREE POSTAGE)

Lacto-Lite ini lah rahsia kempis perut dan memastikan semua makanan yang kita makan dihadam dengan sebaiknya…makanan yang dimakan tidak akan disimpan dalam badan kita dan menjadi lemak sebaliknya akan keluar sebagai bahan buangan kita… haaa... bestkan... lemak no more!!! Bagi wanita-wanita diluar sana, inginkan bentuk badan yang lebih anggun & ideal, combination Lacto-Lite ni bersama pemakaian Premium Beautiful. Memang terbukti boleh lebih cepat slim dengan pengambilan Lacto-Lite ni bersama pemakaian Premium Beautiful. InshaAllah dida akan post testomini Lacto-Lite for the next Entries... 





Banyak penyakit adalah berpunca dari perut!!! 
Jadi sayangilah usus kita!!! 
Lindungi usus dengan produk berkualiti dan selamat!!!


Next Entry I will post about Testimoni Lacto-Lite... 


Stay tune okay!!!



Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Tuesday 28 October 2014

7 Rahsia Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan


Assalamualaikum semua,

Hari ni dida ada terbaca satu artikel tentang 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan muslim di laman web Peniaga Melayu. Dida rasa semua orang tahukan  9/10 punca rezeki adalah datangnya dari business. Bermula kecil or besar bukan ukuran, yang penting konsisten. Tanam azam nak jadi kaya supaya dapat membantu family suatu hari nanti. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan..betul tak? 

Bagi usahawan yang ingin berjaya dalam perniagaan boleh la kita sama-sama praktikkan tips-tips rahsia kejayaan usahawan dalam perniagaan ni tak kisah la ape jua business yang uolls lakukan yang penting halal dan jujur. Dida doakan semua berjaya dan success di dunia dan juga di akhirat.  Amiiinn... 


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan




Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Time To Plan

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

When you don't give up!
YOU CANNOT FAIL

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Saling bantu membantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.
Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri


Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.


#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat






Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.


RUMUSAN

Ramai daripada mereka ni hanya hangat - hangat tahi ayam je. Apa yang dida nampak semuanye nak ambik jalan mudah dan singkat. Sebab itulah ramai yang kene tipu dengan Skim Cepat Kaya. Dalam business ni tak ada jalan mudah, setiap perkara perlukan pengorbanan, ketabahan, kesabaran dan yang paling penting sekali berusaha. Jangan sesekali berputus asa, berusahalah kerana suatu hari nanti ape yang kita usahakan itu pasti berbaloi dan kita pasti akan mendapat hasilnya. 

Apa yang dida dapat lihat disini ramai yang salah faham tentang business MLM ni. Ramai juga yang bertanya kepada dida kenapa memilih business ni . Sedang kan business yang dida pilih ni adalah business MLM. Ramai yang kata MLM ni penipu la dan hanya menguntungkan orang atas. Tapi sebenarnya tak. Jika kita berusaha kita la yang akan dapat hasilnye. Uolls tau tak, tanpa uolls sedari sebenarnya kita bekerja sekarang pun hanya menguntungkan orang atasan sahaja. Kita sebagai orang bawahan ada dapat apa-apa faedah tak dari syarikat yang uolls bekerja sekarang. Keje bagai nak mati tapi gaji ciput aje, bonus pun dapat skit aje. Ibarat yang kaya bertambah kaya yang susah bertambah la susah, yang teruk sekali orang bawahan macam kita ni la. Keje bagai nak rakkk appreciation dari orang atasan langsung tak ada. Kadang-kadang kita bukan nak ape pun at least cakap la terima kasih ke. Bila staff sakit tanya la kabor ke. Ini idak...  errrmmmm hampeh tul... 

Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum yang Malaysia ni memang terkenal dengan MLM. But some people tak faham apa itu MLM, sebabnya ada juga money scheme or money game yang berlindung di sebalik nama MLM. Actually business MLM tu tak salah, yang salah adalah manusia itu sendiri. So sebagai pengguna kena buat pilihan bijak. First sekali must do your own research. For those yang tak tahu pasal Hai-O meh sini dida bagi tau sedikit sebanyak tentang Hai-O. Hai-O masih kekal kukuh biarpun dah lebih 22 tahun dan masih di papan utama BSKL since 1996. So bagi pembaca yang mungkin tertanya-tanya kenapa dida memilih business ni boleh la membaca di blog leader dida sendiri iaitu Shaliza Aziz Kenapa Saya Pilih Business Hai-O & GLAM <~ uolls boleh klik je kat sini ye.


Sekian coretan dida kali ini untuk tatapan pembaca \^_0/





Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Monday 27 October 2014

Tangy Orange New York Cheese Cake

Picture dari Lia Noor Muslieah


Assalamualaikum semua,

Korang mesti terkejutsss nape entries dida kali ini post pasal resepi cake. Pada hal family dida sedia maklum yang dida ni bukan hantu benda manis-manis especially cake. If kalau sambut hari jadi dida, dida memang tak kisah jika kek tak ada. Jika ada western food memang laju dida makan. Terutamanya domino pizza, spaghetti, lasagna cheese, roti dan macam-macam lagi la western food. Dida pun hantu makanan melayu, kalau menu kampung tu perrrhhh... memang tak akan tolak punye. Kompem makan bertambah-tambah, orang tak suh tambah pun dida akan tambah sendiri... hihihi... memang muka tak tau malu (sedar pun diri... hahaha). 


Sebenarnya resepi cake ni bukan resepi dida, tapi my bizz partner punye resepi Lia Noor Muslieahblog dia http://www.dulujanda.com/. So sebarang pertanyaan pasal resepi bole tanya kat dia la ye... Dida ni just tukang makan aje. hahaha... Actually kami kenal pun dalam bizz ni jugak dan kami didalam group yang sama iaitu under GLAM & The Diamond Circle.  Bila dida tengok dia post picture cake ni terus terliur dan minta resepi. Dengan harapan my sister shasha boleh buatkan cake ni untuk adik dia ni haaa... (aku la tu) . To my sister boleh buatkan tak kek ni??? 


So jom kita tengok cara-cara untuk membuat NY Cheesecake Versi Mok Cik Kiah


Cake base /Lapisan bawah :

1 Biji Telor 
20z Butter 
20z Caster sugar gula halus 
20z Tepung gandum... Tak payah guna tepung kek. Guna tepung biasa yang dah siap di ayak. Semua bahan ni masukkan dalam satu mangkuk pukul sehingga sebati. Tuang kan ke dalam acuan spring release yang telah di lenserkan dengan sedikit butter. Lenserkan di kelilingnya birai juga. Ratakan aduanan kek supaya sama rata di atas tapak acuan. 
Ketepikan.

Ramuan cheese filling.

500gms Cream Cheese 
4 Biji Telor 
8oz Gula Caster 
225gm Sour Cream (8oz) 
2-3 Sudu Besar Tepung Gandum - ayak dahulu ye... 
1.5 Camca Teh Vanilla Esen 
Sebiji lemon di sagat kulitnya (2 sudu teh) 
Perah lemon sebiji tadi di ambil juice.


  • Topping optional kalau tak nak bubuh topping pun tak per dear...buat topping dahulu sebelum buat kek. 
  • Fresh blue berry or buah strawberry. Ikut suka quantity..kalau nak guna strawberry preserve atau jem blue berry untuk di jadikan topping pun tak per. Hen tak payah buat sauce guna jem jer... pun boleh jugak... 
  • Kalau nak buat topping sauce fresh fruit sendiri guna empat biji strawberry hiris nipis. 
  • 2-3 sudu besar gula 
  • Perahan separuh lemon. 
  • Masukkan buah strawberry kedalam periok, + gula & perahan + ½ lemon. 
  • Jerang atas api sederhana perlahan-lahan... Jangan tambah air. Tungggu hingga gula cair dan lenyekkan strawbwry dengan sodek (senduk). Sehingga campuran menjadi pekat & likat. Sejukkan. Sapukan atas kek bila kek dah disejukkan nanti.

