Tuesday, 18 March 2014

Cara Pemakaian Premium Beautiful

Assalam uollss,

How are you today??? Jgn moody2 ye... Please smile always... 

Lately dida sibuk sikit... rasa dah lama dida tak update entrykan... So hari ni dida nak share la something dengan uollss tentang cara pemakaian Premium Beautiful. Dida selalu dengar orang merungut bila nak pakai Premium Beautiful ni susah la? Nak menyusukan baby susah? Nak kencing susah? Macam2 lg alasan yang diberikan. Haaa... Sebenarnya ia terpulang pada diri sendiri, bak kate pepatah terbaru hihihi... kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. Jika kita rasa susah maka jadi susah la benda tu, jika kita rasa senang, senang la benda tu. Nanti next entry dida akan berkongsi dgn uolls pengalaman customer yang menggunakan Premium Beautiful. 

Jom tgk cara2 utk pakai Premium Beautiful ni :)

Langkah 1: Long Girdle


(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa

**untuk mudahkan memakai Long Girdle ni,kaki kena bukak besar sket,ala2 kekuda gitu .. pastu joget2 sket sambil nak pakai .. bunyi mcm pelik lak, bukan joget tp goyangkan ikut badan kita .. hehe .. mula2 memang rasa ketat sket especially kat tulang pinggul but in a few days uolss akan familiar and rasa senang sgt nak pakai**

Langkah 2: Long Bra



(1) Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra

(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang

(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).

(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.

(5) Betulkan kedudukan bra

**kalau tangan tak sampai ke belakang & tak de sapa nak tlg cangkuk kan uollss, boleh la pakai kain batik or ape2 kain dulu .. berkemban .. then cangkuk kat depan dulu, pastu baru pusingkan bahagian cup ke depan .. kalau tanpa kain, Long Bra tak boleh pusing sebab fabrik Long Bra melekat pada badan**

Langkah 3: Waist Nipper



(1) Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada
(2) Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
(3) Betulkan kedudukannya
(4) Tarik tali pelaras dan cangkukkan ke depan
(5) Pastikan ianya selesa

**make sure bahagian tali2 yg kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita**

Kalau  first user memang rasa susah nak pakai sorang2...perlukan bantuan orang lain lagi tapi bila lama lama. kita dah ada teknik nak pakai cara senang. biasalah mula2 Premium Beautiful nak kenal tuan dia ^_^ 

See...dah tahu caranya semuanya akan jadi mudah kan.


Tips bila tiba "waktu kecemasan" :P ...lipat sikit bahagian bawah Waist Nipper ke atas, then tarik Long Girdle ke bawah macam biasa.

Harap info ni dapat membantu dan bagi gambaran kat wanita2 diluar sana yang anggap corset ni susah nak pakai. Bila dah tahu cara yang betul 2 minit  je dah siap pakai Premium Beautiful corset ni.

Nak free trial? Boleh contact Dida ye :) 



Ini testimoni diri dida sendiri...  Alhamdulillah... syukur sangat dida. Bila tgk picture ni mcm x percaya la plak... Itu diri sendiri. Terkejut sangat2 yang dida ni dh slim....Ye la klu dulu bumbum. Perempuan selalu berisi tang perut, peha dan punggung kan. Bagi dida #pb ni kita beli kan mahal. So dh beli mahal2 kene la guna sebaik mungkin. Lagi pun sangat berbaloi2 sb ada life warranty. Mana ada kita beli #korset dan ada life warranty kan melainkan #premiumbeautiful. Pengalaman dida bila mula2 pakai mmg susah sb x ada pengalamankan. Tapi dah 2-3 kali dida rasa senang je nk pakai. Tak ada org tolong pun. Just pakai ikut cara yang betul. Tambah klu datang bulan lagi dida suka pakai sebab bila period x senggugut. Klu tak sakitnye hanya ALLAH je yg tau... So bagi sesiapa yang berminat nak pakai pb or nk bertanya pasal pb just wassap or msg je #edaariff.

Kiri tu gambar dida yang terbaru setelah pakai PB
Kanan plak gambar dida yang lama bersama my mentor Shaliza Aziz

*Abaikan shawl yg tak lawa tu. Nampak sangat x sesuai. Maklumlah dida ni jenis Romantik Natural so dia kene fesyen yang romantik natural la jugak... bunga2 kecik, warna2 pastel... hurrrmmm (ari tu kursus belajar pasal fesyen dan keterampilan, so dah tau sedikit sebanyak fesyen utk diri sendiri walaupun x pandai sangat. Dida kene belajar lagi ni bab keterampilan diri.)

