Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Setiap Yang Berlaku Ada hikmahnya



Hai everyone ;)


Apa kabar semua? Dida harap uolss semua happy dan ceria selalu. Jangan sedih2 tau. Lately dida busy skit. Maklumlah dah banyak assignment yang perlu disiapkan. Ni pun kebetulan ada masa terluang. So why not dida tulis something. At least ada something yang dida bole share dengan uolss. Betul tak? Actually dalam kepala otak ni banyak benda yang dipikirkan. Sampai dah jadi macam merba dah pun. Hihihi... 

Setiap orang dilahirkan dengan karakter dan personality yang berbeza. Begitu jugak dengan hati dan perasaan. Bak kate pepatah " Rambut sama HITAM... tapi HATI LAIN2. Betul tak?  Bila sesuatu perkara yang berlaku melibatkan hati dan perasaan memang sukar untuk kitew tafsirkan dan sukar untuk kitew ungkapkan. Setiap orang ada kisah yang tersendiri. Setiap orang ada ujian yang berbeza. Tapi kitew kene ingat... dalam hidup ini, tidak semua yang kitew nak akan kitew dapat malah kadangkala kitew sendiri terpaksa berkorbankan hati dan perasaan kitew sendiri. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Kitew hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Tetapi kitew sebagai hambanya kene la ingat bahawa Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kitew hanya mampu merancang tetapi Allah la penentu segalanya.

Sebagai contoh adakalanya kitew diuji dengan kehilangan, kesusahan, kesengsaraan, kehilangan atau orang yang kita sayangi meninggalkan kitew dan bermacam2 lagi. Bila berbicara bab cinta, boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami alam percintaan. Ada yang percintaan sampai ke jinjang pelamin, tetapi ada jugak percintaan yang tidak kesampaian dan berakhir dengan perpisahan. Bila ungkap perkataan perpisahan. Tiada sape yang minta perpisahan dalam sesuatu perhubungan. Betul tak? Sebagai manusia kitew kene ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul... cinta itu adalah sesuatu yang perkara yang indah, unik, dan aneh serta suatu perkara yang sukar untuk diungkapkan. Cinta adalah satu anugerah dari Ilahi. Kitew diberi kesempatan untuk merasai apa itu nikmat cinta dan menilainya sesuatu peluang yang diberi itu dengan sebaik-baiknya. 

Ia datangnya bukan dengan paksaan, perginya pula tanpa kerelaan kitew. Cinta adalah sesuatu yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan dan dibaja bagi menyerikan lagi keindahannya. Jika didalam sebuah percintaan ada kekasaran, ia boleh mengundang sebuah perpisahan didalam sesuatu perhubungan. Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah tanpa cinta, sesuatu perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa berpenghuni. Mungkin benar tatkala kitew kehilangan barulah kita menyedari betapa berharganya seseorang itu dalam hidup kitew. Mungkin benar saat kitew terluka barulah kitew mengerti. Mungkin benar bila kitew rasakan rindu yang sangat dalam barulah kitew tahu betapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Walaupun begitu kitew sebagai hambaNYA perlu lah sedar. Kitew hanya mampu merancang. Tetapi Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya dan penentu segalanya. Kadang2 ape yang berlaku pada diri kitew ada hikmahnya dan ada baiknya. Mungkin untuk permulaan kita rasa sedih, murung dan kitew asyik terfikir apa salah dan kekurangan diri kitew. Tapi percayalah mungkin orang tu bukan terbaik untuk kitew. Allah tahu ape yang terbaik untuk hambaNYA. 

