Friday 1 June 2018

Baju Kurung & Dress Bawah RM100





Assalamualaikum semua,

Dida harap uolss semua sihat sejahtera. Dah lama jugak Dida tak bersiaran. Sedar tak sedar kitew dah masuk bulan Ramadhan 1439h. Hari ni pasti ramai yang sibuk dengan persiapan raya. Nak buat kueh raya la, baju raya la dan macam2 lagi. Tapi bile raya kanak2 la yang paling seronok dan gembira. Nak duit raya katenyeee. Hehehe… Ingat lagi Dida time raya dulu. Bile kutip duit raya masa kecik2 dorg cakap budak kecik tak bole pegang duit banyak2, bahaya katenye. Dah nama budakkan ingat nak cepat dewasa boleh pegang duit bebanyak dan mesti time raya dapat duit lagi banyak. Hampehhh… Itu semua dusta belaka. Hahaha… Bile dah besaq dorg kata plak hangpa dah besaq tak payah dah dapat duit raya. Bagi budak2 kecik ni plak, bagi depa seronok (T__T) sedih uolls… Tipah tetipu…. berhuhu lah kitew…

Okay berbalik pada topik kitew, dah dekat nak raya ni mesti uolss sibuk nak beli baju rayakan, tambah time2 ekonomi tak berapa nak okay. Jadi perbelanjaan tu kene lah berjimat cermat & berbelanja dengan bijak. So sesiapa yang cari baju atau dress bajet lebih kurang bawah RM100 ingit ni boleh la beli dekat web site atau kedai yang Dida nak share ni. Tapi klu uolls tahu mana2 tempat lain yang murah lagi boleh la share gan Dida kat sini. Entry kali ni Dida nak share dengan uolls Baju Kurung & Dress Bawah RM100 kat mana boleh dapat??? Jom kitew tengokkk…


Yasirahsyira

Yasirahsyira  – Urusan penjualan baju Yasirahsyira ni banyak up to date melalui instagram. Selain di instagram (IG) ada jugak di Facebook (FB). Tapi nama di FB lain skit iaitu Extremeanonymous. Ramai je agent Yasirahsyira so kalau uolss nak beli boleh beli pada owner dia atau pada trust agent dia. Harga sama je, tak berubah dan yang penting bawah bajet uolss iaitu bawah RM100. Dida pun regular customer dorg. Tapi Dida banyak beli pada agent dia aje. Sebab kitew paham owner dia busy. So why not order pada trust agent dorg. Baju dia memang cantik & sedap dipakai. Cume measurements dia aje (fit from S to L). Untuk saiz yang lebih besar dari tu memang tak ada.   


Color Blast Closet – Affordable for Everyone

Color Blast ClosetAffordable for Everyone. Bersesuaian dengan temanya. Memang tersangat la betul dan Dida tak nafikan. Harganya tersangat la murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Harganye bermula dengan RM50 inggit sehingga la RM99 ingit je. Tapi maaf ye hanya baju perempuan. Baju lelaki takde kat sini. Kene shopping kat tempat lain. Nanti Dida share kat mana nak shopping Baju Melayu. Hehehe (^___^). I'm also suke shopping kat sini. Dida beli online aje memandangkan kedai ni terletak di Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam. So sesape yang dekat boleh check in sendiri. Yang jauh macam iolss ni shopping online aje. huhuhu... Tapi nak dekat raya ni terbakor gak diri Dida ni. What ever n ever nak gak pi kedai ni. Xsabo nak pi dah ni. Baju depa mengancam bak hang. Korang yang nak shopping kat sini. Jangan shopping semua tau. Dida pun nak shopping lagi kat sini untuk raya tahun ni. Hihihi... 


EJ STYLE

EJ STYLE – ni bagi Dida murah dan baju dia pun okay. Sedap pakai, selesa, tak panas & yang penting mesra breastfeeding. Contohnye macam jubah dorg siap ada zip lagi. So bagi yang menyusukan anak tak perlu risau lagi jika nak pakai jubah. Dida pun salah seorang customer EJ STYLE memang time raya selalu beli kat sini jugak. Tambah time raya ni lagi banyak design baru yang dorg keluarkan untuk musim raya tahun 2018 ni. Rasanye dah ramai tahu tentang brand EJ STYLE ni. So sapa yang nak beli boleh beli secara online atau terus pi ke kedai. Kedai EJ STYLE ni pun dah banyak dah. Don't worry tau. Harga sangat berpatutan bawah RM100. Tapi ada jugak atas RM100 walau bagaimanapun harga still mampu milik.  


