Assalamualaikum semua,
Hari ni dida nak cerita skit pasal Beijing Te Zhi
Bai Feng Wan atau lebih dikenali sebagai Pil Maharani. Ramai yang bertanya tentang Pil Maharani. So mai sini cek nak explain skit tentang Pil Maharani ni kat hangpa semua. Pil Maharani ni berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa
dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk
dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan Istana Maharani. Maharani
menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan
penuaan dan menjaga kesihatan. Ia boleh dikatakan sebagai herba wanita sebab dirumus khas untuk kesihatan dan kesuburan wanita. Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuannya telah menyerlahkan kehebatan dan ketrampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan.
Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan. Herba tradisional Cina ni sebenarnya sangat terkenal di zaman Dinasti Ming sebagai ilmu & rahsia kecantikan awet muda & kesihatan lebih 3000 tahun yang lalu. Masa tu Herba Maharani ni hanya digunakan secara ekslusif oleh keluarga Maharaja sebagai herba penyubur, kecantikan, awet muda & kesihatan. Te Zhi Bai Feng Wan dinamakan herba Maharani sempena nama Maharani Te Zhi, antara maharani yang mengamalkan herba ini. Kalau seorang Maharaja pilih kasih dan sayang Maharani Te Zhi ni lebih dari perempuan-perempuan lain mestilah sebab dia cantik, kulit licin dan gebu, melahirkan anak lelaki sebagai waris dan sudah semestinya pandai melayan Maharaja dibilik tidur. Betul tak???
Apakah itu Pil Maharani?
Preskripsi asal Pil Maharani adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.
Apakah ramuan yang terkandung dalam Pil Maharani?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.
Apakah kesan Pil Maharani?Pil Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.
Adakah pengambilan Pil Maharani akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Pil Maharani oleh badan.
Siapakah yang perlu mengambil Pil Maharani?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.
Bolehkah ibu mengandung mengambil Pil Maharani?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.
Bolehkah kanak-kanak mengambil Pil Maharani?
Tidak dicadangkan.
Apa kelebihan & Keberkesanan Herba
Maharani ni?
1. Ia akan menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan.
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut.
5. Melegakan migrain dan angin dalam badan.
6. Menguatkan hati dan buah pinggang.
7. Melegakan asma.
8. Menghilangkan bau mulut (terutama waktu pagi)
9. Baik untuk pesakit diabetes (untuk kencing manis)
10. Menyelesaikan masalah buasir.
11. Merangsang hormon estrogen, progesterone & androgen (hormone seks)
12. Memberi kebahagiaan kepada pasangan.
13. Kesuburan dan awet muda.
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit.
15. Menaikkan seri muka.
16. Menegangkan payudara.
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
18. Melambatkan proses menopous.
19. Menguatkan antibodi/imunisasi.
20. Melancarkan peredaran darah.
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
22. Amalan semasa berpantang.
23. Menambah darah semasa bersalin.
24. Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
25. Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
26. Menghilangkan urat timbul.
27. Mengimbangi tekanan darah.
28. Meningkatkan kecerdasan minda.
29. Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
30. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
31. Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
32. Menguatkan tenaga dan stamina.
Perhatian:
1. Ibu mengandung dilarang mengambil.
2. Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
3. Tidak sesuai diambil ketika selsema.
4. Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.
Maharani penting
untuk siapa?
1. Untuk mereka yang mempunyai Haid tidak teratur
2. Untuk mereka yang mempunyai rahim yang lemah
3. Untuk mereka yang baru sahaja bersalin
4. Untuk mereka yang baru keguguran
5. Untuk mereka yang mahukan kesegaran tubuh badan
Tindakbalas Sementara Yang Mungkin Berlaku?
Gejala ~ Punca ~ Penyelesaian :
1. Pening kepala, pipi, badan dan telinga rasa panas, demam, belakang tengkuk dan sendi terasa sakit.
• Gangguan peredaran darah, asid amat tinggi dalam badan, tekanan darah tinggi @ rendah.
