Monday, 27 October 2014

Tangy Orange New York Cheese Cake

Picture dari Lia Noor Muslieah


Assalamualaikum semua,

Korang mesti terkejutsss nape entries dida kali ini post pasal resepi cake. Pada hal family dida sedia maklum yang dida ni bukan hantu benda manis-manis especially cake. If kalau sambut hari jadi dida, dida memang tak kisah jika kek tak ada. Jika ada western food memang laju dida makan. Terutamanya domino pizza, spaghetti, lasagna cheese, roti dan macam-macam lagi la western food. Dida pun hantu makanan melayu, kalau menu kampung tu perrrhhh... memang tak akan tolak punye. Kompem makan bertambah-tambah, orang tak suh tambah pun dida akan tambah sendiri... hihihi... memang muka tak tau malu (sedar pun diri... hahaha). 


Sebenarnya resepi cake ni bukan resepi dida, tapi my bizz partner punye resepi Lia Noor Muslieahblog dia http://www.dulujanda.com/. So sebarang pertanyaan pasal resepi bole tanya kat dia la ye... Dida ni just tukang makan aje. hahaha... Actually kami kenal pun dalam bizz ni jugak dan kami didalam group yang sama iaitu under GLAM & The Diamond Circle.  Bila dida tengok dia post picture cake ni terus terliur dan minta resepi. Dengan harapan my sister shasha boleh buatkan cake ni untuk adik dia ni haaa... (aku la tu) . To my sister boleh buatkan tak kek ni??? 


So jom kita tengok cara-cara untuk membuat NY Cheesecake Versi Mok Cik Kiah


Cake base /Lapisan bawah :

1 Biji Telor 
20z Butter 
20z Caster sugar gula halus 
20z Tepung gandum... Tak payah guna tepung kek. Guna tepung biasa yang dah siap di ayak. Semua bahan ni masukkan dalam satu mangkuk pukul sehingga sebati. Tuang kan ke dalam acuan spring release yang telah di lenserkan dengan sedikit butter. Lenserkan di kelilingnya birai juga. Ratakan aduanan kek supaya sama rata di atas tapak acuan. 
Ketepikan.

Ramuan cheese filling.

500gms Cream Cheese 
4 Biji Telor 
8oz Gula Caster 
225gm Sour Cream (8oz) 
2-3 Sudu Besar Tepung Gandum - ayak dahulu ye... 
1.5 Camca Teh Vanilla Esen 
Sebiji lemon di sagat kulitnya (2 sudu teh) 
Perah lemon sebiji tadi di ambil juice.


  • Topping optional kalau tak nak bubuh topping pun tak per dear...buat topping dahulu sebelum buat kek. 
  • Fresh blue berry or buah strawberry. Ikut suka quantity..kalau nak guna strawberry preserve atau jem blue berry untuk di jadikan topping pun tak per. Hen tak payah buat sauce guna jem jer... pun boleh jugak... 
  • Kalau nak buat topping sauce fresh fruit sendiri guna empat biji strawberry hiris nipis. 
  • 2-3 sudu besar gula 
  • Perahan separuh lemon. 
  • Masukkan buah strawberry kedalam periok, + gula & perahan + ½ lemon. 
  • Jerang atas api sederhana perlahan-lahan... Jangan tambah air. Tungggu hingga gula cair dan lenyekkan strawbwry dengan sodek (senduk). Sehingga campuran menjadi pekat & likat. Sejukkan. Sapukan atas kek bila kek dah disejukkan nanti.

Bancuhan cheese filling. 
  1. 500gm cheese letakkn  dlm mangkok di room temp. 20 min untuk dia jdi lembut sikit dan mudah di pukul.
  2. Masukkan gula  kdlm mgkok cheese dan pukul sebati...
  3. Masukkan telur satu satu dan pukul sebati...
  4. Masukkan sour cream dan pukul lagi hingga sebati msukkan grated lemon rind. Kulit lemon ..
  5. Masukkan esen vanilla dan lemun juice dan akhir sekali masukkan 2- 3 sudu besar tepong gandum yg diayak dan kacau sebati.
  6. Tuangkan kedalam acuan  spring form ke atas kek base yg dah siap tadi.
  7. Bakar dlm ketuhar 130. -150 deg Celcius 1  1/2 jam. Bila selesai di bakar biarkan kek dlm oven dlm 40 min sebelum di keluarkan.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di letakkan topping.

Selamat mencuba... (^_^ ) 




Picture dari Lia Noor Muslieah


Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...