Monday, 17 February 2014

Kelebihan Wanita Asia

Assalamualaikum semua,

Macam mana hari ni... semua okay ke??? Jangan moody2 ye... x mo... x mo... x mo...

Hari ni eda nak berkongsi dengan semua orang tentang ape yang eda baca iaitu kelebihan wanita asia. Kite semua tau wanita asia ni bukan setakat cantik luaran dan dalaman je. Malah wanita asia ni  mempunyai personaliti yang sopan santun, kaya dengan berbudi bahasa serta mempunyai wajah yang cantik, lembut, halus dan menawan. Walaupun setiap negara mempunyai latar belakang yang berbeza, wanita asia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri mengikut budaya masing-masing. Pasti anda tertanya-tanya apakah kelebihan wanita asia bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca kelebihan wanita Asia sehingga menarik minat jejaka yang berada diluar sana!!!

Gambar Hiasan

Cantik cara tradisional 
Wanita Asia punya banyak rahsia cantik yang diolah daripada alam semula jadi. Di Malaysia contohnya, ada banyak ramuan tradisional yang diminum atau dipakai di badan untuk tujuan kecantikan. Wanita Jepun kebiasaannya minum teh. Hampir semua negara mempunyai rahsia turun-temurun cantik menggunakan cara tradisional mereka sendiri. Pola pemakanan warga Asia juga cenderung lebih sihat. Hal itu juga menjadi pendorong kecantikan dan rahsia awet muda wanita Asia. 

Warna kulit jadi pelindung 
Warna kulit orang Asia cenderung kuning hingga sawo matang. Semakin gelap warna kulit, semakin bagus perlindungan terhadap kerosakan akibat sinar matahari. Oleh itu, bagi anda yang memiliki kulit sawo matang seharusnya bersyukur. Wanita dengan kulit putih memerlukan perlindungan yang lebih banyak. Selain itu, kulit wanita Asia cenderung lebih halus dan lembut. Kerap kali kita lihat gadis Barat sanggup berjemur di bawah terik matahari semata-mata mahukan tona warna kulit seperti orang Asia. Jelas, mereka cemburu dengan kita! 

Tak mudah kedut  
Komposisi lemak di wajah wanita Asia lebih banyak berbanding wanita dari benua Eropah dan Amerika. Perbezaan ini menyebabkan kulit wajah wanita Asia tidak mudah berkedut. Wanita Asia juga cenderung memiliki mata yang cembung, hal ini akan membuat mereka tidak mudah mengalami mata kendur. Lemak di sekitar bibir juga lebih banyak sehingga garis lengkung senyum lebih samar.

Kemudian dari segi fizikal, wanita Asia memiliki kulit yang halus mulus dan lembut seperti sutera, jauh bezanya jika bandingkan dengan kulit wanita Barat yang kasar dan berbulu lebat. 

Tulang wajah lebih halus  
Dibandingkan gadis dari benua Eropah dan Amerika, struktur tulang wajah wanita Asia lebih halus. Tulang pipi tidak terlalu menonjol, tulang dagu juga lebih halus dan membujur. Hal ini membuatkan wajah wanita Asia tampak lebih lembut. Sedangkan wanita Barat memiliki struktur tulang yang lebih tegap, tulang hidung lebih menonjol, tulang pipi tinggi dan tulang dagu lebih terlihat. 

Lambat beruban  
Rambut orang Asia lebih cepat tumbuh dibandingkan masyarakat Carribean mahupun Caucasian. Menariknya, rambut kita tumbuh 1 hingga 3 sentimeter setiap bulan. Lebih menyenangkan apabila rambut kita lambat untuk mengalami kebotakan berbanding masyarakat luar lain. Selain botak atas faktor usia, rambut beruban orang Asia juga lebih lambat daripada bangsa lain. 
Tidak perlu bersusah payah mewarnakan rambut. Sedia kala memiliki rambut hitam pada waktu orang lain mewarnai rambut? Anda harus bangga dengan hal ini. Rambut asli Asia mengandungi medulla yang banyak pigmen warna gelap membuatkannya berkilau dan lembut. Namun kerana rambut kita lebih tebal dan panjang, kadangkala ia lebih cepat kering. Perlu rajin melakukan ‘rawatan’ dengan nutrisi untuk mengekalkan kelembapannya.