Bancuhan cheese filling. 
  1. 500gm cheese letakkn  dlm mangkok di room temp. 20 min untuk dia jdi lembut sikit dan mudah di pukul.
  2. Masukkan gula  kdlm mgkok cheese dan pukul sebati...
  3. Masukkan telur satu satu dan pukul sebati...
  4. Masukkan sour cream dan pukul lagi hingga sebati msukkan grated lemon rind. Kulit lemon ..
  5. Masukkan esen vanilla dan lemun juice dan akhir sekali masukkan 2- 3 sudu besar tepong gandum yg diayak dan kacau sebati.
  6. Tuangkan kedalam acuan  spring form ke atas kek base yg dah siap tadi.
  7. Bakar dlm ketuhar 130. -150 deg Celcius 1  1/2 jam. Bila selesai di bakar biarkan kek dlm oven dlm 40 min sebelum di keluarkan.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di letakkan topping.

Selamat mencuba... (^_^ ) 




Picture dari Lia Noor Muslieah


Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday 23 October 2014

Sijil Halal Produk Hai-O Marketing



Assalamualaikum semua,


Disini dida nak share something with uolls semua Sijil Halal untuk produk2 Hai-O. Untuk pengetahuan semua dalam Hai-O, Top Management adalah orang Islam. So kami memang sangat concern pasal HALAL ni. Selain kami menjual kami juga adalah pengguna produk2 Hai-O. Produk yang terdapat di dalam Hai-O ni sememangnya berkualiti dan sentiasa High Demand. Jadi benda yang baik tak salah untuk kita berkongsi bersama. So disini dida sertakan salinan Sijil Halal beberapa produk keluaran Hai-O Marketing. 


Sijil Halal untuk produk BB Plus Collagen

Sijil Halal untuk produk Mineral coffee

Sijil Halal untuk produk Herba Maharani
Ketiadaan LOGO HALAL pada produk hanyalah disebabkan PRODUK ini dari LUAR NEGARA (China) dan JAKIM tidak boleh meletakkan logo HALAL disitu.






Sijil Halal bagi produk Marine Essence Series 

 Enquiry Sijil Halal Garlic Tablets



Lab Test Pork Origin


Untuk Sijil Halal Garlic Tablets actually we have before tapi due to relocation kilang kene re-apply. Kita semua sedia maklum untuk dapatkan Sijil Halal JAKIM bukan ambil masa yang pendek. So that why buat post test dulu (DNA) untuk cepat. Dida ambik contoh seperti Coklat Perero yang terdapat di Langkawi, dikotak memang kita boleh lihat tiada pun Logo Halal dan kita tak tahu dorang dah minta ke belum Sijil Halal. Tapi kenapa orang kita still makan jugak. Contoh kedua plak ~> Colgate berapa lama ada dipasaran baru dapat Sijil Halal. Sebelum dorang dapat Sijil Halal tu dah berapa lama kita guna produk Colgate masa tiada/tanpa Sijil Halal. Kita semua sedia maklum untuk mendapatkan Sijil Halal mengambil masa. Jadi pada customer dida di luar sana jangan risau sebab kami memang sangat concern dengan Halal dan Garlic Tablets memang sebelum ni ada Sijil Halal tapi due to relocation kilang kene re-apply. InshaAllah bila dah dapat Sijil Halal dida akan post kat sini jugak. Alhamdulillah sangat-sangat makin ramai customer yang order product2 yang dida jual seperti Premium Beautiful, Marine Essence, Mineral Coffee,  Bio Seleza,  Pil Maharani, Garlic Tablets dan pelbagai product dari Hai-O Marketing. And to all my customer...

Thank you so much to all customer kerana masih mempercayai kami especially pada dida...

Kepercayaan anda adalah keutuhan kami!!


Sesiapa yang berminat menjadi Agent please contact dida directly ye!!!

Dida nak pinjam sat Slogan Altel kejap “Bersatu kita gempak bercerai kita kokak”




Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...