Monday 22 December 2014

Year End Sale‬!

PROMOTION

 






Buy 2 Free 1 Box RM316 FREE POSTAGE 
Nak beli satu kotak pun bole, Just PM me okay for special price!!!



Displaying PhotoGrid_1419231203737.jpg
Buy 4 Free 1 Box RM650 (Not Include Postage)
Nak beli satu kotak pun bole, Just PM me okay 
for special price!!!




RM120 FREE POSTAGE 




Displaying PhotoGrid_1419234804650.jpg
RM100 FREE POSTAGE 




Displaying PhotoGrid_1419234680617.jpg
Buy 3 pcs RM100 FREE POSTAGE 






RM210 FREE POSTAGE 



Displaying PhotoGrid_1419234108869.jpg
Buy 3 Item RM100 FREE POSTAGE 
(1 Marine Essence Beauty Bar)
(1 Marine Essence Shampoo)
(1 Marine Essence Body Wash)



RM40 FREE POSTAGE (Normal Price RM45)



PROMOTION SAH DARI 

22 DIS 2014 SEHINGGA 31 DIS 2014 SAHAJA! 

HARGA AKAN KEMBALI NORMAL PADA 2015




Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 



019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Sunday 21 December 2014

Mewangi - Akim & Majistret



Assalamualaikum readers, ape khabar?

Rindu gilerrr dengan blog dida ni. Baru je abis buat assignment yang bertingkat-tingkat. Test pun alhamdulillah baru je buat semalam. Balik je dari rumah terus buat test. Result tak tau la macam mana nanti. Dida harap sangat result untuk Final Exam ni LULUS dengan cemerlang. Korang semua doakan untuk dida ye! 

Panjang pulak dida mengomel yeee...

Actually sebenarnya nak habaq kat hangpa semua yang dida ni suka sangat dengar lagu Akim & Majistret - Mewangi. Ini semua gara-gara pengaruh dari drama Zahira di Slot Samarinda TV3 sampai budak hensem #Hazim tu pun terikut menyanyi lagu ni. Sebelum ni lagu Frozen, pastu lagu Mewangi plak. 











Jom kita layan lagu sat.






Lagu : Mewangi 
Artis  : Akim & Akim & Majistret







Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff





Monday 8 December 2014

Aspartame Dalam Mineral Coffee?




Hai semua...

Dah lama rasanya dida tak update entry. Lately ni dida busy sikit, maklum la budak student, tak lama lagi dah nak abis sem dan nak masuk Final Exam. Kompem semakin rancak menyiapkan assignment bagai nak rak. Yang paling pening sekali subjek Research Methods. Jika sesiapa yang pandai subjek research methods ni boleh la ajar dida ye... huhuhu... 

Walaupun dida busy dengan study... ramai jugak yang mengorder barang dan ramai jugak yang bertanya pada dida aspartame yang terdapat didalam Mineral Coffee. So kat sini dida nak terangkan sedikit sebanyak tentang aspartame. Ye la ramai yang cakap aspartame ni tak elok dan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan. Jadi disini ingin dida perjelaskan lagi tentang aspartame (pemanis buatan@sintetik). Dida dapat info dan sumber ini dari blog Dr Zubaidi Hj Ahmad. Dekat blog ni Dr. Zubaidi dah pun memperjelaskan secara terperinci tentang aspartame. 

Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak.

Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439. 

Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser.

Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; Comer, CP; Mayhew, DA; Benninger, C; Blackburn, GL;  De Sonneville, LM; Geha, RS; Hertelendy, Z (2002). “Aspartame; Review of Safety”. Regulatory Toxicology and Pharmacology 35 (2 Pt 2): S1-93.

Pendapat ini juga disokong oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat.

Rujuk “Aspartame and Cancer; Questions and Answers”. National Cancer Institute. September 12,2006.

Selain itu ada tuduhan bahawa aspartame boleh menyebabkan genjala neurologi seperti sawan, sakit kepala, dan perubahan mood. Namun tiada bukti biokimia yang menunjukkan aspartame boleh menyebabkan kesan neurotoksik.


Rujuk: Lajtha, A (1994). “Aspartame consumption: lack of effects on neural function”. The Journal of Nutritional Biochemistry 5: 266-83.