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Jangan sesekali kitew salahkan takdir yang telah Allah tetapkan pada kitew. Ingatlah semua yang berlaku sudah tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua yang berlaku menuntut kesabaran, ketabahan dan keimanan kitew. Allah tidak akan menguji hambaNYA jika hambaNYA tidak mampu. Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kitew kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kitew. Jadi janganlah kitew sesekali putus asa dengan rahmat Allah. Kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji kitew bukan kerana Allah benci kepada kitew tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kitew. Cuma kekadang kitew ni haa tak pernah nak bersabar dalam menghadapi ujian yang Allah berikan pada kitew. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kitew kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah:286)

Cintailah seseorang itu dengan seikhlas hati, bukan kerana rupa paras atau kerana hartanya. Kerana bila2 Allah boleh tarik balik nikmat yang Allah berikan. Terima lah orang yang kitew cintai itu seadanya wlpun banyak kekurangannya. Jika cinta kitew ditolak terimalah dengan berlapang dada dan dengan hati yang terbuka. Mungkin ada yang terbaik untuk kitew diluar sana. Tak perlu la menggunakan cara yang tidak baik seperti sihir ke, mandrem ke,  jika cinta kitew ditolak. Sebab ia perbuatan yang sia2. Yes... memang kitew akan dapat orang yang kitew cintai, tetapi yang kitew dapat hanya lah tubuh badan orang tu sahaja tetapi tidak pada hatinya. Dan ingatlah jika kitew dapat kan seseorang itu dengan cara yang tidak baik, cinta kitew tidak akan kekal selamanya. Mungkin boleh bertahan hanya sementara sahaja. 

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru... 

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada rahmat disebaliknya. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu hanya untuk sia-sia belaka. Allah turunkan hujan dan kilat serta mendung kelabu. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi.

Sekian sahaja enrty dida kali ni. Jika ada salah dan silap dida minta maaf sangat2. Mana la tau dengan entry dida kali ni uolss ada terasa hati or terluka dengan dida ke? dida minta maaf sangat tau. Dida tak bermaksud nak buat sesiapa terasa hati dengan dida. Cume dida nak berkongsi dengan uolss. 

Sharing is Caring ^_^/ 




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Friday, 18 September 2015

Kenapa Bini AKu Tak CANTIK?




Pasti uolss terfikir dan tertanya2, kenapa dida pilih topik ni. Pasti uolss semua tersentapkan? Actually dida sentuh pasal topik ni sebab kebanyakkan perempuan bila dah berkahwin akan lupa pada penjagaan diri mereka. Perempuan bila dah berkahwin banyak menumpukan pada anak2 tetapi mengabaikan penampilan diri terutamanya bila didepan suami. Uolss seolah2 ingat x pe, it's okay aku dah kawen x perlu nak jaga badan sangat, x perlu nak jaga penampilan sebab aku dah ada suami. Suami aku x cakap ape pun. En.Husband tak kisah pun. 

Yes, memang betul En.Husband tak cakap ape. Tapi uolss kene ingat ye... Itu depan uolss, belakang uolss ada uolss tau. Maybe depan uolss dorg x nak cakap ape, takut uolss terasa hati, takut bergaduh berperang bagai nak rak. Dida ambik satu contoh la ye. Uolss pi shopping complex, jalan2 bersama En.Husband tetibe ada perempuan cantik sebelah uolss. Perempuan tu x gemuk dan x kurus sangat, just sedang2 elok gitu. Agak2 uolss la kan your husband akan pandang uolss ke perempuan yang dekat sebelah uolss tu. Just think about that? Sedangkan kitew yang perempuan ni pun jika nampak perempuan cantik pun pandang 2, 3 kali. Inikan pula lelaki.

Uolss semua kene ingat dah nama manusia. Ditambah lelaki memang dicipta begitu rupa dan nafsunya hanya 1 iaitu perempuan. Uolss nak ke, belakang kitew bukan main manis lagi dia mengatai dengan perempuan lain, bak kate pepatah pijak semut pun x mati kan... Apa yang ada dalam hati bukannye kitew boleh baca hati seseorang. Betul tak? Sebab tu dida kupaskan topik ni dengan harapan uolss boleh buat sesuatu untuk keharmonia rumahtangga uolss. Jangan bila dah terlambat baru nak ambik tindakan. Time tu uolss buat ape pun dah tak ada gunanya lagi.