I am an authorized dealer of Premium Beautiful Corset, I will give u professional consultation to meet the best of your requirement and expectation


Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Sunday, 16 March 2014

Anugerah SM/SSM 2014

Congratulation to all my friend from team members #The Diamond Circle partners yang naik pentas semalam. Best sangat bile tengok kawan2 yang naik pentas terima anugerah di majlis Anugerah SM/SSM 2014 siap dapat bunga lagi. BIG AWARD BIG BONUS BIG INCOME!!! 4-5 firgure income tuuu masyukkkk… Setiap kejayaan kecil akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar lagi. 

Suhaili, June, Kak Fazlin, Aini, Fadli, Noradilla & Zureen

Muhyiddin, Hafiz, Siddiq & Kak Rohani

Afizah, Eda, Zul, Dylla & Rosman

Emma & Sheila

After this my turn plak ye!!! Doakan untuk saya jugak... 

AMINNN...


Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Wednesday, 12 March 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370




8 Mac 2014
8 Mac 2014, 12.41 pagi : Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
8 Mac 2014, 1.30 pagi : Pesawat MH 370 terputus hubungan radar.
8 Mac 2014 : Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH 370 itu dikesan ialah 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Perairan Laut China Selatan.
8 Mac 2014, 7.24 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan pertama berkenaan kehilangan pesawat MH370.
8 Mac 2014, 11.00 pagi : Sidang media pertama oleh Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
8 Mac 2014, 2.40 petang : Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
8 Mac 2014, 6.28 petang : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA
8 Mac 2014, 7.05 malam : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.




9 Mac 2014
9 Mac 2014 , 9.05 pagi : Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).
9 Mac 2014, 3.00 petang : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.
9 Mac 2014 : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.
9 Mac 2014 : Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.
9 Mac 2014 : Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang masih hilang. Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
9 Mac 2014 : Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.



10 Mac 2014
10 Mac 2014 : Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang ditemui dijangka akan diperoleh.
10 Mac 2014, 8 pagi : Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.

Senarai penumpang pesawat MH370
Rakyat China: 152 orang termasuk seorang bayi
Rakyat Malaysia: 38 orang
Rakyat Indonesia: 12 orang
Rakyat Australia: 7 orang
Rakyat Perancis: 3 orang
Rakyat Amerika Syarikat : 3 orang termasuk seorang bayi
Rakyat New Zealand: 2 orang
Rakyat Ukraine: 2 orang
Rakyat Kanada: 2 orang
Rakyat Rusia: 1 orang
Rakyat Itali: 1 orang
Rakyat Taiwan: 1 orang
Rakyat Belanda: 1 orang
Rakyat Austria: 1 orang

Senarai anak kapal MH370
1. Kapten Zaharie Ahmad Shah
2. Fariq Abdul Hamid
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick Francis
6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd. Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan Ismail

Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama
Artikel dimasukkan pada 10 Mac 2014










Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Sunday, 9 March 2014

Misteri Kehilangan MH370 Jadi Tumpuan Dunia




Assalamualaikum... 


Hari ini kita semua dikejutkan dengan satu berita yang sangat mengemparkan iaitu kehilangan pesawat MAS MH 370.  Sebagai rakyat Malaysia, kita semua bimbang, risau, hiba, bercampur baur dan menunggu berita lanjut dari pihak kerajaan akan keselamatan penumpang dan seluruh krew MH 370.

Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza.
Seramai 239 penumpang hilang apabila pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan berdekatan Vietnam setelah ia terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang di Selangor awal pagi semalam.
Tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu berlaku ketika pesawat mewah berkenaan berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Pesawat MH370 itu berlepas ke Beijing, China pada pukul 12.41 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).
Pesawat yang dikendalikan oleh pegawai berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan Fariq Ab. Hamid, 27, itu turut membawa 12 kru dan dua bayi.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pada sidang akbar semalam, daripada jumlah tersebut, 38 penumpang adalah rakyat Malaysia manakala yang lain warganegara China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3) dan Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi). "Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).


Seperti mana yang kita tahu, pesawat 777-200 itu yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia. 
Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh. 


Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.



Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.


MAS berkata hari ini penerbangan MH370, perkongsian kod bersama China Southern Airlines, yang terputus hubungan komunikasi di Laut China Selatan, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal. 


Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 



Boeing dalam satu kenyataan dari Seattle berkata ia menubuhkan satu pasukan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat kehilangan pesawat tersebut. 



MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan. 



Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS. 



Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya. 



Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000.



