Hai everyone ;)
Apa kabar semua? Dida harap uolss semua happy dan ceria selalu. Jangan sedih2 tau. Lately dida busy skit. Maklumlah dah banyak assignment yang perlu disiapkan. Ni pun kebetulan ada masa terluang. So why not dida tulis something. At least ada something yang dida bole share dengan uolss. Betul tak? Actually dalam kepala otak ni banyak benda yang dipikirkan. Sampai dah jadi macam merba dah pun. Hihihi...
Setiap orang dilahirkan dengan karakter dan personality yang berbeza. Begitu jugak dengan hati dan perasaan. Bak kate pepatah " Rambut sama HITAM... tapi HATI LAIN2. Betul tak? Bila sesuatu perkara yang berlaku melibatkan hati dan perasaan memang sukar untuk kitew tafsirkan dan sukar untuk kitew ungkapkan. Setiap orang ada kisah yang tersendiri. Setiap orang ada ujian yang berbeza. Tapi kitew kene ingat... dalam hidup ini, tidak semua yang kitew nak akan kitew dapat malah kadangkala kitew sendiri terpaksa berkorbankan hati dan perasaan kitew sendiri. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Kitew hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Tetapi kitew sebagai hambanya kene la ingat bahawa Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kitew hanya mampu merancang tetapi Allah la penentu segalanya.
Sebagai contoh adakalanya kitew diuji dengan kehilangan, kesusahan, kesengsaraan, kehilangan atau orang yang kita sayangi meninggalkan kitew dan bermacam2 lagi. Bila berbicara bab cinta, boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami alam percintaan. Ada yang percintaan sampai ke jinjang pelamin, tetapi ada jugak percintaan yang tidak kesampaian dan berakhir dengan perpisahan. Bila ungkap perkataan perpisahan. Tiada sape yang minta perpisahan dalam sesuatu perhubungan. Betul tak? Sebagai manusia kitew kene ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul... cinta itu adalah sesuatu yang perkara yang indah, unik, dan aneh serta suatu perkara yang sukar untuk diungkapkan. Cinta adalah satu anugerah dari Ilahi. Kitew diberi kesempatan untuk merasai apa itu nikmat cinta dan menilainya sesuatu peluang yang diberi itu dengan sebaik-baiknya.
Ia datangnya bukan dengan paksaan, perginya pula tanpa kerelaan kitew. Cinta adalah sesuatu yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan dan dibaja bagi menyerikan lagi keindahannya. Jika didalam sebuah percintaan ada kekasaran, ia boleh mengundang sebuah perpisahan didalam sesuatu perhubungan. Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah tanpa cinta, sesuatu perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa berpenghuni. Mungkin benar tatkala kitew kehilangan barulah kita menyedari betapa berharganya seseorang itu dalam hidup kitew. Mungkin benar saat kitew terluka barulah kitew mengerti. Mungkin benar bila kitew rasakan rindu yang sangat dalam barulah kitew tahu betapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Walaupun begitu kitew sebagai hambaNYA perlu lah sedar. Kitew hanya mampu merancang. Tetapi Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya dan penentu segalanya. Kadang2 ape yang berlaku pada diri kitew ada hikmahnya dan ada baiknya. Mungkin untuk permulaan kita rasa sedih, murung dan kitew asyik terfikir apa salah dan kekurangan diri kitew. Tapi percayalah mungkin orang tu bukan terbaik untuk kitew. Allah tahu ape yang terbaik untuk hambaNYA.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
Jangan sesekali kitew salahkan takdir yang telah Allah tetapkan pada kitew. Ingatlah semua yang berlaku sudah tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua yang berlaku menuntut kesabaran, ketabahan dan keimanan kitew. Allah tidak akan menguji hambaNYA jika hambaNYA tidak mampu. Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kitew kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kitew. Jadi janganlah kitew sesekali putus asa dengan rahmat Allah. Kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji kitew bukan kerana Allah benci kepada kitew tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kitew. Cuma kekadang kitew ni haa tak pernah nak bersabar dalam menghadapi ujian yang Allah berikan pada kitew. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kitew kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah:286)
Cintailah seseorang itu dengan seikhlas hati, bukan kerana rupa paras atau kerana hartanya. Kerana bila2 Allah boleh tarik balik nikmat yang Allah berikan. Terima lah orang yang kitew cintai itu seadanya wlpun banyak kekurangannya. Jika cinta kitew ditolak terimalah dengan berlapang dada dan dengan hati yang terbuka. Mungkin ada yang terbaik untuk kitew diluar sana. Tak perlu la menggunakan cara yang tidak baik seperti sihir ke, mandrem ke, jika cinta kitew ditolak. Sebab ia perbuatan yang sia2. Yes... memang kitew akan dapat orang yang kitew cintai, tetapi yang kitew dapat hanya lah tubuh badan orang tu sahaja tetapi tidak pada hatinya. Dan ingatlah jika kitew dapat kan seseorang itu dengan cara yang tidak baik, cinta kitew tidak akan kekal selamanya. Mungkin boleh bertahan hanya sementara sahaja.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru...
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada rahmat disebaliknya. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu hanya untuk sia-sia belaka. Allah turunkan hujan dan kilat serta mendung kelabu. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi.
Sekian sahaja enrty dida kali ni. Jika ada salah dan silap dida minta maaf sangat2. Mana la tau dengan entry dida kali ni uolss ada terasa hati or terluka dengan dida ke? dida minta maaf sangat tau. Dida tak bermaksud nak buat sesiapa terasa hati dengan dida. Cume dida nak berkongsi dengan uolss.
Sharing is Caring ^_^/
Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me...
No comments :
Post a Comment