Monday 29 September 2014

Dalam Kenangan



Assalamualaikum semua,


Hari ni dah masuk hari yang ketiga arwah bos dida pergi meninggalkan kami semua. Bos dida En. Ahmad Tarmizi bin Muhamud, Ketua Penolong Pengarah  dari Bahagian Pembangunan Mahasiswa telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2014 (Ahad) jam 9.40 pagi di Hospital Putrajaya. Disini dida ingin memohon bagi sesiapa yang mengenali arwah bos dida ni, ampunkan la segala dosa-dosa yang pernah dibuat sama ada sengaja atau tidak sengaja... Apa-apa pun disini dida minta halalkan makan minum arwah bos dida... Dari Allah kita datang & kepada Allah jua kita kembali... Semoga arwah tenang disana... Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin.......


Al- Fatihah


Ingin dida berkongsi dengan pembaca sekalian... Bos dida jika orang tak kenal mesti dorang ingat garang. Tapi actually bos dida adalah seorang yang tegas, baik hati, kelakar, penyayang ibarat seperti seorang anak dan ayah. Bos adalah bos yang terbaik!!! Sebab ape dida cakap macam tu ek... Sebab dida tak pernah tengok seorang bos yang ambil berat tentang anak buah dia. Sentiasa mempertahankan orang bawahan dia. Korang pernah ke dapat bos yang macam ni. Jika pernah korang adalah orang yang bernasib baik. Tapi nak jumpe macam bos dida ni memang susah la, ibarat 1 dalam sejuta. Selalu yang kita dapat lihat dekat mana-mana company tak ada pegawai atasan yang akan mempertahanan anak buah dia, sentiasa buli kita ada la kannn. Betul tak??? Bos dida ni bukan seorang bos yang kaki bodek ye. He not that type. Tak kira la orang atasan ke orang besar-besar ke, if jika benda tu betul yesss dia akan setuju. Jika salah he not agree with you. Bos dida adalah seorang yang tip top bila buat keje ye. Bos dida juga banyak mengajar dida, beri tunjuk ajar pada dida dan banyak memberi nasihat pada dida. I'm really... really sad. Bila cerita pasal bos, secara automatik air mata pasti mengalir. So disini dida nak share picture my bos. Ini sahaja kenangan yang dida ada with my bos walaupun sekejap. And the last baru dida perasan. Picture dida dengan bos sangat sedikit. Bos yang banyak ambik gambar dida... Dida doakan semoga bos tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amiiinn... 


Dalam kenangan

 

   

 

 


 


Anak kesayangan bos....... merajuk gan bos agaknye... 
  




Ni gambar waktu buat kumpulan KIK

Ni plak kat PWTC







Itu sahaja perkongsian dida setakat ni... Assalamualaikum... 



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Tuesday 23 September 2014

Cara Mudah Pakai Shawl

Assalamualaikum semua,

Hari ni dida nak cite pasal cara pemakaian yang paling mudah untuk pakai shwal. Sebenarnya cara pemakaian selendang memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang. Ada yang lebih suka simple cepat dan mudah contohnya seperti tudung syria, tudung bawal dan macam-macam tudung sekarang ni ada dipasaran. Tetapi yang cerewet bila nak pakai tudung bawal ni nak kene gosok dahulu sebelum memakainya. Errrmmm... gamaknya kalau nak cepat memang tak sempat la. So bagi yang pemalas macam dida ni dan tau nak cepat je yang mudah dan sedang ialah pakai shwal dan syria je. Cume time nak belit shawl je kena mahir gitu!!! Mula-mula memang susah tapi bila dah lama-lama practice pakai shawl baru kita terar. Benda yang susah lama kelamaan akan jadi mudah jugak sebenarnya. Selain keselesaan korang, yang penting sekali adalah menutup aurat dan mengikut hukum syarak. Maaf la dida pun masih dalam proses pembelajaran. Niat untuk berubah sikit-sikit tu ada. So kat sini dida nak kongsi entri tentang "Cara Mudah Pakai Shawl" .Tapi tu la dida still learning & maybe belum cukup istiqamah lagi. Insyaallah doakan dida ye :)

Jom kita sama-sama ushar "Cara Mudah Pakai Shwal".


Tutorialhijab by @zahratuljannah

Cara ni paling mudah uollsss... 

by @Atita Haris. Cara pakai shawl yang ini pun senang nak ikut. Yang ni dida suka... I like...

Yang ni pun dida suka...  

Tutorial Pakai Shawl Halfmoon
Simple tapi menarik. Bolehlah cuba cuba pakai style camni pulak kan :)

Tutorial Pakai Shawl Halfmoon
Atau pun boleh cuba style camni 

Tutorial Pakai Shawl Halfmoon
Style camni ni pun boleh :)

Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab

Comelnyeeee Heliza Helmi  


Sweet sangatkan & yang penting sangat mudah untuk dipakai
Credit picture dari sweetkurma.com


This is me... jalan2 je pakai shawl. Pi keje haram nak pakai. Capai ape yang sempat je la... huhuhu...






Setiap cabaran & dugaan ada hikmahnya. 
Allah menguji kita dengan ujian supaya kita sentiasa sabar & tabah.
Senyuman juga adalah ubat yang paling mujarab. #selfie #senyum #behappy












So kat sini selain reminder my self, dida pun nak sarankan para wanita yang berada diluar sana please labuhkan tudung anda. InshaAllah pasti lagi selesa. Yang penting tak ada la mata-mata liar memandang kita. Dida pun still banyak kekurangan & cuba untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah kita sama-sama berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah. Jika orang lain boleh berubah takkan kita tak boleh. Betul tak??? Takkan nak tunggu malaikat maut menjemput. huhuuh... :'( time tu dah tak dan dah. So para wanita sekalian, nak seksi-seksi depan en.husband je la ye... hihihi... depan orang lain tak boleh. Pada en.husband plak sila la suruh para isteri anda menutup aurat kerana dosa anda yang tanggung. Sekadar nasihat dan renungan bersama :)




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday 18 September 2014

Resepi Cream Puff & Krim Kastard

Sumber Pic dari Internet

Assalamualaikum semua.....