Harga RM26.50 (20 sachets)
2 Box RM50.00 (Postage RM8/RM10)

So bagi dida aspartame yang terdapat didalam Mineral Coffee ni selamat untuk diminum kerana mengikut sukatan yang dibenarkan. Tambahan Mineral Coffee ni sangat bagus sebab boleh merawat pelbagai penyakit. Ini kerana terdapat Garam Buluh didalam Mineral Coffee. Actually Garam Buluh ni adalah alternatif terbaik mengekalkan kadar alkali dalam badan. Sebab itu la Mineral Coffee ni lain dari coffee yang lain. Mineral Coffee ni tak bergula, the only coffee yang ada garam, bukan garam masak ye tapi Garam Buluh (garam buluh ni bukan garam biasa dan sangat bagus untuk kesihatan). Yang bestnya pasal coffee ni, rasanya seperti lemak-lemak masin gitu, tapi sedap. Tak terlalu pekat sampai melekat di anak tekak, ala-ala cair tapi tak cair sangat. Just nice la senang cerita. Bila kita isikan air panas, aromanya errrmmm... semerbak baunya menyegarkan. Sedap sesangat, bagi sesiapa yang tak suka coffee sure akan minum coffee punya...Orang yang dah minum coffee ni sure akan repeat order punya.

Bagi yang berpenyakit, jangan risau yerrr, sebab bila minum takkan kencing manis punya dan bagi yang migrain pula bila minum coffee ni InshaaAllah akan release migrain uolls, rasa lebih ringan dan lapang. Kebanyakkan yang minum ni memang mempunyai penyakit seperti migrain, pesakit kencing manis, darah tinggi sebab bila minum coffee ni, kencing manis stable je dan darah tinggi pun okay takkan naik bacaannya. Bagi yang berdiet, bila minum rasa coffee ni akan sentiasa rasa kenyang. Tak lapar pun...Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium. Menghilangkan keletihan fizikal, mental dan melegakan tekanan.




***Tapi nasihat dida uolls jangan sesuka hati tambah susu or gula plak ye. Tak pasal kencing manis or darah tinggi uolls naik menggunung. Apa yang ada dalam Mineral Coffee tu sudah mencukupi. Dekat sini dida nak share beberapa testimoni Mineral Coffee dari Client.


Displaying IMG-20141205-WA0011.jpg

Displaying IMG-20141128-WA0008.jpg

Displaying IMG-20141124-WA0023.jpg


Displaying IMG-20141124-WA0024.jpg



Displaying IMG-20141112-WA0011.jpg



Displaying IMG-20141112-WA0012.jpg



So setakat ini coretan dida kali ini. Bye!!!




Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 



019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff



Wednesday 3 December 2014

Resepi Takoyaki Ala Malaysia



Assalamualaikum semua,

Ari tu dida ada post gambar takoyaki di Instagram dan Facebook dida. Jadi disebabkan my cousin bertanya tentang cara-cara untuk membuatnya so ape lagi... Petang tu lepas balik keje, dida terus search google untuk cari resepi takoyaki. Banyak plak la versi nak buat takoyaki ni. Adoiii pening kepala sudah @~@... So it's depend of uolls nak resepi yang mana satu. Bagi dida just ambik yang mudah-mudah aje lah ye... Jom kite tengok resepi Takoyaki ala Malaysia.

Bahan2 Hiasan Atas Takoyaki :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese (Kewpie) atau uolls guna je mayonis yang mana ada
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
 

Bahan2 Isian Takoyaki :
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Sosej/Isi Udang/Crab fillet (uolls bole guna isi udang @ Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw gitu)

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos :
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle 
(guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki: 

Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit jika nak dicomparekan dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa pun boleh jugak. Just letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..

Bahan2 Adunan Tepung Takoyaki
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp (sudu kecil) tepung jagung
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur

notakaki: 
 
Maksud tbsp dan tsp dalam kebanyakkan resepi. tsp=sudu teh/sudu kecil. tbsp=sudu makan/sudu besar. maap kalau silap pengetahuan.

Cara-cara Membuat Tepung Takoyaki
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau sehingga sebati sampai semua bahan tersebut larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. 
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
 
notakaki

Jika tak cukup air tambah la air tu ye... Tapi agak-agak kalau boleh cair, tapi jangan cair sangat & jangan pekat sangat.. So sedang-sedang saje. Agak-agak cair sikit dari buat cokodok jer...


CARA2 MEMASAK TAKOYAKI :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang 
(uolls boleh guna tisu dapur dicelup dengan minyak, daun panda ke or guna botol sos macam botol yang selalu uolls tengok kat kedai2 buger... lagi mudah)
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. 
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola 

(adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Nanti uolls pusing-ousingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video kat youtube ye. 




Ini versi Jepun



Selamat mencuba ^_^


 

Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...