Sunday, 9 March 2014

Misteri Kehilangan MH370 Jadi Tumpuan Dunia




Assalamualaikum... 


Hari ini kita semua dikejutkan dengan satu berita yang sangat mengemparkan iaitu kehilangan pesawat MAS MH 370.  Sebagai rakyat Malaysia, kita semua bimbang, risau, hiba, bercampur baur dan menunggu berita lanjut dari pihak kerajaan akan keselamatan penumpang dan seluruh krew MH 370.

Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza.
Seramai 239 penumpang hilang apabila pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan berdekatan Vietnam setelah ia terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang di Selangor awal pagi semalam.
Tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu berlaku ketika pesawat mewah berkenaan berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Pesawat MH370 itu berlepas ke Beijing, China pada pukul 12.41 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).
Pesawat yang dikendalikan oleh pegawai berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan Fariq Ab. Hamid, 27, itu turut membawa 12 kru dan dua bayi.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pada sidang akbar semalam, daripada jumlah tersebut, 38 penumpang adalah rakyat Malaysia manakala yang lain warganegara China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3) dan Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi). "Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).


Seperti mana yang kita tahu, pesawat 777-200 itu yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia. 
Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh. 


Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.



Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.


MAS berkata hari ini penerbangan MH370, perkongsian kod bersama China Southern Airlines, yang terputus hubungan komunikasi di Laut China Selatan, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal. 


Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 



Boeing dalam satu kenyataan dari Seattle berkata ia menubuhkan satu pasukan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat kehilangan pesawat tersebut. 



MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan. 



Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS. 



Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya. 



Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000.



Teori kehilangan pesawat MH370

Masalah teknikal

Pesawat MH370 mungkin mengalami masalah teknikal pada enjin yang kemudian melemahkan seluruh sistem pesawat sebelum menyebabkannya terhempas.

Kemungkinan besar pesawat itu menjunam ke laut dan sehingga kini belum dikesan pasukan penyelamat.
Antara masalah teknikal pada enjin yang boleh mengundang malapetaka ialah pesawat kehabisan minyak atau kehilangan kuasa enjin dan tujahan semasa terbang.
Kebakaran
Pesawat kemungkinan mengalami kebakaran yang boleh berpunca daripada enjin atau dari dalam kabin.
Kebakaran dari dalam kabin mungkin boleh berpunca daripada litar pintas atau peralatan elektronik dalam pesawat.
Pesawat juga boleh berdepan dengan gangguan telekomunikasi jika penumpang menggunakan gajet-gajet elektronik yang dibawa bersama semasa penerbangan.
Semua gangguan itu boleh mengundang malapetaka.
Cuaca buruk
Faktor ribut dan kilat boleh menjadi salah satu punca pesawat MH370 ditimpa kemalangan.
Sistem pada pesawat boleh terganggu sekiranya berlaku bencana seperti ribut yang menyebabkan hilangnya imbangan sebelum pesawat kemudian terhempas.
Tersasar penerbangan
Juruterbang mungkin tersasar daripada mengikuti radar semasa penerbangan hingga menyebabkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.
Juruterbang berkemungkinan tidak kembali kepada panduan penerbangan yang diberi oleh menara kawalan atau tidak kembali kepada sistem pengesanan global (GPS) yang terdapat pada pesawat hingga memungkinkan ia terhempas.
Rampasan
Pesawat mungkin dirampas oleh pihak pengganas yang kemudian telah meletupkannya.
Pengganas biasanya akan membuat sesuatu tuntutan jika mereka merampas pesawat dan tidak melakukan perkara itu jika tiada tujuan.



*Teori kehilangan pesawat MH370 ni dida dapat dari Artikel Penuh Kosmo pada Ahad 9/3/2014. 



Ke mana MH 370??? Persoalan yang amat sukar untuk dirungkaian!!! Allah menghilagkan mereka dengan sekelip mata dalam radar boleh hilang macamtu sahaja. Kita sebagai hambanya mungkin kita lupe dimana kita berada, kita lupa kita duduk di muka buminya, Allah lah yang mencipta setiap benda yang hidup dimuka  bumi ini. Setiap yang berlaku ada hikmah yang kita sendiri tak tahu. Segalanya rahsia Allah.

Kapal yang paling selamat dalam dunia. Pilot yang berpengalaman. Tapi tetap hilang. Jadi dimanakah MH 370??? Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai peralatan dan elotronik digunakan untuk mencari dimana MH 370. Dalam hal ini tiada siapa yang salah MAS, pilot atau kerajaan. Allah sedang menguji hambanya... Sebelum ni Allah menguji kita dengan keadaan cuaca yang amat panas, tiada hujan turun untuk beberapa bulan ini. Tapi kita masih tidak ingat padanya. Sekali lagi kita diuji dengan kehilangan pesawat MH 370. Mungkin umat Islam lupa pada Allah. “Kunfayakun” sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia. Jadi dalam hal tak perlu salahkan sesiapa diatas apa yang berlaku, tetapi salahkan lah diri sendiri kerana kita lupa padanya. Kita tak rindu padanya. Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat mereka.










DOA & PUISI BUAT MANGSA MH370

Menanti Kamu MH370


Langit sudah bertukar kelabu,

Kesedihan melanda terpahat di kalbu,

Seluruh dunia menanti beritamu,

Muncullah nanti seperti selalu..



Andai tercalar tinggalkan lah petanda,

Andai terguris tunjukkan lah di mana,

Andai ada tunjukkan lah rupa,

Tidak nanti kami tertanya..



Sudah tertulis janji bersemi,

Lautan biru bertukar merah,

Ya Allah Ya Tuhan kami,

KepadaMu kami berserah.



#Pray For MH370




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...