Teori kehilangan pesawat MH370

Masalah teknikal

Pesawat MH370 mungkin mengalami masalah teknikal pada enjin yang kemudian melemahkan seluruh sistem pesawat sebelum menyebabkannya terhempas.

Kemungkinan besar pesawat itu menjunam ke laut dan sehingga kini belum dikesan pasukan penyelamat.
Antara masalah teknikal pada enjin yang boleh mengundang malapetaka ialah pesawat kehabisan minyak atau kehilangan kuasa enjin dan tujahan semasa terbang.
Kebakaran
Pesawat kemungkinan mengalami kebakaran yang boleh berpunca daripada enjin atau dari dalam kabin.
Kebakaran dari dalam kabin mungkin boleh berpunca daripada litar pintas atau peralatan elektronik dalam pesawat.
Pesawat juga boleh berdepan dengan gangguan telekomunikasi jika penumpang menggunakan gajet-gajet elektronik yang dibawa bersama semasa penerbangan.
Semua gangguan itu boleh mengundang malapetaka.
Cuaca buruk
Faktor ribut dan kilat boleh menjadi salah satu punca pesawat MH370 ditimpa kemalangan.
Sistem pada pesawat boleh terganggu sekiranya berlaku bencana seperti ribut yang menyebabkan hilangnya imbangan sebelum pesawat kemudian terhempas.
Tersasar penerbangan
Juruterbang mungkin tersasar daripada mengikuti radar semasa penerbangan hingga menyebabkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.
Juruterbang berkemungkinan tidak kembali kepada panduan penerbangan yang diberi oleh menara kawalan atau tidak kembali kepada sistem pengesanan global (GPS) yang terdapat pada pesawat hingga memungkinkan ia terhempas.
Rampasan
Pesawat mungkin dirampas oleh pihak pengganas yang kemudian telah meletupkannya.
Pengganas biasanya akan membuat sesuatu tuntutan jika mereka merampas pesawat dan tidak melakukan perkara itu jika tiada tujuan.



*Teori kehilangan pesawat MH370 ni dida dapat dari Artikel Penuh Kosmo pada Ahad 9/3/2014. 



Ke mana MH 370??? Persoalan yang amat sukar untuk dirungkaian!!! Allah menghilagkan mereka dengan sekelip mata dalam radar boleh hilang macamtu sahaja. Kita sebagai hambanya mungkin kita lupe dimana kita berada, kita lupa kita duduk di muka buminya, Allah lah yang mencipta setiap benda yang hidup dimuka  bumi ini. Setiap yang berlaku ada hikmah yang kita sendiri tak tahu. Segalanya rahsia Allah.

Kapal yang paling selamat dalam dunia. Pilot yang berpengalaman. Tapi tetap hilang. Jadi dimanakah MH 370??? Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai peralatan dan elotronik digunakan untuk mencari dimana MH 370. Dalam hal ini tiada siapa yang salah MAS, pilot atau kerajaan. Allah sedang menguji hambanya... Sebelum ni Allah menguji kita dengan keadaan cuaca yang amat panas, tiada hujan turun untuk beberapa bulan ini. Tapi kita masih tidak ingat padanya. Sekali lagi kita diuji dengan kehilangan pesawat MH 370. Mungkin umat Islam lupa pada Allah. “Kunfayakun” sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia. Jadi dalam hal tak perlu salahkan sesiapa diatas apa yang berlaku, tetapi salahkan lah diri sendiri kerana kita lupa padanya. Kita tak rindu padanya. Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat mereka.










DOA & PUISI BUAT MANGSA MH370

Menanti Kamu MH370


Langit sudah bertukar kelabu,

Kesedihan melanda terpahat di kalbu,

Seluruh dunia menanti beritamu,

Muncullah nanti seperti selalu..



Andai tercalar tinggalkan lah petanda,

Andai terguris tunjukkan lah di mana,

Andai ada tunjukkan lah rupa,

Tidak nanti kami tertanya..



Sudah tertulis janji bersemi,

Lautan biru bertukar merah,

Ya Allah Ya Tuhan kami,

KepadaMu kami berserah.



#Pray For MH370




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Wednesday, 26 February 2014

Sifat Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

Ni yang nak majuk ni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...

Hari ni dida nak story pasal sifat lelaki yang tidak disukai oleh wanita. So para lelaki kat luar sana kene la ambik pot pasal hal ni. Ye la suke kat pompuan so kene la ambik berat ape yang pompuan suka dan ape yang pompuan tak suke. Hidup kite ni kena la saling memahami antara satu sama lain. Kalau asyik pompuan je yang nak kene faham lelaki jenuh la kite... huhuhu... Bagi jejaka tampan or kurang tampan kat luar sana jangan ambik hati ek... hihihi...