Eda Ariff
019-2049504 (PM@Whatsapp)
idaariff84@gmail.com





Monday, 10 February 2014

Mahukah Anda Menambah Pendapatan Sampingan?




Dengan kenaikan kos sara hidup sekarang dengan gaji yang ada belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan rumah apatah lagi mereka yang telah berkeluarga, di sini eda sangat2 berbesar hati untuk berkongsi dengan anda salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga... eda juga seorang pekerja sepenuh masa dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran dan mempunyai busines online. TAPI eda sangat2 gembira kerana mampu untuk menolong meringankan beban family. Sejak busines online ini eda telah memperoleh pendapatan sendiri....pada minggu pertama walaupun sikit je bagi permulaan eda dapat gak RM100...hanya RM100 seminggu dengan hanya mempromosikan barang je melalui online...Jika anda ingin menambah pendapatan mahupun menolong sedikit sebanyak dalam perbelanjaan keluarga....

"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...datang tidak menentu masa...datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.
Nilailah peluang itu dengan cara yang bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!"
- Prof. Dr. Hamka

Bukan senang nak Kaya dan bukan senang untuk Berjaya. Cube kite tengok banyak orang yang berjaya bermula dari BAWAH dan banyak menempuh Kesulitan dan Kepayahan. Jatuh bangun itu adat orang berniaga. Setiap kejayaan mesti bermula dengan satu usaha, jika kita berusaha pasti akan mendapatkan hasilnya. Tak kira la hasilnya besar atau kecil. Memang rata-rata orang yang eda jumpa mengadu, gaji sekarang hanya cukup-cukup makan. Nak shopping yang extra2 ke, nak buat saving ke.. selalu aje tak cukup. Eda teringat kate2 lecture eda namanya Ustaz Mohd Nor Mamat. Mengikut kajian orang yang berpendapatan RM7000.00 ni hanya cukup2 makan je. So just imagine macam mana orang yang macam kite2 ni yang hanya berpendapatan RM2000.00 kebawah.

Terlepas terhantuk dek dinding konkrit. Eda tersedar dari lamunan. Disebab itu la kesedaran eda nak buat side income tu timbul. Lagi pun sampai bile nak makan gaji je kan. Nk beli itu tak bole, nak beli ini tak boleh. Adoiii pening kepala eda… Kadang-kadang tu sampai makan pun kene catu gak. Sebab ape, sebab semua barang makin naik… semuanye naik. Gaji eda je tak naik2. Keje macam nak mati tapi kebajikan langsung x ada. Nak penghargaan dari majikan lagi tak la… Semua tu dalam mimpi aje. Sob… Sob… Sob… L Sekarang eda dah tekat. Eda nak berubah dan eda nak majukan diri eda yang x berapa maju ni… hehehe… Bukan ape sapa lagi yang boleh ubah diri sendiri melainkan diri kita sendiri. Sekarang ni kita tengok plak rata-rata ramai wanita suka minum kolagen. So why not korang grab peluang ni, untuk start jadi Agent BB Plus Collagen yang sah. Testimonial pun dah banyak. 

Eda pun amalkan BB Plus setiap hari. Maklumlah eda ni ada masalah jerawat. Jerawat ni klu naik time tension2 or study, teruk plak tu dh mcm kuih pau. Tapi lepas sehari je eda makan jerawat terus kecut. Muka pun makin berseri2. Bukan dulu x berseri ye…no…no..no… Tak mo ye… Maksud eda kat sini muka tu lagi… lagi… dan lagi berseri. Mak eda sendiri pun amalkan BB Plus setiap hari. Awet muda you all. Orang selalu ingat she's my sister. Perasan tul mak aku… Ish3… Mak… Mak… Tapi walau apapun mak eda mmg cantik. Sapa yang tengok mak eda mmg x percaya yang dia mak eda. Tu tandanya mak eda mmg cantik la… hehehe…

Nak start bisnes ni mudah jer just promote guna Facebook dan Instagram. Kalau dah ada blog lagi bagus, bleh promote dalam blog skali. Zaman sekarang ni, segalanya di hujung jari je kan just click aje semua dapat. Shopping online ni macam dah jadi satu trend. Buyer memang akan sentiasa mencari hot produk dalam market. So kita sebagai seller kena la pandai promote.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” -Ar-Ra'd:11-




Untuk berjaya kita perlu berubah bermula dari saat ini… So, amacam uolls? actually byk lagi perkara yg best-best tentang biz ni...
nak tau lebih lanjut??
Uolls bole PM/ Wassap me okay...eda boleh cerita dari A to Z..

