Friday 18 December 2015

Kesan Pengambilan Pil Herba Maharani

Salam Jumaat,

Apa kabar semua? Dida harap uolss semua sihat2 belaka. Rasanya lame giler dida x blogging. Sowi sangat2 gan uolss. Maklum la busy dengan study, dengan keje hakiki lagi. But don't worry business still on ;) 


So topik for today dida nak kupas sedikit sebanyak tentang tindak balas selepas pengambilan Pil Herba Maharani. Seperti mana yang kitew tahu sistem badan setiap orang adalah berlainan dan bergantung kepada sistem badan dan keperluan badan uolss. Jadi ada diantara kitew ni bila makan sesuatu pasti akan rasa tidak balas tertentu di awal pemgambilan Pil Herba Maharani. 

Antara pertanyaan yang sering ditanya oleh customer "kenapa selepas pengambilan herba maharani , 'periodnya' ada bau yang kurang menyenangkan. Sebelum ini tak de".

"kenapa selepas pengambilan herba maharani , muka naik jerawat, keputihan melampau dan macam-macam lagi pertanyaan dari client".

Dalam erti kata lain kitew kene kenal pasti mengapa ada tidakbalas sedemikian?

But don't worry. Kadang2 genjala ni berlaku hanya untuk sementara waktu sahaja. Ini mungkin kerana berlaku pemulihan dan peningkatan dalam tubuh badan kitew kesan daripada :-

  • Mungkin ada sisa-sisa darah kotor yang mungkin terkumpul dan tak habis keluar dan tiada apa yang boleh menolaknya keluar, tetapi selepas pengambilan maharani , herba ini membantu pembuangan kotoran tersebut.
  • Cara pemakanan yang tidak seimbang dan fast food or mungkin cara makan yang tidak teratur.
  • Suasana tempat kerja yang tidak banyak pergerakan.
  • Kawasan kediaman yang terdedah kepada pencemaran, asap kilang dan lain2 lagi.

Apa yang kitew perlukan adalah BERSABAR kerana ianya hanyalah sementara sahaja. Dan tidak semua wanita yang amalkan Pil Herba Maharani ni mempunyai tidakbalas yang sama. Sebab ianya bergantung kepada masalah kesihatan dan kelemahan sistem badan seseorang.


So kalau selepas uolss ambil maharani kot2 ada tindakbalas tertentu, boleh la check kat bawah ni ye dan solutionya!!!


Tindakbalas Sementara Yang Mungkin Berlaku
Gejala & Punca => Penyelesaiannya

1. Pening kepala, pipi, badan & telinga berasa panas, demam, belakang tengkuk dan sendi terasa sakit
  • Gangguan peredaran darah, asid amat tinggi dalam badan, tekanan darah tinggi atau rendah
  • Teruskan seperti biasa. Amalkan Chlorella & miautan. Banyakkan minum air beralkali, BBA.


2. Mengantuk, letih, tekak kering dan dahaga
  • Kandungan gula dalam darah tinggi sedikit. Kolestrol dan asid tinggi.
  • Tukar cara makan. Makan waktu malam sebelum tidur. Banyakkan minum air beralkali.


3. Tidak mahu tidur
  • Kekurangan kalsium
  • Makan pagi sahaja& kurangkan dos (10biji setiap pagi). Banyakkan minum air beralkali.


4. Sakit pinggang dan lemah bahagian badan
  • Peredaran darah dari buah pinggang tidak teratur (kotor) atau banyak toksid
  • Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali


5. Kerap buang air besar / berdarah
  • Usus besar & sistem penghadaman lemah / kurang berfungsi
  • Kurangkan dos(10biji). Banyakkan minum air beralkali & air kosong


6. Panas & berpeluh – peluh
  • Kekurangan klorofil dalam badan. Kolestrol agak tinggi. Asid & toksid agak tinggi
  • Kurangkan dos(10biji). Banyakkan minum air beralkali & air kosong


7. Kerap kencing
  • Masalah pada pundi kencing. Gangguan peredaran darah, asid tinggi
  • Kurangkan dos(10biji). Banyakkan minum air beralkali & air kosong


8. Terasa sengal-sengal badan
  • Masalah system saraf, hormon tidak seimbang
  • Kurangkan dos(10biji). Banyakkan minum air beralkali & air kosong


9. Kitaran haid berubah ( lewat / banyak )
  • Hormon tidak seimbang. Kelemahan system ovari
  • Teruskan spt biasa, amal Chlorella & miautan


10. Batuk keluar darah
  • Sistem paru-paru rosak. Ada darah beku dalam salur darah terutama pada paru-paru.
  • Kurangkan dos(10biji). Banyakkan minum air beralkali & air kosong.


