8 Mac 2014
8 Mac 2014, 12.41
pagi : Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA. Pesawat itu dijadual mendarat
di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak
kapal.
8 Mac 2014, 1.30 pagi
: Pesawat MH 370 terputus hubungan radar.
8
Mac 2014 : Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH 370 itu dikesan ialah
120 batu nautika di timur Kota Bharu di Perairan Laut China Selatan.
8 Mac 2014, 7.24 pagi
: Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan pertama berkenaan kehilangan
pesawat MH370.
8 Mac 2014, 11.00
pagi : Sidang media pertama oleh Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
8 Mac 2014, 2.40
petang : Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein
8 Mac 2014, 6.28
petang : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga
serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA
8 Mac 2014, 7.05
malam : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui.
Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan
Amerika Syarikat.
9 Mac 2014
9 Mac 2014 , 9.05
pagi : Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk
Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat
pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur
operasi standard (SOP).
9 Mac 2014, 3.00
petang : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, tiada laporan terbaharu
mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.
9 Mac 2014 : Datuk
Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370
menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.
9 Mac 2014 : Panglima
Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370
berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM
selepas ia hilang.
9 Mac 2014 : Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sebanyak 22
pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat
MH370 yang masih hilang. Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera
Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
9 Mac 2014 : Operasi
mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu
nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.
10 Mac 2014
10 Mac 2014 :
Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang
ditemui dijangka akan diperoleh.
10 Mac 2014, 8 pagi :
Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.
Senarai penumpang
pesawat MH370
Rakyat China: 152
orang termasuk seorang bayi
Rakyat Malaysia: 38
orang
Rakyat Indonesia: 12
orang
Rakyat Australia: 7
orang
Rakyat Perancis: 3
orang
Rakyat Amerika
Syarikat : 3 orang termasuk seorang bayi
Rakyat New Zealand: 2
orang
Rakyat Ukraine: 2
orang
Rakyat Kanada: 2
orang
Rakyat Rusia: 1 orang
Rakyat Itali: 1 orang
Rakyat Taiwan: 1
orang
Rakyat Belanda: 1
orang
Rakyat Austria: 1
orang
Senarai anak kapal
MH370
1. Kapten Zaharie
Ahmad Shah
2. Fariq Abdul Hamid
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick
Francis
6. Mohd. Hazrin
Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd.
Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan
Ismail
Sumber: Berita
Harian, Utusan Malaysia, Bernama
No comments :
Post a Comment