Okayyy... berbalik pada cite dida tentang sifat lelaki ni, kadang2 dorang tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini dibenci oleh kaum wanita. Nak tau sebab ape??? Haaa....... sebabnya ada segelintir dikalangan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Ingat pompuan ni suke sangat ke majuk. Perempuan ni merajuk mesti ada sebab, Kalau tak ada sebab mesti perempuan tak akan merajuk punye. Macam dida, kalau dida terasa hati or tersentap la kata kan kompem majuk punyeee. Mulut tu tak yah cakap laaa, muncung tu semuncung2nya kalah muncung tikus. Pastu kompem pandang tempat lain dan tak cakap banyak, cakap pun macam terpaksa jeee... Lelaki kat luar sana kene la paham ye, sebenarnya kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada itu menjadi punca pertengkaran. Tapi dida tak nafikan, kadang2 ada jugak pompuan yang mengada-ngada. Jangan kata lelaki je meluat, dida pun meluat jugak. Namun, adakalanya lelaki tidak sedar yang perbuatan mereka ada yang dibenci oleh kaum wanita. So apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.


1. Penipu

Haaa... ni yang paling teratas sebab yang ni paling dida benci. Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan pompuan menjauhi lelaki. Bukan ape, kadang2 perempuan boleh tau sama ada lelaki tu menipu or not. Tetapi lelaki kat luar sana kene ingat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Janganlah bila seseorang tu pergi dari hidup uolls, baru la nak menyesal tak sudah. Time tu la baru nak frust menongeng, nak menghargai seseorang kan. So beringat la ek, bila nasik dah jadi bubur semuanya dah tak guna lagi.

2. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap perempuan. Pantang digoda dengan perempuan lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’ or 'kekasih gelap'. Ada juga yang sanggup keluar dengan perempuan lain walaupun sudah mempunyai kekasih or wife. Kenapa la lelaki ni tak penah nak cukup dengan seorang perempuan ye. Lelaki leh tolong jawap tak? Bukan ape nak tau gak nape??? 

3. Panas baran

Ni lagi satu sikap lelaki, suka sangat panas baran tak tentu pasal. Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan pada perempuan. Seolah-olah perempuan ni tempat dorang lepas marah or punch bag. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan perempuan benci dan fobia. Bagi sesetengah perempuan yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan perempuan ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan. Ingat lah wahai wanita diluar sana, sekali lelaki mengangkat tangan selama-lamanya kaum lelaki ni akan mengangkat tangan. Jangan biarkan kita ni kaum wanita ditindas oleh lelaki yang tidak berhati perut pada kaum wanita. 

4. Mengongkong

Eeeee..... Melemaskan la bila lelaki yang suka mengongkong ni. Tak salah nak mengongkong tapi jangan terlampau sangat. Adakalanya memang bagus sebab rasa dicintai, ada orang sayang, ada orang ambil berat dan rasa berpunya. Tetapi kalau terlampau sangat pun tak boleh jugak sebagai contoh perlu ke nak minta izin kalau nak keluar dan call setiap 5 minit. Tak kira la dengan kawan2 perempuan or family sendiri, sedangkan belum ada ape2 ikatan yang sah dan belum sah menjadi haknya. Lebih afdal jika minta izin dengan ibu bapa kita sendiri. Tak salah nak ambik berat. It's good attitude. Bagi dida jika nak kawal gerak-geri kekasih tak ada masalah. Tapi jangan melampau ye mau tension beb... Tetapi, cuba kalau perempuan buat macam tu pada lelaki mau melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control. 

5. Cemburu Buta

Bagi dida cemburu tu bagus. Itu tandanya lelaki tu sayang kat kite. Tapi kalau kuat sangat cemburu or suka cemburu buta, susah tu. Malangnya jika dapat pasangan yang suka cemburu buta. Suka mencari salah dengan perkara kecil dan bergaduh akibat perkara remeh temeh. Memang menyesakkan kepala jika dapat pasangan macam ni. Setiap perkara perlu direport pada dia, buat setiap 5 minit mau highper tension dibuatnya. Hurrrmmm...

