Wednesday 24 June 2015

PB Wonders Day 2015!!!




Hai uolls,

Berjumpe lagi lah kitew ye... Okay arini memang dida nak citew pasal PB Wonders Day! New event yang telah pun diadakan pada 13 Jun 2015. The Diamond Circle dengan bangganya membawakan kepada uolls semua PB Wonders Day. Event yang diadakan memang best giler. Sebab dida sendiri dapat melihat Top 12 PB Wonders + #SetKurusBajet. Sambil2 tu dapat la jugak tips2 cara maintainkan berat badan, cara nak kuruskan badan secara secara sihat dan selamat dan macam-macam lagi. 

Pasti ramai yant tertanya-tanya apa dia #PBWondersday ni? Errrmmm...  Uolls semua mesti ada instagram kan.

Cuba search #PBWondersday or #PBWonders dan anda akan disajikan dengan testimoni transformasi pengguna Premium Beautiful yang amat premium dan TERBAIKKK!

Actually ramai client yang berjaya menurunkan berat badan under our team #TheDiamondCircle. Ni antara amazing transformasi, orang yang terpilih untuk REAL Make Over!!!






Tapi tak dinafikan juga ada yang berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Ada juga yang tidak berjaya. 

Persoalannya disini ialah jika ada yang berjaya, kenapa ada yang tidak berjaya? Ermmm... Uolls ada terpikir tak tentang perkara ni!

Nak tau rahsianya... meh dida citew skit kat korang. Skit je tau x boleh lebih2.

Okay dihari tersebut iaitu dihari #PBWondersday uolls boleh tengok dengan kepala hangpa semua transformasi 12 orang yang terpilih untuk REAL Make Over? 


Antara Top 12 PB Wonders! a.k.a Geng Diet GLAM
Aturcara pada hari tersebut. 

Uolls pasti nak tau kan 7 perkara MENARIK semasa PB Wonders Day!

#1 Tips Kurus 


Yana berkongsi tips macam mana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12kg

Actually kami mengamalkan pemakaian Premium Beautiful secara konsisten + #SetKurusBajet. 
  1. Kalau uolls nak berdiet. Pilih diet yang sesuai. Contoh Atkins, Diet Detox, Diet mengikut jenis darah, Diet Clean, Diet kalori (1000.1200 kalori) dan sebagainya.
  2. Detox Pilihan – of course Set Kurus Bajets.
  3. Pemakaian Premium Beautiful secara konsisten dapat membantu mengawal rasa lapar, mengawal Pengambilan makanan berlebihan & membantu untuk membentukkan badan.
  4. Minum air yang banyak, seeloknya 3L sehari.
  5. Senaman.
  6. Geng Diet GLAM. Geng Diet GLAM ni akan dibuka untuk batch yang ke-2. Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh cepat2 whatsapp dida 0192049504. More detail PM/Whatsapp dida okay girls.




#2 Belajar simple exercise dari Coach yang terhangat dipasaran Farazul Ramli 


Time ni Coach Farazul tengah terangkan sedikit sebanyak cara pemakanan seimbang kita setiap hari &
simple exercise untuk mendapatkan badan yang sihat


Ni yang mahai ni... Hahaha...
Time ni Coach Farazul ajar buat Squat

Amboiii tengok tu. Masing2 khusyukkk dengaq Coach Farazul, sampai tak kelip mata depa semua.

Cer tengok kitorg... jangan ingat time duduk tak boleh buat exercises ekkk


Masa kami berzumbaaaaaa... yeeeeehaaaaa!!!


Abis gegor semua. Hahaha


Ahaksss!!!

Enjoy with GLAM


#3 Free Healthy Lunch 


Lunch Box by @healthy.lunchbox!!


Banyak jugak yang sponsor untuk event PB Wonder Day!


Cupcake yang sedap... Yummy :)


#4 Live Testimonial 

Wani, Pemenang Pertama The Biggest Loser versi GLAM.