* Teruskan seperti biasa. Banyakkan minum air beralkali.
2. Mengantuk, letih, tekak kering, dahaga.
• Kandungan gula dalam darah tinggi sedikit. Kolestrol dan asid tinggi.
* Tukar cara makan. Makan waktu malam sebelum tidur. Banyakkan minum air
beralkali.
3. Tidak mahu tidur.
• Kekurangan kalsium.
* Makan pagi sahaja dan kurangkan dos. (10 biji setiap pagi). Banyakkan minum
air beralkali.
4. Sakit pinggang dan lemah bahagian badan.
• Peredaran darah dari buah pinggang tidak teratur (kotor) atau banyak toksid.
* Kurangkan dos (10 biji). Banyakkan minum air beralkali.
5. Kerap buang air besar/berdarah.
• Usus besar dan sistem penghadaman lemah/kuran gberfungsi.
* Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali dan air kosong.
6. Panas dan berpeluh-peluh.
• Kekurangan klorofil dalam badan. Kolestrol agak tinggi. Asid dan toksid agak tinggi.
* Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali dan air kosong.
7. Kerap kencing.
• Masalah pada pundi kencing. Gangguan peredaran darah. Asid tinggi.
* Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali dan air kosong.
8. Terasa sengal-sengal badan.
• Masalah sistem saraf. Hormon tidak seimbang.
* Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali dan air kosong.
9. Kitaran haid berubah (lewat @ banyak)
• Hormon tidak seimbang. Kelemahan sistem ovari.
* Teruskan seperti biasa. Amalkan Chlorella dan miautan.
10. Batuk keluar darah.
• Sistem paru-paru rosak. Ada darah beku dalam salur darah terutama pada paru-paru.
* Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali dan air kosong.
11. Keluar jerawat.
• Darah kotor, Banyak toksid dan asid.
* Teruskan seperti biasa. Amalkan Chlorella dan miautan.
Mengapa ada tindakbalas?
Kerana berlaku pemulihan dan peningkatan
dalam tubuh badan kesan daripada :-
• Cara pemakanan yang tidak seimbang dan fast food.
• Suasana tempat kerja yang tidak banyak pergerakan.
• Kawasan kediaman yang terdedah kepada pencemaran, asap perkilangan dan lain-lain lagi.
Apa yang kita perlukan…BERSABAR…ia hanyalah sementara..Tidak semua wanita yang mengamalkan herba maharani mempunyai tindakbalas yang sama. Ianya bergantung kepada masalah kesihatan dan kelemahan organ seseorang.
Cara Pengambilan Pil Maharani?
Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil
kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang
haid).
Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi
sebelum sarapan.
Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang
terutama yang tidak pernah makan pil herba.
Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum
banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300
biji kecil pil herba
Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk
bulan itu, sambung selepas period)
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk
bulan itu, sambung selepas period)
Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis
sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang.
Lepas period ulangi cara makan yang sama.
Halal ke Herba Maharani?
Sebab Herba Maharani ni produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya. Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalah confirm halal. Sila lihat di bawah:
Jangan Diragui Lagi...
Herba ini mendapat pengiktirafan Halal oleh
Pertubuhan China Islamic Association
(Badan Islam diluar negara yang diiktiraf JAKIM)
|
Ketiadaan
LOGO HALAL pada produk hanyalah disebabkan PRODUK ini dari LUAR NEGARA (China)
dan JAKIM tidak boleh meletakkan logo HALAL disitu.
Juga
diluluskan
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - MAL
20014419T
Harga untuk 1 kotak (6 bola x 5gm –
mengandung 50 pil kecil ) hanyalah RM88.00
So sesiapa yang berminat nak beli boleh contact Dida ye... (^_^)
Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me...
No comments :
Post a Comment