6. Meninggikan suara

Ramai lelaki gemar meninggikan suara kepada kekasih or pasangan mereka tanpa mengira perasaan wanita tersayang. Mau kene heart attack dibuatnya, malu tu takyah cakap la. Kalau boleh cabut kepala tu, dah lama kite cabutkan. Hehehe... Tanpa melakukan kesalahan terpaksa mendengar lelaki tersayang meninggikan suara tanpa mengira tempat amatlah memalukan dan menyakitkan hati. Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ hurmmm 'macho la sangat kan' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Apalah nasib wanita tersayang. Sedihnyaaa... Sob...sob...sob... Tapi kalau sayang jangan la tinggikan suara. Cube la cakap elok2. Bukannya tak bole cakap elok. Lain la kalau pasangan korang tu pekak.

7. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Susah sangat ke nak cakap maaf pada pasangan kita. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jadi fikir2 kan lah ye... Jangan terlambat udah  la ye, siap hari bulan awek kesayangan kene kebas. Time tu baru la nak kalam kabut.

8. Suka ‘cuci mata’

Memang menyakitkan mata dan hati bila berjalan dengan lelaki yang gemar mencuci mata dan liar tengok perempuan cantik or seksi tapi seksa... hahaha...  Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang la katakan). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Kita duk sebelah dia sempat lagi matanya melirik ke arah wanita lain yang sexy dan bergaya. Kalau kite nak bergaya dan sexy tau plak marah. Pantang ada perempuan cantik pasti nak cuci mata. Owwwhhh... Adakah lelaki jenis ni kita perlu cuci mereka habis-habisan??? Kuang... kuang...kuang...

9. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya or wifenya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan perempuan. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, perempuan adakala sensitif, adakala tidak sensitif. Tetapi bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki or husband menjaga hati mereka terlebih dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika perempuan itu isterinya. Walaupun begitu bagi lelaki yang sudah or belum berkahwin jangan lupa akan tanggungjawab pada keluarga, kerana syurga seorang anak lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu. Manakala perempuan syurganya terletak pada kaki suami. Bagi perempuan pula kene lah memahami suami jugak. Jangan la skit2 nak emo je... Dalam hidup berumahtangga ni kita kene la saling memahami antara satu sama lain dan lelaki kene la pandai mengambil hati isteri dan kenalah berlaku adil. Jika isteri tu merajuk cepat2 lah pujuk isteri dan berlaku adilah la ye... :) 

10. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal sampai terlupa isteri or kekasihnya. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih or wife. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

11. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya or wifenya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita or wife korang terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil seperti bunga ke, coklat ke, candle light dinner ke dan macam2 lagi. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih dan ungkapan sayang setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

12. Kuat Merokok

Ya, ramai lelaki kat luar sana yang merokok. Tetapi ada juga yang perihatin tentang orang di sekeliling mereka cuma tak de la ramai sangat yang perihatin. Ada sesetengah jenis ni dah la kuat merokok, pastu suka merokok tak kira tempat. Sebagai contoh di restoran yang sesak dengan manusia or bayi pun mereka nak merokok tanpa rasa bersalah. Malulah sikit dengan sikap yang macam ni. Tolong lah tunjukkan contoh dan tauladan yang baik2. Para lelaki diluar sana ingatlah kamu tu pemimpin dan khalifah di muka bumi ini, so please tunjukkan tauladan dan contoh yang baik pada orang di sekeliling kamu terutamanya pada anak2 dan wif. 

13. Control Macho

Kita biasa melihat wanita control ayu, asyik nak tengok cermin aje betulkan make up sememeh ke idok kan. Kejap2 tengok cermin... Kejap2 tengok cermin... Touch up sini, touch up sana, nak pastikan lipstik merah menyala or maskara cair ke takkan. Tapi memang merimaskan bila jumpe lelaki yang sikit2 nak betulkan rambut, nampak cermin je nak benti betulkan baju la, rambut la dan macam2 lagi. Lalu tandas je nak jenguk cermin. Agak2 korang la kan, rimas tak kalau lelaki macam ni??? Errrrmmm...

14. Gelojoh

Ramai lelaki yang sangat gelojoh bila makan sehinggakan bila nampak makanan terus lupa dunia. Makan macam orang tak makanan 2 hari. Tapi jika lapar sangat2 boleh dimaafkan la. Bagi lelaki yang baru kawin jangan la gelojoh plak bile malam pertama... HAHAHAHA... 

Cer komen sikit pendapat korang? Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza2. Walau ape pon yang penting adalah saling tolak ansur antara satu sama lain dan setiap pasangan cuba la memahami serta mempercayai antara satu sama lain. Baru rumahtangga boleh bahagia. Peace yooo...  

p/s – jangan la muncung sangat macam dalam gambar atas tu ye :p (Peringatan untuk diri sendiri)





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...