Kak Faeza, Pemenang ke-2 The Biggest Loser versi GLAM.



Yana, Pemenang ke-3 The Biggest Loser versi GLAM.


























Sebelum dida terlupa, dida nak mention kat sini. Disebabkan uolls kompem tak tahu kan, majority peserta #GengDietGLAM yang uolls nampak gambar dorg kat atas ni actually semua adalah ibu2 ye... Mempunyai anak dalam 2 or 3 orang. Yang bujang pun setakat sorang dua aje. So just imagine ibu2 ni yang sememangnya berat dorang ni after dah beranak pinak bertambah laaa berat, ibarat seperti di pam-pam. But after using #PremiumBeautiful + amalkan #SetKurusBajet ni berat dorang lebih ringan kalah berat badan time anak dara. Contoh yang dida nak bagi ni, uolls boleh tengok berat badan kak Norain sebelum kahwin a.k.a waktu anak dara 55kg, tapi berat selepas anak 2 : 51kg. Agak-agak korang la kan berbaloi tak pakai Premium Beautiful & Consume dengan Set Kurus Bajet? and uolls berani tak join our Cabaran Pakai Semula Baju Nikah Anda. PM/WA dida 0192049504 for info.


#5 FREE Door Gift





#6 Grand Prize Winner akan membawa pulang 1 set of Premium Beautiful Elegance bernilai RM3000. 




Sentap beb! Sebab tak dapat menang PB Elegance
Tapi tak pe. Dida enjoy sangat event ni.
InshaAllah next time mana tau rezeki dida plak kannnn.

#7 Banyka giler lucky draw presents


Part ni yang paling syok sekali. Dan ditungu-tunggu oleh semua orang. Tapi apakan daya. Bukan rezeki ku. Sop..Sop..Sop.. Rezeki orang lain. Huhuhu T_T 

Dah la ari tu Shajidah Hai-O buat lucky draw Iphone 6 (untuk 5 orang pemenang sahaja) and Mini Pad (50 orang pemenang) tak dapat jugak. Hat ni pun ceq x dapat. Sedihnyaaa... Korang doakan la untuk dida ek. Mana tau next time rezeki dida plak kan. Sekali menang lucky draw ambik hang.. hahaha


Victoria Secret I want U. Pleasee come to me...
T_T













Dida percaya mesti ada di kalangan anda yang membaca blog dida ni menghadapi masalah yang sama jugak. Mungkin ada setengah teragak2 or segan untuk bertanya. But uolls jangan segan2 untuk bertanya dengan dida. InshaAllah ape yang dida share ni dida harap sedikit sebanyak boleh membantu anda. Anything Pm/Whatsapp dida k. Nasihat dida untuk semua kaum wanita hargailah diri anda kerana diri anda begitu berharga. Sebagai seorang wanita kita kene jaga kesihatan kita luar dalam. Bukan time bujang sahaja perlu jaga kecantikkan. Dah berkahwin lagi kene jaga. Sihat dan cantik bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk orang yang tersayang especially untuk Suami tercinta. Tak gitu akak-akak!

Okay bye uolls. Kitew jumpe untuk next entry k. By the way doakan dida dilapangkan dada, dipermudahkan untuk ingat dan diberi kesenangan untuk menjawab soalan final exam nanti. Wish me luck!



 Ya Allah, makbulkan doa orang yang membaca status ini.
Aamiin...Aamiin...Aamiin...ya rabbal 'alamin


Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Monday 1 June 2015

Cara Mudah Pakai Shawl Part 2



Assalamualaikum semua,

Ingat lagi tak entri dida sebelum ni iaitu cara mudah pakai shawl. Errrmmm... x ingat ek? Tapi x pe dida x marah cume sentap skit aje. Hihihi... Kalau tak ingat uolls boleh Klik Sini.. Klik tauuu!!! 