Hari ini nak update untuk entri baru iaitu... Cara-cara membuat Cream Puff... Maklumlah dah petang-petang macam ni mesti ramai yang teringin minum petang betul tak??? Macam tu jugak dida... hihihi... Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa antara banyak-banyak resepi, resepi cream puff jugak yang dida pilih. Haaa... sebab dida suka la dida post entri kali ni pasal Cream Puff & dida pasti ramai jugak yang suka makan just like me...hihihi... Jika makan setakat sebiji dua memang tak cukup la jawapnya... sekali ngap pasti nak lagi. Entah-entah dah bape banyak ngap pun kite tak perasan kannnn... hehehe... mana taknye kuih ni kan lembut dan berkrim memang sedap sangat sehingga mejilat jari... Seperti biasa la cream puff ini memang sedap kalau fillingnya dari kastad... Tapi selalunya dida tempah je... hihihi... tak pandai buat lagi. Tambah oven kat umah tu kecik sangat, bukan leh buat banyak sekaligus. Kalau buat pun tak sampai 10 biji boleh masuk oven tu. So temanya memang malas la nak buat. 

So jom kita sama-sama belajar resepi membuat Cream Puff & Krim Kastard


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF (UNTUK 20 BIJI CREAM PUFF)

1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam













CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM PUFF

1-  Panaskan oven pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)  

BAHAN-BAHAN CREAM CUSTARD

1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard 
200ml susu segar 
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM CUSTARD

1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin. 
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff 








Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday 11 September 2014

Harga Bio Seleza



Assalamualaikum semua,

Ramai betul yang PM/Whatsapp dida tentang bioseleza. Maklumlah ramai yang berminat nak tahu tentang ape bioseleza tu dan harganya. So hari ni dida nak beritahu dengan uolls tentang harga pad bioseleza. 

Meh jom kita sama-sama tengok apa jenis Bio Seleza offers?
Okay pad bioseleza ni ada Pantyliner, Day Safe, Night Safe & Night Safe Long. 



Bio Seleza

Bio Seleza


Berapa harga tuala wanita Bio Seleza dan range yang ada available for market?

A. Mix Box
Pantyliners - 2 packs of 30 pcs
Day safe - 2 packs of 10 pcs
Night safe - 1 pack of 8 pcs
Night safe (extra long) - 1 pack of 8 pcs
Price : RM 131

B. Day safe
6 packs of 10 pcs
Price : RM 128

C. Pantyliner
6 packs of 30 pcs
Price RM 138



Yang di atas ni adalah harga standard market. For special price, boleh terus Sms/Whatssap dida directly iaitu 019-2049504. Kalau uollss jadi agent or member, lagi murah. For member, tak semestinya bila join ahli perlu jual. Ada jual for pakai sendiri. Jimatkan!!! Tapi kalau ada yang tanya, boleh je uollss jual. So it's depend of you :) 



Bio Seleza


Now ada on going promotion. 



bio seleza murah
Beli 4 mixed box, 1 day Safe and 1 Pantyliner, FREE 1 mixed box.
You can save up to RM200!!


Uollss boleh la beli share-share dengan kawan-kawan kat office tu or for yourself, untuk kegunaan for a few months. Memang jimat!!!

Mahal? Tak mahal lah jika nak dibandingkan dengan high quality material. Apa yang dida cube sampaikan pada uollss ni bukan untuk menakut-nakutkan uollss tapi hakikat yang sebenar yang perlu kita tahu dan share bersama. Bak kata dida ~> barang baikkan!!! Hehehe...  Dida rasa semua orang mengalami masalah yang sama dengan dida bila pakai sanitary pad yang terdapat diluar sana seperti gatal-gatal, melecet sana sini dan bila pakai rasa Miss V kita ni panas, berkuap seperti tidak bernafas betul tak??? Tapi bila uolls try je pakai pad bioseleza ni... Confirm tak melecet dan gatal-gatal lagi bila uollss pakai. Bak kata CDM Hanis Haizi, if kita ni perempuan boleh spend beratus ringgit untuk handbags, tudung, baju, makeup products and macam-macam lagi why cant you spend a little bit for your Miss V? Lebih kurang RM2 per pad je pun. Kite sebagai wanita dan kaum perempuan kene jaga kebersihan luar dan dalaman kita. Kenapa??? Sebab lelaki sebelum kawen memang la dia pandang kepada kecantikan dari segi rupa paras. Tapi lepas kawen yang dia pandang Miss V kite je... Hihihi... Peace yooo!!!



Displaying IMG-20140905-WA0024.jpg
Feed back & Testimoni from client


So jika diberi pilihan, sanggupkah kita pakai recycle paper pada for our Miss V versus high quality soft cotton?


The choice is on yours hand. After this InshaAllah dida masukkan entries dida dengan testimoni Bioseleza. Memang banyak sangat positif feedback yang dida dapat dari client, sampai tak terkire. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ade sahaja feedback positive dari customer and thank you for lovely customer sebab sudi berkongsi testimoni with us. Sekian sahaja coretan dari dida. So after this stay tuned with me okay baiii...











Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...