11. Keluar jerawat
  • Darah kotor. Banyak toksid & asid
  • Teruskan spt biasa. Amalkan Chlorella & Miautan

Jadi sekarang uolss dah jelaskan tentang kesan tidakbalas dari pengambilan Pil Herba Maharani. Macam Dida sendiri mengalami No.2, No.6 dan No.11.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Product atau Herba keluaran syarikat Hai-O : http://dre.hai-o.com.my/notes/  


Antara Kehebatan Pil Herba Maharani

Antara keberkesanan herba maharani (untuk mereka yang mengamalkan pengambilan secara teratur & berterusan)


1. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan & kekuningan
3. Anti bakteria ( sekitar faraj )
4. Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
5. Melegakan migrain & angin dalam badan
6. Menguatkan hati & buah pinggang
7. Melegakan asma
8. Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
9. Menghilangkan bau mulut ( terutama waktu bangun pagi )
10. Menyelesaikan masalah buasir kecil
11. Merangsang hormone estrogen, progesterone & androgen 
    (hormon seks )
12. Memberi kebahagiaan kepada pasangan
13. Kesuburan & awet muda
14. Mencantik, menegang & melicinkan kulit
15. Menaikkan seri muka
16. Menegangkan payudara
17. Menghilangkan kelesuan & muka pucat
18. Melambatkan proses monopouse
19. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam
20. Menguatkan antibodi / imunisasi
21. Melancarkan peredaran darah
22. Amalan semasa pantang ( bersalin )
23. Menambah darah selepas bersalin
24. Menguatkan otot-otot rahim & peranakan
25. Membanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin
26. Menghilangkan urat timbul
27. Mengimbangi tekanan darah
28. Meningkatkan kecerdasan minda 
29. Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
30. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid. 
31. Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita. 
32. Menguatkan tenaga dan stamina.

Cara Pengambilan Herba Maharani
Seringkali ada yang keliru tentang pengambilan herba maharani. So Dida tuliskan semula kat sini untuk rujukan uolss :-

Cara makan yang disyorkan ialah 25-50biji kecil sekali sehari.

Mulakan makan Pil Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid @ datang bulan).

Waktu pengambilan yang terbaik ialah pada waktu pagi sebelum sarapan, kalau berpuasa, makan pada waktu sahur. Nak makan malam pun boleh juga.

Makan mestilah dengan air suam. Namun, menurut kajian yang dibuat, di Malaysia, pengambilan 10 - 25 biji kecil sudah mencukupi kerana herba ini agak panas bagi sesetengah orang. Bagi yang dah biasa dengan herba, ambil 25@ 50biji@ 1pil. (1 pil bermaksud 1 bola putih ).Kurang dari 10 biji TIDAK disyorkan kerana bimbang dos tidak mencukupi.

Alternatif lain, anda boleh pecahkan kepada bilangan yang kecil dengan pengambilan 2 @ 3 kali sehari (sehingga cukup 50 biji sehari). contohnya, pagi ambil 25 biji, malam ambil 25biji.

Kesimpulannya, pengambilan diantara 10 - 50 biji kecil setiap hari mengikut kesesuaian individu itu sendiri.

Biasanya untuk customer Dida, Dida cadangkan ambil 25 biji kecil, sebelum breakfast, 1 kali sehari. Habiskan 6 bola dalam masa 12 hari. Berhenti , tunggu period, selepas period, sambung kotak yang seterusnya.

Kuantiti dalam sekotak = 6 bola putih = 300 biji kecil

** kalau ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak , stop, sambung selepas period)
** kalau ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop, sambung selepas period)
** kalau ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period tak yah makan)

Cara pengambilan mengikut masalah tertentu.
Berikut adalah cara pengambilan Herba Maharani mengikut keadaan yang berlainan :

1.Untuk penjagaan kesihatan, mengambil selepas period dengan 1 
  biji bola selama 6 hari.

2.Jika badan lemah, mengambil selepas period dengan 1 biji bola 
  selama 12 hari atau 2 biji bola selama 5- 10 hari.

3.Untuk Peredaran haid yang tidak tetap, mengambil pada hari 
  ke-6 period dengan 1 atau 2 biji bola selama 20 hari.

4.Jika berlaku ketidakselesa semasa period, mengambil 14 hari 
  sebelum period dengan 1 atau 2 biji bola selama 14 hari.

5.Selepas melahirkan anak, mengambil seminggu selepas 
  melahirkan  anak dengan 1 biji bola selama 10- 14 hari.