So ada ke di antara cara pakai shawl tu uolls dah prektikkan. Dida pun still lagi mencari cara2 pakai shawl ni. Maklumlah dida bukan pandai sangat pakai shawl. Bila tengok orang pakai nampak cantik je. Nampak comel je. Kalau dida sendiri pakai rasa cam selekah pun ada. Bila kitew ni nak pandai wakkk. Errrmmm... 

Okay untuk information uolls gambar2 tutorial ni dida dapat dari carian search Google, Facebook, Instagram and etc. Ala bukan ape pun. Untuk rujukan bersama. Takkan uolls je nak cantik. Dida pun nak cantik macam uolls jugak. Tak gitu, ahaksss!!!

Jom kitew tengok gambar2 yang dida cari. Tah yang mana la sesuai dengan dida ek. Errrmmm... 


Comeynyeeee.... 


Credit Picture https://www.zolace.com


Langkah Pertama:
  • Pakai skaf terlebih dahulu kerana untuk mengekalkan kedudukan selendang daripada bergerak ketika pemakaian. Tidak mengapa jika anda tidak mahu mengenakan skaf kerana ini mengikut keselesaan seseorang individu.
  • Bahagikan selendang kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, lebarnya hendaklah melebihi separuh daripada bahagian yang satu lagi.
  • Putarkan bahagian yang lebar dahulu untuk jadikan ia berpintal/berpulas. Selepas itu, ambil bahagian belakang dan lakukan yang sama.
  • Guna satu kerongsang yang kecil dan pin dibawah dagu anda.

Langkah ke-2:
  • Ambil pula bahagian yang pendek dan pin pada bahagian panjang selendang dibawah bahu.
  • Contoh: jika anda pilih selendang yang panjang disebelah kanan dan bahagian pendek di sebelah kiri, pinkan bahagian pendek selendang di bahu kanan anda.
  • Pin dengan menggunakan kerongsang dan sesuaikan kepanjangan mengikut kemudahan anda.
  • Jika kepanjangan selendang terlalu pendek dan anda mahu menjadikan ia lebih panjang, sila rujuk “Langkah pertama”, pastikan anda tambah kepanjangan pada bahagian yang pendek untuk jadikan ia panjang ketika anda mengenekan pin.

Langkah ke-3:
  • Sekarang, ambil selendang yang panjang yang telah anda putarkan.
  • Ambil bahagian dimana yang anda masih belum pin dibawah dagu dan pinkan ia menggunakan pin jarum supaya menampakkan ia lebih beralun.

Langkah ke-4:
  • Sekarang ambil bahagian selendang yang telah dipin dibawah dagu dan tarik keatas menuju ke bahagian pendek selendang.
  • Ini akan menyebabkan selendang anda berkedudukan disebelah pipi. Jangan pin selendang terlebih dahulu. (selendang akan berlapis)

Langkah ke-5:
  • Tarik selendang anda dengan perlahan dan letak dibahagian kepala sehingga sampai ke bahagian asal iaitu bahagian yang panjang itu tadi.
  • Kemudian pin menggunakan kerongsang dibahagian tepi garisan pipi.
  • Langkah ini akan menghalang selendang daripada bergerak atau terangkat ketika angin bertiup atau semasa berjalan.
  • Untuk menampakkan gaya elegan tersebut, anda perlu menggunakan kerongsang yang besar pada bahagian ini.

Langkah ke-6:
  • Pada ketika ini, bahagian panjang selendang akan lebih seimbang.
  • Sebelum kita imbangkan ia, mari kita kemaskan sedikit bahagian depan yang panjang.
  • Apabila anda sudah berpuas hati dan selesa, pin kedua-dua pada bahu. Anda boleh menggunakan kerongsang yang menyerlah untuk nampak menarik pada bahagian ini. Pada bahagian inilah yang menampakkan selendang anda bergaya.
  • JANGAN sesekali letak kerongsang yang besar pada bahu jika anda telah memilih untuk meletakkannya pada “Langkah ke-5”. Ini akan menyebabkan gaya anda menjadi pelik.
  • Jadi, tips untuk masalah ini adalah dengan memilih satu sahaja kerongsang yang besar untuk diletakkan pada bahagian samada kepala atau bahu. Pilihlah kerongsang yang sesuai dengan warna selendang untuk mengelakkan gaya menjadi pudar.