Pada Cik Wife... if En.Husband tu dah tegur dengar la nasihat. Sentap tu memang la sentap, tapi cube fikir in positive way. Jangan la nak melenting tak tentu pasal. Jangan la plak uolss buat masuk telinga kanan kuar telinga kiri plak ye. Ada ramai lelaki diluar sana merungut pasal wifenye. Bila ditanya ada x bagi tau wife? If suka wifenye makeup ada beli & bagi makeup pada wife ke? Beli tak perfume or pakaian untuk wife yang cantik-cantik? Jawapan yang dida dapat dari Kaum Adam ni actually dorg dah inform pada wife dorg. Yang dorg ni suka wife dorg makeup dan kelihatan cantik depan dorg, dah beli perfume, dah beli barang makeup. Tapi duk terperuk je kat situ. Tak diusik pun barang pemberian husband dorg. Waktu bercinta bukan main makeup lagi. Bertempek kalah opera cina. Tapi lepas kawen makeup pun idok, jangan kate makeup, penampilan diri langsung tak dijaga. 

 So jom kitew bertindak sebelum terlambat. 

Pesanan untuk Kaum Adam, adat la bila dah berkahwin isteri pregnant, pasti ada perubahan. Isteri lepas kahwin memang banyak perubahannya terutamanya soal bentuk badan. Maklumlah hormon baru masuk... hihihi... Tapi kebanyakkan perempuan akan berubah bentuk badan selepas bersalin. Mungkin anak pertama x ketara sangat, lepas anak ke-2 , ke-3, ke-4 memang akan ada perubahan. Chubby sikit tu sebab terlalu bahagia. So kaum lelaki jika nak isteri tu sentiasa kelihatan cantik boleh la hantar ke pusat slimming world, beli la korsert macam #PremiumBeautifulCorset ke or kuarkan skit bajets untuk isteri uolss kelihatan cantik depan mata uolss. X salah pun kuarkan bajet skit or belanja isteri uolss skit. Nak isteri cantik tapi bajetnye tak diberikan skit. Kalau kat perempuan lain boleh plak ye... Ermmm... 

Itu satu hal, bab lain x masuk lagi ni. Contoh En. Husband yang sentiasa nak dibelai, nak dimanja dan nak diberi perhatian oleh isteri pun satu hal. Memang x salah  nak dibelai, nak dimanja dan nak diberi perhatian oleh isteri tetapi macam skrg ni masing2 bekerja. Bila isteri balik rumah nak kene urus rumahtangga dan anak2 plak. Suami plak bila balik dari keje dah boleh rehat. Bukan nak tolong isteri didapur. Pada zaman skrg ni sama2 membanting tulang mencari rezeki, jadi x salah sama2 membantu dalam menguruskan rumahtangga. Tak boleh 100% lepas tanggungjawab dibahu isteri. Hargailah & cintai lah isteri anda.  

So untuk Kaum Adam dan Kaum Hawa boleh amek pengajaran dari kisah ini. Pada Kaum Adam sekalian, janganlah terasa hina jika isteri uolss gemuk kerana itu tandanya dia bahagia bersama uolss. Lagi pun uolss kene fikir dia gemuk sebab sape ye? Jangan la habis madu sepah dibuang. Ish...Ish...Ish... Don't do like that to your wife okay!! Betul ke bahasa dida ni. Errrmmm... ari ni seba tak kene plak bahasa kitew. Belasah je la labu... Hihihi

Pada kaum Adam jika ingin melihat wife uolss cantik, tak salah keluarkan sedikit belanja untuk wife uolss kelihatan cantik. 

Nak suruh isteri comel & slim melim, meh beli #PremiumBeautifulCorset dekat wife tercinta. Lately ni dida happy sangat sebab dah ramai En. Husband yang beli #PremiumBeautifulCorset untuk wife tercinta. Ini la namanya suami sayang wife. Mencantikkan isteri tercinta. Sweet kan uolss...