Eda
019-2049504
idaariff84@gmail.com

Friday, 7 February 2014

Kisah Pengembala Kambing dan Serigala





Teringat eda cerita zaman kanak-kanak dulu kisah pengembala kambing dan biri-birinya… cerita ni banyak memberi pengajaran dan teladan.

Pada zaman dahulu……. ada seorang penggembala kambing yang menggembalakan sekawanan domba. Pada suatu hari penggembala itu merasa bosan, sehingga ia memutuskan untuk mempermainkan penduduk desa, maka ia berteriak ..

"Tolong, Ada Serigala ........................"

Penduduk desa yang terdengar teriakan tersebut dan mereka bergegas keluar dari desa untuk menolong penggembala itu. Ketika mereka telah sampai, mereka bertanya .

"Mana Serigalanya ....."

Penggembala itupun tertawa keras, "Ha ha ha ... aku telah berhasil membohongi kamu semua, aku hanya main - main saja ..."



Beberapa hari kemudian, penggembala ini mempermainkan mereka lagi. Lagi - lagi ia berteriak ..

"Tolong, tolong ada serigala ....."

Dan penduduk desapun bergegas keluar untuk menolongnya dan lagi - lagi mereka menemukan bahwa penggembala itu hanya mempermainkan mereka. Mereka sangat marah dengan penggembala tersebut.


Beberapa hari kemudian, seekor serigala datang ke tempat penggembala itu, Serigala itu menerkam domba - dombanya, penggembala itupun berlari ke arah desa dan berteriak ...

"Tolong, tolong ... ada serigala , ada serigala ............"

Ketika penduduk desa mendengar teriakan tersebut, mereka hanya diam saja kerana mereka ingat penggembala itu hanya ingin mempermainkan mereka lagi. Penggembala itupun berlari kepada penduduk desan dan berkata ...

"Seekor serigala telah menerkam domba - dombaku, dulu aku memang berbohong, tetapi kali ini aku mengatakan yang sebenarnya ..."

Akhirnya penduduk desa itu pun datang untuk melihat, benar , mereka dapat melihat seekor serigala sedang berlari dan beberapa ekor domba yang tergeletak mati di rerumputan kerana penduduk tidak segera datang untuk menolongnya.


MORAL: Pembohong tidak akan pernah di percayai lagi, walaupun saat itu mereka berkata benar.



Thursday, 6 February 2014

Menipu dan Berbohong

Assalamualaikum semua…

Hari ni eda ingin berbicara tentang sikap manusia yang suka sangat menipu dan berbohong. Menipu dan berbohong adalah dua perkataan yang sama maknanya. Walauapapun kedua-duanya mempunyai maksud yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu, atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan diri kita ditipu. Yang paling teruk bila kita terjerumus kepada tabiat menipu diri sendiri atau menipu orang lain yang seolah-olah menjadikan keuntungan pada yang melakukannya. Kenapa eda pilih isu ni??? Banyak sebabnya… hehehe…….

Salah satu sebabnya adalah mungkin kita ni selalu ditipu ataupun selalu menipu orang sekeliling kita. Menipu dan berbohong ini jika kita lihat hampir wujud didalam setiap perhubungan dan sikap seseorang tidak kira dalam keluarga, percintaan, persahabatan, pekerjaan ataupun dalam perniagaan dan macam-macam lagi la. Jika kita lihat berbohong dan menipu ni dah jadi macam satu trend terutamanya pada masa sekarang. Kalau kita tengok budak2 zaman sekarang, kecik2 lagi dah pandai menipu. Nak salahkan anak2 100% tak boleh jugak sebab yang menjaga dan mendidik kita adalah ibu bapa sejak kita dilahirkan lagi. Contoh kita melihat seorang anak muda yang biadap dan bersikap kurang ajar bila bercakap dengan orang tua. Mesti kita akan cakap sapeee la mak bapak dia, macam mana mak bapak dia didik anak dia ni… ish3…