Langkah ke-7:
  • Ambil bahagian hujung selendang daripada “Langkah ke-5” dan bawa ke bahagian belakang.
  • Pin pada bahagian belakang kepala anda dan laraskan kepanjangan selendang tersebut. Ini kerana untuk menampakkan selendang yang dipakai lebih beralun ketika dilihat.



Credit Picture https://www.zolace.com

Langkah-langkah:
  • Pakai inner neck dengan kemas. Ambil selendang ataupun tudung bawal yang ingin digayakan. Lipat dua terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas kepala. Letakkan dengan kemas dan pastikan tudung di bahagian muka terbentuk mengikut kehendak anda. Bahagikan panjang hijab sama rata untuk sebelah kiri dan kanan.
  • Ambil kedua-dua hujung tudung anda seperti yang ditunjukkan oleh model.
  • Kedua-dua hujung tudung tadi bawa ke bahagian belakang tengkuk anda. Pada langkah ini, pin kerongsang boleh digunakan untuk pin kedua-dua hujung tudung tadi. Namun, anda juga boleh hanya mengikat kedua-dua hujung tudung itu. Tudung anda akan kelihatan seperti di dalam gambar.
  • Setelah itu, ambil pula hujung tudung yang terdapat di bahagian hadapan. Bawa kedua-duanya ke bahu yang bertentangan. Sematkan pin kerongsang di kedua-duanya agar ia tidak mudah jatuh dan terletak cantik.
  • Tadaaaa! Inilah hasil akhirnya. Bagaimana? Kelihatan stailo dan cantik bukan? Selamat mencuba. (Model sebenarnya menambah penggunaan selendang leher yang berwarna hijau untuk sentuhan yang lebih cantik dan menutup aurat. Anda juga boleh mempraktikkannya.
  • Seperti yang dinyatakan di atas, gaya ini boleh dipraktikkan menggunakan selendang mahupun tudung bawal. Jika anda menggunakan tudung bawal atau selendang yang bersaiz lebar, lipat dua terlebih dahulu. Untuk selendang bersaiz biasa, lipat dua tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan selendang / skarf leher seperti model, anda boleh selaraskan lebar tudung semasa anda melipat dua  tudung tersebut sehingga dapat menutup bahagian dada dengan sempurna. Pastikan juga anda memakai inner neck yang dapat menutup bahagian leher dengan sempurna.


Credit Picture http://scaniaz.blogspot.com/

Langkah-langkah:

  • Letakkan selendang di atas kepala. Mulakan dengan langkah asas memakai selendang dengan membahagikannya kepada dua bahagian iaitu bahagian yang panjang dan panjang. Terpulang kepada anda menentukan sebelah mana bahagian mana yang panjang dan pendek tersebut.
  • Setelah anda sematkan kerongsang di bawah dagu, ambil bahagian panjang selendang tadi dan lilitkan ke bahagian atas kepala.
  • Oleh sebab kain selendang ini sedikit keras, ia agak mudah untuk dibentuk dan dikemaskan. Pastikan lilitan tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan dan kedutan untuk hasil yang cantik.
  • Seperti biasa, setelah berasa selesa dengan lilitan tadi, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala dan juga di bahagian tepi seperti di dalam gambar. Ini penting agar selendang anda tidak mudah jatuh ataupun tertanggal.
  • Setelah selesai melilit bahagian yang panjang, ambil bahagian selendang yang pendek pula dan bawa ke bahagian bahu yang bertentangan. Kemaskan alunan sebelum pin kerongsang disematkan. Pada langkah ini juga, anda bolehlah memberi kemasan dan sentuhan terakhir untuk selendang ini.
  • Taadaaa! Inilah hasilnya. Mudah dan sekejap sahaja bukan? Tunggu apa lagi, cubalah sendiri.