Sekian Coretan dari Dida. 


Latest Testimoni 
Customer ni mengamalkan #SetKurusBajet 
Dari bulan puasa sehingga sekarang still amal #SKB
Alhamdulillah... Lost 7kg in 12 Weeks


NEW TESTIMONI



Actually client ni mengalami masalah #beratbadan yang naik secara mendadak sejak pakai implan. 

Just imagine dari 48kg ke 60kg gara2 pakai #implan pencegah kehamilan. 

Dari saiz pinggang 25inci bertambah jadi 30inci selepas setahun 5bln pakai implan. 

Bonjolan lelemak mula terkumpul di area perut, pinggul/punggung & peha. 
Nasib la customer ni ada kesedaran awal. 
Terus contact nak beli #PremiumBeautifulCorset. 
Dan alhamdulillah #premiumbeautiful membantu dapatkan #reshapebody #slim #kurus. 





Kenapa Dida suka giler gan #PremiumBeautifulCorset. 

Sebab beli sekali Tapi tahan bertahun-tahun. 

Sangat menjimatkan. Kenapa #PBCorset ni menjimatkan? 

Honestly Dida cakap pakai #PB boleh tahan 5-10tahun Dan baju dalam pun x yah beli. 

Just imagine Bra x perlu beli untuk 5-10 tahun. Tak ke Jimat tu, plus dapat  #bodyshaping #slim #kurus #sihat #sihatcantik #healthy #tipskekalcantik #tipscantik #tipskurus. 


*Jika nak Tanya ape2 tentang PB jangan segan2. 
Uolss boleh contact Dida directly 019-2049504 #edaariff #putrajaya .
 Pastikn beli Dari agent yg terlatih seperti our team #TheDiamondCircle 





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff



Friday, 4 September 2015

Pentingnya Kejujuran Dalam Perhubungan



Assalamualaikum semua,

Hari ni dida nak kupas tentang topik Kejujuran didalam perhubungan. Tidak kira perhubungan antara suami isteri, antara anak dan ibu bapa, persahabatan, dan percintaan. 1st thing yang perlu kita tahu apakah elemen yang paling penting dan harus ada dalam setiap perhubungan?

Adakah setiap perhubungan itu hanya sekadar di bilik tidur tanpa memikirkan aspek yang lain?

Adakah setiap perhubungan yang menghadapi masalah kita perlu berdiam diri, lari dari masalah dan tidak cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan diri sendiri dalam memastikan perhubungan yang dibina berkekalan?

Banyak betul persoalannya kan. Errrmmm... Sekarang ni kita boleh lihat banyak sangat kes-kes penceraian yang berlaku didalam negara kita. Makin lama makin meningkat kes penceraian di Malaysia.  

Antara Faktor Perceraian

1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Dalam kes ni tidak kira sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan uolss mestilah memahami tanggungjawab masing-masing dan bukan hanya sekadar lepas tangan. Apa yang kite lihat sekarang ni suami isteri bekerja dan bila sampai dirumah pula 100% isteri yang buat keje, suami hanya balik berehat, duduk depan TV. Lepas tu segala benda semua urusan rumah isteri yang berbanting tulang sorang-sorang buat keje. Bila masing-masing tidak memahami tanggungjawab mula la berlaku pergaduhan. Tetapi tidak dida nafikan ada suami yang ringan tulang membantu isteri. Disini dida sertakan artikel dari laman web JAKIM memperjelaskan isu berkenaan tanggungjawab suami dan isteri setelah pernikahan.







Pesanan dida pada uolss semua kitew tidak perlu mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan dalam diri begitu juga dengan kitew. Sama-sama lah kite memperbaik diri dan berfikir dengan lebih positif. Kira dari negative cube kitew fikirkan sesuatu untuk jadi lebih positif. 

