Assalamualaikum semua,
Hari ni dah
masuk hari yang ketiga arwah bos dida pergi meninggalkan kami semua. Bos dida En.
Ahmad Tarmizi bin Muhamud, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian
Pembangunan Mahasiswa telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2014 (Ahad)
jam 9.40 pagi di Hospital Putrajaya. Disini dida ingin memohon bagi sesiapa yang mengenali arwah bos dida ni, ampunkan la segala dosa-dosa yang pernah dibuat sama ada sengaja atau tidak
sengaja... Apa-apa pun disini dida minta halalkan makan minum arwah bos dida... Dari Allah kita datang & kepada Allah jua kita kembali... Semoga arwah tenang disana... Sehubungan
dengan itu, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri
rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin.......
Al- Fatihah |
Ingin dida berkongsi dengan pembaca sekalian... Bos dida jika orang tak kenal mesti dorang ingat garang.
Tapi actually bos dida adalah seorang yang tegas, baik hati, kelakar, penyayang ibarat seperti seorang
anak dan ayah. Bos adalah bos yang terbaik!!! Sebab ape dida cakap macam tu ek... Sebab dida tak pernah tengok seorang bos
yang ambil berat tentang anak buah dia. Sentiasa mempertahankan orang bawahan
dia. Korang pernah ke dapat bos yang macam ni. Jika pernah korang adalah orang yang bernasib baik. Tapi nak jumpe macam bos dida ni memang susah la, ibarat 1 dalam sejuta. Selalu yang kita dapat lihat dekat mana-mana company tak ada pegawai atasan yang akan mempertahanan anak buah dia, sentiasa buli kita ada la kannn. Betul tak??? Bos dida ni bukan seorang bos yang kaki bodek ye. He not that type. Tak kira la orang atasan ke orang besar-besar ke, if jika benda tu betul yesss dia akan setuju. Jika salah he not agree with you. Bos dida adalah seorang yang tip top bila buat keje ye. Bos dida juga banyak mengajar dida, beri tunjuk ajar pada dida dan banyak memberi nasihat pada dida. I'm really... really sad. Bila cerita pasal bos, secara automatik air mata pasti mengalir. So disini dida nak share picture my bos. Ini sahaja kenangan yang dida ada with my bos walaupun sekejap. And the last baru dida perasan. Picture dida dengan bos sangat sedikit. Bos yang banyak ambik gambar dida... Dida doakan semoga bos tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amiiinn...
Dalam kenangan |
Anak kesayangan bos....... merajuk gan bos agaknye... |
Ni gambar waktu buat kumpulan KIK |
Ni plak kat PWTC |
Itu sahaja perkongsian dida setakat ni... Assalamualaikum...
Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me...
No comments :
Post a Comment