Peringatan :

Bagi memastikan keberkesanan, adalah disarankan agar minum air sekurang2nya 2 liter sehari. Tidak perlu dimakan ketika dalam tempoh datang haid @ datang bulan.

Nota :

1. Setiap bulan makan selama 5-10 hari dan kesan produk boleh dirasai selepas 2/ 3 bulan.

Jika badan berasa panas seperti sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat selepas makan, uolss boleh guna satu alternatif seperti berikut:-

2. Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh  
   menggunakan  satu daripada cara alternatif yang berikut :
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan Pil Herba Maharani
(c) Minum lebih banyak air 

Perhatian : 


1. Ibu mengandung dilarang mengambil. 
2. Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat (Elakkan makanan goreng, makan bersifat sejuk seperti salad, buah tembikai dan teh (mengandungi kafein) semasa makan Pil Herba Maharani)
3. Tidak sesuai diambil ketika selsema.

4. Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.
5. Sewaktu makan asid folik atau ubat doktor atau ubat subur yang lain, uolss boleh makan Pil Herba Maharani. Akan tetapi, dinasihatkan uolss makan makanan kesihatan/ supplement ini pada selang masa sekurang-kurangnya 4 jam.
6. Contohnya, selepas makan asid folik, anda boleh makan Pil Herba Maharani selepas 4 jam. 

Harap maklumat yang Dida share ni dapat membantu uolss.

Disini Dida share sedikit sebanyak testimoni Pil Herba Maharani









































RM98




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 



019-2049504 

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

47 comments :

  1. Dida nak tanye kalau lepas period hari pertama makan maharani tapi darah keluar lg.. mcm mn pula tu? Ada kesan apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x digalakkan makan pil maharani ketika datang bulan atau period. Sbg contoh jika dh abis period pastu azalea makan n tetibe darah haid turun. Means sebenarnya darah haid azalea blm abis keluar sepenuhnya. So stop makan dulu if period. Dan makan semula lepas period abis.

      Delete
  2. Askum ida...sy ada baca mengenai kesan pengambilan herba maharani yg eda tulis. Na tanya bulan lepas sy ada makan herba ni tp bulan ni period sy lambat pula. Ingat kan pregnant tp bila cek ve-. Adakah ini salah satu kesan pengambilan herba maharani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear, itu salah satu Symptom syg... Means hormon sis xbetul. Xpe don't worry... Teruskan pengambilan herba maharani. InshaAllah nanti hormon sis akan okay. Malah lebih sihat dari sebelum ini. Tapi ingat ye pengambilan maharani hanya 1kotak utk sebulan dan perbanyakkan minum air ye. ^__^

      Delete
  3. Sy ada mkn maharani. Bila start period sy stop mkn. Tp masalah sy sekarang, peruid sy tak berhenti lg.dah hari ke 14 pon masih ada lg..mcm mana ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya selama ni period awk xkeluar abis. Tu mesti darah beku. Perlu di ingatkan jika period kitew tidak teratur or keluar xabis bole menyebabkan cyst dan jika xdirawat n dibiarkan boleh menyebabkan kanser. Sb tu kitew perempuan kene jaga kesihatan luar dalam. Mmg ada sesetengah bila makan herba maharani period keluar ketul2, sakit perut yg amat kalah sakit senggugut dan mcm2 lagi. Sebab ape. Sebab period yang sblm ni xkeluar abis. So bila makan herba maharani mmg dia akan keluarkn segala kotoran tapi take time jugak.

      Delete
  4. Salam sya mkan waktu bukan hari pertama selepas period..patut ke sy stopkn dulu..tgu period tiba n habis bru mulakan semula..tq

    ReplyDelete
  5. Jika kita ambik pil perancang blh ke nak ambik maharani juga?

    ReplyDelete
  6. Pil Maharani ni ada kesan ka kepada pesakit tiroid

    ReplyDelete
  7. Hai sis. Nak tanya kenapa selepas seminggu sy amalkan Maharani saya terus period? Padahal sy baru habis period 30 oct hr tu. Selepas seminggu sy amalkan Maharani sy period balik. Hurmmmm.... ��

    ReplyDelete
  8. Hai sis..sya nak tnya napa selepas sya mkn maharani period sya jd tk bnyk mcm selalu..selalu ya hri ke2 n ke3 period sya akan bnyk kuar..tp lepas mkn maharani seminggu period sya terus dtg tp tk mcm selalu..sedikit sja..dri pagi sampai petang pad tk penuh langsung..bole sya tahu kenapa atau ada tk sesiapa yg alami mcm sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazerah, sya pun. Sya ambik maharani hari pertama period. Pstu terus perio behenti huhuhu sya tunggu hari keempat kelima tp darah xklua lg

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Hai sis saya dh mkn pil maharani 4 bln tapi bulan ni period saya strt 29/11 sampai hari ini ke 9 hari haid saya belum berhenti. Drah yang keluar hitam & berbau. Macam mna ye sis?