Langkah-langkah:
  • Pakai inner neck anda terlebih dahulu. Lipatkan sedikit selendang anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Anda boleh melipatnya atau tidak, terpulang kepada pilihan masing-masing.
  • Letakkan selendang di atas kepala dengan kemas. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian panjang dan bahagian pendek.
  • Untuk tutorial ini, anda tidak perlu sematkan pin kerongsang di bawah dagu. Mulakan di bahagian selendang yang pendek dengan melipat sedikit selendang di bahagian muka dan pinkan. Lakukan seperti di dalam gambar.
  • Untuk bahagian muka yang sebelah pula, sebelum dipinkan ambil bahagian selendang yang pendek dan bawah ke arah bawah dagu yang bertentangan, kemudian pinkan. Rujuk gambar untuk lebih faham.
  • Ambil aksesori rantai pilihan anda dan pakai seperti biasa. Setelah itu, ambil bahagian selendang yang panjang pula untuk dililit di sepanjang leher.
  • Lilit dengan kemas, usah terlalu longgar dan ketat untuk keselesaan anda dan kemudian sematkan pin kerongsang di bahagian bahu. Perbaiki selendang di bahagian muka dan hadapan sebagai langkah terakhir. Kini selendang anda sudah siap digayakan. Mudah dan pantas bukan? Cubalah sendiri.


Credit Picture https://www.zolace.com

Langkah-langkah :
  • Pakai inner neck yang bersesuaian atau berpadanan dengan selendang anda. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk menetapkan panjang dan pendek tersebut pada sebelah kiri atau kanan.
  • Betulkan terlebih dahulu bentuk selendang di muka anda. Setelah itu, ambil bahagian tudung yang pendek di sebelah kanan dan bawakan ke sebelah kiri anda. Cukup pada paras atas telinga anda dan sematkan jarum peniti dengan kemas. Lakukan seperti di dalam gambar.
  • Ambil pula bahagian selendang yang panjang di sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan anda. Pastikan bahagian selendang yang panjang ini tidak menutup alunan selendang yang terhasil pada langkah kedua tadi.
  • Selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar. Lihat pada bahagian selendang pendek tadi yang berada di atas bahagian selendang panjang tadi. Setelah berasa puas hati dengan panjang selendang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di atas kepala anda.
  • Kemaskan alunan yang terbentuk. Kemudian ambil sedikit selendang di sebelah kiri anda (bahagian selendang yang panjang) seperti di dalam gambar.
  • Lipatkan sehingga ke bahagian belakang telinga seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan dahulu sebelum jarum peniti disematkan.
  • Tadaaa! Fesyen selendang mudah ini telah pun siap digayakan. Bolehlah anda memakai kaca mata tanpa rasa merosakkan bentuk selendang di bahagian wajah. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah.

Tutorialhijab by @zahratuljannah 

Langkah-langkah :
  • Letakkan shawl sama panjang 
  • Pegang sisi kanan kiri 
  • Bawa ke belakang leher, pasang peniti; dan
  • Ambil ujung shawl yg tergerai lalu tali mati; dan
  • Ujung yang sudah disatukan tadi, disilang 
  • Kalungkan 
  • Selesai :)





Credit Picture http://www.ciktasya.com/2013/03/how-to-wear-hijab-tribal-shawl.html 












Credit Picture http://islamsqy.blogspot.com/2013_12_01_archive.html












Tutorialhijab by @zahratuljannah 






Credit Picture hazanis.blogspot.com


Gaya sendiri... Pakai belasah aje :P





Okay sekian sahaja perkongsian dida pada uolls. After this jom kitew practice sama2 ek. Byeee... See uuuuu 



 Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...