2. Asas Agama Yang Rendah
Asas Agama ni actually yang paling penting sekali sebenarnya. Jika kita mempunyai asas agama yang rendah dan lemah iman kitew pun sennag la goyah. Betul tak. Ibarat bina rumah tak ada tiang. Agak2 uolss kukuh tak rumah yang kitew nak bina tanpa tiang? Tidak kira lelaki atau perempuan, pemilihan calon suami dan isteri adalah sama.

Rasulullah pernah bersabda : 


“Wanita itu dikawini karena hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kau memilih yang mempunyai agama yang kukuh, niscaya anda akan bernasib baik.”

(1) Agama 
Inilah sebaik-baik pilihan. Agama itu penting. Jika tiada agama manusia akan jadi seperti tiada pedoman. Bila adanya agama boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Agama juga mengajar kite menjadi seorang yang bertanggungjawab, baik budi pekertinya, akhlaknya. 


(2) Kecantikan 
Kenapa kecantikkan itu juga penting. Hal ini kerana, elok rupa paras seseoarang itu dapat menyenangkan hati dan mata yang memandangnya. Standard la dah nama pun manusia. Sapa tak nak yang cantik yang hensem. Ye tak? Ye la kalau muka macam Godzilla mau x balik umah korang dibuatnya. But its depend on you. Janji cantik dimata korang. Orang nak cakap ape pun lantak la janji bagi uolss cantik. Tak gitu... Ahakss... 

(3) Keturunan baik 
Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa. Sebab wanita dari rumah tangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik putera-puterinya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya. Ye la bila husband tak ada dirumah seorang isteri kene la menjaga maruah. 

(4) Harta 
Zaman sekarang tidak dinafikan lelaki mahupun perempuan memilih jodoh calon isteri atau suami mempunyai harta yang banyak. Tetapi biarlah pasangan kita itu datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan semata-mata. Sebaik-baik pilihan adalah kerana AGAMA.

3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Mesti ramai yang ingat campur tangan pihak ketiga tu orang luar seperti kekasih gelap pasangan. Tapi tahu tak kebanyakkan faktor penceraian adalah disebabkan oleh campur tangan pihak ke-3 iaitu mentua. Tidak kira sebelah lelaki ataupun perempuan. Masalah akan bertambah rumit jika diselesaikan dengan segera. Di sini suami perlu bijak memainkan peranan dan mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Seba tu sebelum kamwn pastika mentua kitew suka pada kitew. If dia tak suka cube ambik hati mentua. Selain itu, banyakkan berdoa... InshaAllah pasti mentua akan terbuka hati menerima uolss sebagai menantu. 

Buat mentua seperti kawan, bukan lawan. Orang tua-tua ni lagi kitew berkeras lagi dorg berkeras. Sometime kitew kene beralah, alah orang tua dorg lebih makan garam dari kitew. So ape2 rujuk ibu mentua. Lagi satu pesanan dida walaupun anda sudah berkahwin dengan suami anda, tanggungjawab anak-anak lelaki tidak akan putus pada ibu bapanya walaupun sudah berkahwin. Bukan dida cakap ye, tapi Allah yang cakap. Dida just sampaikan. Tapi ISLAM tu tak kejam. Uolss boleh berbincang elok2 gan suami anda. Hahaha... takkkan nk balik umah mak kitew pun x boleh kan. Hihihi. 

Pada anak-anak lelaki ingatlah anda sudah dilantik menjadi Khalifah dimuka bumi Allah ini. Jadi jalankan lah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Ingatlah orang yang akan mengheret anda ke akhirat kelak adalah ibu anda, adik-beradik perempuan anda tidak kira kakak or adik perempuan, isteri anda, dan anak-anak perempuan anda. 
    

4. Masalah Seksual
Part ni memang agak sensitive. Tapi jika uolss tidak berbincang dengan pasangan masing-masing. Semakin lama memendam rasa semakin lama ia akan menjadi seperti barah jika tidak dirawat. Hubungan intim ni sangat penting tidak boleh dipandang ringan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam berbincangkan masalah seksual yang dialami. Ye la jika tak puas bagi tau pada pasangan bukan bila tak puas pi cari orang lain. Salah tu. Sekali-sekala cuba uolss luangkan masa dengan bercuti dan jauh daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.