    ReplyDelete
  11. Hi sis. Sy baru 1st time makan maharani ni baru seminggu lepas habis sekotak. Tapi skg rasa mcm kerap kencing sedikit2 then pinggang blkng tu sering sakit and d bahagian segugut tu pun sakit. Macamna tu ya sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kosong minum cukup tak? Macam tanda-tanda batu karang or kencing kotor. Untuk kepastian boleh jumpa doktor ye sis.

      Delete
    2. Ada ape2 ke mkn pil maharani dlm masa yg sama sedang diberi suntikan perancang??

      Delete
  12. Anak dara boleh makan x herba ni?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kenapa lepas amalkan pil herba ni period dtg awal seminggu,rasa senggugut sakit.boleh jelaskn!saya baru pertama amalkn belum habis sekotak sisa 2pil lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal sis. Sebab ada aarah kotor yang tak habis keluar. Sometime, ada yang period 3 4 hari je sebab darah darah lama masih kat dalam.

      Delete
  15. hai sis
    saya nk tnye....pantang mkn jenis cmne ye

    ReplyDelete
  16. hai sis kalo yang masih ada anak meyusu badan boleh kah makan pil herba maharani ni?anak sis baru 4bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baby takda juandice dah boleh makan maharani.

      Delete
  17. Sy baru lepas keguguran...bila masanya yg tbaik utk sy mkn jamu maharani ni?

    ReplyDelete
  18. Hye sis, nak tnya, kalo dh buat op fibroid, n dh x period, blh mkn maharani x?

    ReplyDelete
  19. sis makan folik asid tu maksudnyaaa pregnant boleh makan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Maharani preggy mommy xboleh makan 😊

      Delete
    2. Assalamualaikum saya baru makan pil maharani berapa hari lapas tu saya berhanti makan pil maharani darah saya berhanti sampi sekarang balum datang saya ingat pregnant tapi tidak ni saya makan balik pil maharani

      Delete
    3. Saya na tnya kenapa berhanti darah saya

      Delete
  20. Sis bagi yg dalam pantang...selepas smingu melahirkan da boleh start ke makan jamu ni

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    Sy dh 52 hari bersalin dh masih ada darah nifas.. Blh ke sy mkn maharani

    ReplyDelete
  22. salam sis, sy ada msalah period x teratur, 8 bulan sd x period, so sy cuba pil maharani ni. sd dua kotak hbis. sy apply stiap hri 50 biji 6 hari bturut2 stiap bulan . skg ni mau msuk kotak ketiga bulan ketiga sd mkn pil ni . tp sis , langsung tda kesan apa2 lg. period pn x dtg lg. mmng bgtu ka sis ?

    ReplyDelete
  23. sya termakan pil maharani time sya selesma..ada kesan sampingankah sis?

    ReplyDelete
  24. sy ada masalah keputihan yang melampau. jika dy consistent ambil maharani ni, adakah masalah keputihan sy akan balik seperti normal?

    ReplyDelete
  25. Hai sis..saya ada cyst..batholine cyst..benjolan 3cm..macam mana cara nak mkn?

    ReplyDelete
  26. Hai..sya nk tnya klu dah mkn ubat ni habis tp period blood sya xkuar jgk dlm bulan tu?adakah saya tgu hbs bulan tu sya repeat bli n then mkn ubat ni mcm biasa ke?

    ReplyDelete
  27. Hi sis.. sy Cuba mkn maharani.. sy beli sekotak.. tp 1 bola tu sy mkn 5biji pil kecik sehari.. 2/3 hr slps mkn.. mesti sy akan skit d bhgian perut sebelah Kanan.. sakit tu hingga x blh nk brdiri betol.. kmudian sy stop mkn dlm 3mngu.. Typo utk kpastian skrg sy Cuba lg.. sy kurang Kan dose..sy mkn 3pil kecik Shari.. 3hr slps tu sakit pinggan Dan skit di bhgian ari2 tu mnyerang lg.. Skrg sy tgh mgalami skit.. knpe ye? Air dh mnum bbyk.. kencing lawas elok.. tp skit bhgian ari2 tu cm brdenyut2 hingga ke pinggan dan paha. Boleh bg pnerangan x?...

    ReplyDelete
  28. Asslm Ada no.whatsapp tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...