J.Labella Atelier

J.Labella Atelier – yang ni Dida baru tahu. Huhuhu… Tengah survey2 nak cari baju raya tetibe terjumpe la IG J.Labella AtelierBaju dia boleh tahan gak  cantik2 belaka. Ada macam2 design, contoh Special Edition – Eyana Doll, Ester Kurung, Adele Doll Kurung, Alese Doll Kurung, MuseLace Kurung, Exclusive Printed. Harga bermula RM59 ingit  untuk blouse, RM69 Kurta (Baju Lelaki) RM75 ingit untuk jubah dan RM109 untuk Doll Kurung hingga RM139. So terpulang dengan bajet uolss. Bajet RM100 kebawah pun ada. Bajet RM150 kebawah pun ada. Yang penting tak melebihi RM150 (^__^). InshaAllah jika ada kesempatan Dida nak walk in ke kedai J.Labella Atelier yang terletak di Bandar Kinrara Puchong. Jika tak dan, shopping online macam biasa je la jawabnye. Hehehe… 


KHAIZAN.CO

KHAIZAN.CO – MODERN . MODEST . MODISH untuk detail uolls boleh survey dekat website dorg. Harga bermula RM83.40 hingga RM143.10 untuk baju kurung, peplum, kebarung dan jubah. Jadi masih lagi menepati bajet uolls bawah RM100 ingit. Kat sini pun jual jugak baju untuk kaum adam seperti kurta dan baju melayu. Time raya tu boleh la pakai sedondon gan en.suami. Tak payah nak cari kat tempat lain dah. Jimat masa Jimat tenaga. Macam Dida memang hanya mampu shopping online je sebab kedai dia nun jauh di sana area Kota Tinggi, Johor uolls. Bagi  orangJohor boleh la pi kedai dia shopping. Harap owner kedai bukak cawangan kat area KL. Boleh la Dida shopping terus ke kedai. Bukan ape nak jugak cuci mata depan2. Hahaha...   


SABELLA

SABELLA – Bagi orang KL atau Selangor boleh la shopping dekat SABELLA ni. Berdekatan dengan Taman Permata, betul2 dekat dengan Giant Taman Permata, Ampang, Selangor. If tak sempat macam biasa je, shopping online. Dari segi harga plak On Sale time raya ni bermula dengan RM78 ingit seperti Davinci Peplum dan RM89 ingit Lorez Kurung. Still on bajet bawah RM100 ingit. Ada jugak harga atas dari RM100. Kat sini Dida nak share skit ape yang best tentang baju Davinci Peplum & Lorez Kurung ni tak perlu gosok pun. Boleh pakai time raya atau time pi keje. So klu xsempat nak siap pi keje boleh la uolss capai je terus baju ni & sarung ke badan terus. Simple je kan. Tambah dengan anak kecik ni.  Time rajin boleh la seterika baju. Time malas... anak plak meragam, sarung je la ape yang sempat ke badan dari lewat hadir ke tempat kerje. 


Baju Melayu WNI Fashion HQ

Baju Melayu WNI Fashion HQ – Hehehe... Asyik baju kaum Hawa aje kesian plak kat kaum Adam. Mesti boring asyik baju isteri dia aje, baju untuk suami xdak pun. Kat sini Dida selit skit untuk Baju Melayu yang mana Dida tahu dan yang biasa Dida beli. Kot sesapa nak beli boleh la beli kat sini Baju Melayu WNI Fashion HQ. Memang berbaloi sesangat... dah la murah, kualiti memang memuaskan, harga sangat berpatutan bawah RM100 ingit untuk baju melayu biasa, jika Slim Fit harga dia RM100 ingit sehelai. Ditambah terdapat pelbagai warna. So uolss boleh la pilih warna yang berkenan dihati dan mengikut tema family uolss tak kire hari raya atau majlis kenduri kendara. Ohhh... sebelum Dida lupe bukan baju lelaki dewasa sahaja yang Melayu WNI Fashion HQ jual. Baju melayu untuk baby pun ada tapi xde la cekak musang macam orang dewasa, just teluk belanga aje. Lagi pun baby ni kalau pakai baju melayu cekak musang dorg rasa rimas. Kat situ kan hot spot yang paling senang berpeluh dan gatal2. Kedai ni terletak di Kelantan. So untuk orang jauh macam Dida ni order online je dan terus sampai depan pintu rumah. Ye la macam Dida ni... bila masa plak nak ke Kelantan. 

Setakat ni saja yang Dida share dengan uolss. Maaf ye ni bukan review yang berbayar ye. Ni ikhlas dari hati Dida. Apa yang Dida share ni pun dari pengalaman Dida sendiri beli brand dengan seller & vendor  tersebut. Yang mana Dida boleh share dengan uolss Dida share. Mana tahu boleh membantu uolss nak beli baju raya dengan bajet RM100 ingit. Bagi uolss if tahu ada kedai yang murah boleh la share kat sini jugak. Sharing is caring uolss. Sebelum Dida undur diri, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Kosong2 okay & jangan lupe jaga kesihatan. Mmmuuuaaahhh....... Luv uolss (^__*)/





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...