5. Curang dengan Pasangan
Benda ni memang sering kitew dengar. Hal ini jika dibincangkan secara direct, topic ni paling ditakuti oleh isteri. Mana ada isteri yang suka kalau suami dia curang betul tak. Tapi itu zaman dulu kala. Kalau zaman sekarang ni macam-macam berlaku. Nak cakap suami aje curang tak jugak. Ramai aje isteri yang berlaku curang pada suami dorag. Just imagine suami dengan isteri orang, isteri orang dengan suami orang. Namun benda ni dah jadi seperti barah dalam masyarakat kitew. Yang pelik orang yang dah berkahwin. Korang dah ada yang halal. Korang tau tak??? Perlu ke cari lain. Mengatai sana sini. Tak pahay la nak test power ke, nak test markets ke nak tengok uolss ni laku ke idak lagi. Tak perlu semua tu? Korang buat seolah-olah korang ni Bujang. Sedangkan diri tak sedar anak dah berderat. Rumah kata pi, kubur kata mai! 

What do u feel kalau anak korang buat macam ni. Adakah uolss tak kisah? Dida cakap ni bukan pada lelaki sahaja, perempuan pun sama je. Jadi bila pasangan dah tahu perkara sulit anda, sudah tentu penceraian adalah jalan terakhir. Tapi ape2 pun berfikir secara rasiaonal. Jangan mengikut emosi ketika marah.


Pada husband kalau wife tu selekeh ke, tak kemas ke, berbau ke, berat badan dah naik ke… tegur la. Susah sangat ke nak bukak mulut tu. Cakap pada wife. Tak perlu la mengatai pi cari perempuan lain. Pada cik wife if kalau en.hb kamu tu dah komplen macam2 please buat something. Jangan bila en.hb uolss cari perempuan lain baru nak ambik action.  

Bila cakap pasal ni Cik dida jugak yang emotion terlebih. Tak suka la korang curang-curang ni tak baik tau. Yang jadi mangsa anak korang gak. Fikir la perasaan anak uolss. Pleaseeeeee.... Jadi la seorang yang setia.

6. Kewangan
Ada orang cakap duit itu tak penting. Tapi tanpa duit macam mana nak hidup. Ditambah dalam ekonomi la ni. Lagi la penting. Betul tak? Bila ada masalah kewangan juga boleh menjadi salah satu punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami apabila suami tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya pada keluarga. Contoh perkara ni berlaku seperti suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri. Sebagai suami tanggungjawab mencari rezeki, macam sekarang nak harap dengan gaji hakiki aje memang tak cukup. Sebagai lelaki kene fikirkan sesuatu untuk menambahkan sideincome seperti buat business secara part time ke kan. Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Tapi kalau banyak duit tapi x ada masa untuk keluarga pun tak boleh jugak. Anything must be balance okay. 

7. Kerjaya
Kerjaya juga boleh menyebabkan berlakunya penceraian. Hal ini kerana perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri juga boleh menyebabkan jarak perhubungan. Mana taknye degan kesibukan tugasan masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kadang-kadang suami juga tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.

8. Enggan diMadukan 
Isteri mana merelakan dirinya dimadukan. Rata-rata isteri tidak mahu dimadukan dan rela diceraikan. Kalau tanya mana-mana perempuan tak sanggup. Sape sanggup beb. Isteri mana yang mahu berkongsi kasih orang tersayang dengan orang lain. Tapi lelaki bab berpoligami ni la NO.1 kan. Time tu mula la cakap sunah Nabi. Sedangkan tak sedar diri yang wajib pun korang tak tunaikan. Contoh ambik satu la... Solat. Cukup ke solat lima waktu. Pernahkan Imam kan wife dan anak2 uolss. Cukup ke beri makan minum pada keluarga. Ini isteri yang sorang pun tak terjaga ada hati nak kawin lain. Adoiiii haiii... Pleaseee la ye... Ingat lelaki tanggungjawab besar. Bukan fikir nafsu semata-mata. Kalau fikirkan nafsu sampai bila pun tak akan puas.