Kenapa manusia ni suka sangat berbohong tidak kira lelaki ataupun perempuan terutamanya dalam perhubungan. Kita semua tahu setiap perhubungan yang terjalin mestilah berdasarkan diatas kepercayaan. Jika hilang kepercayaan didalam sesuatu perhubungan yang terjalin, pasti hubungan tersebut tidak akan kekal lama. Eda pelik dengan mereka ni, tak penat ke menipu dan terus menipu. Maybe orang yang suka menipu rasa syok kot bile penipuan mereka ni berjaya terutamanya pada pasangan masing-masing. Ada sesetengah tu mungkin cakap nak jaga hati pasangan masing-masing, tapi sebenarnya bukan menjaga hati pasangan tapi melukan hati lagi ada la. 

Mereka ni tak akan serik, malah akan terus menipu dan menipu lagi. Sebagai contoh yang paling jelas sekali pasangan yang bercinta or pasangan yang sudah berkahwin. Buat lelaki yang kasanova or perempuan2 yang play girls kompem2 la guna ayat manis, menipu dan berbohong tu mesti. Eda rasa bukan mesti dah tu kira wajib bagi mereka menipu dan berbohong tu. Maklumlah nak hidup la katakan. Tapi mereka sedar tak, apa yang mereka lakukan ni menyebabkan banyak hati yang terluka dan memberi impak yang besar kepada diri si penipu dan orang di sekelilingnya. Menipu dan berbohong ni bukan sahaja memberi impak yang negative, kadang-kadang tu boleh menyebabkan pelbagai masalah lagi. Last2 diri sendiri yang terbelit dengan penipuan yang dibuat. Bila penipuannya terbongkar, akibatnya amatlah buruk dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Ingatlah……. memang nak berterus terang tu amat susah dan kebenaran itu pahit. Tetapi setiap kepahitan pasti ada kemanisannya dan setiap kesabaran pasti ada ganjarannya. Bagi eda jika kita dah mengetahui kebenaran walaupun pahit untuk ditelan, tetapi bersabarlah… Setiap insan tidak dapat lari daripada kesusahan hidup dan musibah sama ada berupa penyakit, kemiskinan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Musibah ini sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk menguji hambaNya. Allah ta’ala berfirman:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Sikap seorang mukmin bila  menghadapi musibah ialah reda dan menerimanya sebagai ujian dari Allah. Dia menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang dan berserah diri kepada Allah dan memanfaatkan musibah tersebut sebagai peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

 “Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, Hasan Sahih)

Kesimpulannya berubahlah untuk kebaikan. Sampai bila nak terus menipu dan berbohong. Apa perasaan jika kita sendiri ditipu oleh orang yang kita sayang dan orang yang paling kita percayai. Pasti terluka bukan. Dan ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti dapat balasan dari Yang Mana Esa didunia mahupun diakhirat. Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah saw menjelaskan sifat-sifat orang yang munafik, diantaranya ialah apabila dia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila ia diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah mengatakan yang berbohong dan berdusta itu termasuk dalam satu dosa besar. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, tetapi ingatlah Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya:

"Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30).








Kisah Lawak

Eda terbaca dalam blog kawan eda ni... cite ni maybe ada yang penah baca dan agak lama jugak la tapi saya post ni setakat untuk hiburkan hati dan ringankan kepala yang tengah berserabut dgn bermacam masalah... 

Okay cite dia macam ni ye kawan.......

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti.

Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik.

Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.

Disebabkan mak dan abah dah fedup, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?

Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!

"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.

"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!! "

Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.



MORAL: Kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.



Friday, 31 January 2014

Welcome To My Blog



"Successful people don't have failures, only results." ...

"It's impossible to experience success without experiencing failure. It's how we handle failures that strengthens a person. Strength is therefore built by one's failure, not by one's successes." ... Billi Lim

"Yes, change is to give up what we are to become what we truly could be! Isn't that great? Giving up the old for the new to finally become the person we are born to be!"

"May the forces of change be with you."


... Billi Lim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...