Dalam setiap perhubungan, aspek yang paling penting adalah Kepercayaan, Bertolak Ansur, Bersikap Terbuka (tetapi masih mengikut adat ketimuran dan berlandaskan agama), Komunikasi antara 2 hala, Saling Memahami antara satu sama lain dan yang paling penting adalah Kejujuran. 

Jom dida kupas satu persatu yang menjadi tunggak kekuatan didalam setiap perhubungan.

1. Kepercayaan
Perkara yang wajib dalam setiap hubungan. Setiap pasangan perlu mempercayai antara satu sama lain. Sikap tidak mempercayai pasangan boleh membawa masalah dan kepincangan dalam perhubungan itu. Contohnya... Jika si suami tidak mempercayai setiap tindak tanduk isterinya bekerja atau tidak percaya untuk berkongsi apa saja yang dimiliki seperti harta dan masalah.

2. Bertolak Ansur
Dalam perhubungan mesti ada sifat bertolak-ansur. Jika asyik nak menang sampai bila pun rumah tangga tak aman. 

3. Bersikap Terbuka (tetapi masih mengikut adat ketimuran dan berlandaskan agama)
Bab ni perlu juga tapi biarlah bertempat. Hubungan suami isteri perlu bersikap terbuka, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing dalam apa jua bentuk sekalipun. Berkongsi apa sahaja masalah, suka dan duka dalam kehidupan dalam pasangan. Jika sikap itu tidak ada dalam diri apa gunanya pasangan itu dijadikan sebagai isteri suami. Betul tak?

4. Komunikasi antara 2 hala
Komunikasi juga satu perkara penting yang perlu juga dititik beratkan. Dalam apa juga masalah yang timbul dalam hubungan, komunikasi itu perlu bagi mengelakkan salah faham antara satu sama lain. 

5. Kejujuran
Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...itulah yang perlu ada dalam setiap perhubungan. 

Pesanan dida, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh ALLAH s.w.t.  Jadilah pasangan yang akan membawa pasangan kitew hingga ke JANNAH. Dida doakan uolss semua bahagia dengan pasangan anda. Yang penting jujur lah dengan pasangan. Jaga hati dan perasaan pasangan anda. Doakan dida jugak ye... Semoga dipermudahkan bertemu jodoh dengan orang yang baik dan setia. Aamiin...



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff



Friday, 27 March 2015

Earth Hour‬ 2015



Hai uolls,

Memandangkan esok cuti. So kali ni dida nak ajak korang semua pi Alamanda, Putrajaya 28th March 2015 at 8:30pm. Why? Haaa... Mai sini dida nak habaq kat hangpa semua ni, esok adalah hari Earth Hour. Earth Hour ini adalah satu inisiatif kesedaran terhadap global alam sekitar dengan kerjasama WWF. Earth Hour ni bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya alam sekitar ini dan masyarakat perlu tahu akan perubahan iklim dan pemanasan global akan memberi kesan yang negative terhadap ekosistem di muka bumi ini. 

Earth Hour menggalakkan masyarakat global tidak kira la individu ke, peniaga, masyarakat dan juga kerajaan  untuk mematikan lampu selama satu jam pada Sabtu 28 Mac, 2015 jam 8.30 malam (waktu tempatan). Bila adanya event seperti ini kita sama2 dapat menunjukkan sokongan kepada perubahan dan tindakan ke arah alam sekitar yang lebih lestari dan seimbang. Semoga kite semua memulakan perubahan baru dengan menjadi seorang yang mengamalkan hidup yang lebih mesra alam.


Together, we can make a difference! 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Stay tuned with me, I will post my picture about Earth Hour Day





Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504


E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...