Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

KISAH DIRHAM DAN 8 BUKU ROTI

  
    
                                                                     1                                                     2
                                                                       3                                                     4
                                                                       5                                                     6   


Credit Picture cerahjeff.blogspot.my


Disebabkan ramai yg bertanya pada dida jawapan pada Teka-teki Soalan No.3 tu. 

So dida akan explain sedikit tentang jawapan No.3 tu.

Actually kisah ini berlaku di zaman Saidina Ali r.a. (if I’m not mistaken) masalah ini telah diselesaikan oleh Saidina Ali r.a. masa pemerintahan beliau (^_^)



*     *     *     *     *

KISAH DIRHAM DAN 8 BUKU ROTI


Suatu ketika dahulu, Saidina Ali r.a. yang ketika itu memerintah sebagai khalifah umat Islam didatangi dua orang lelaki yang sedang berbalah.

“Ya Amiirul Mukminiin, kami datang ke sini untuk memohon anda adili masalah kami ini,” ujar seorang pemuda A.

“Silakan” jawab Saidina Ali r.a.

“Begini ceritanya. Kami pergi bermusafir dengan membawa beberapa keping roti sebagai bekalan. Saya membawa 5 ketul, dan B membawa 3 ketul roti. Setelah letih berjalan, kami berhenti untuk berehat dan mengisi perut yang lapar,” sambung pemuda A.

“Belum sempat kami menjamah, kami disapa oleh seseorang yang juga bermusafir, dan beliau meminta izin sekiranya dibenarkan untuknya bersama makan, walaupun beliau tidak mempunyai bekalan roti. Maka kami berdua bersetuju untuk mengagihkan roti dari bekalan kami untuk dinikmati bersama.”

“Setelah kami selesai makan kesemua roti, pemuda itu meminta izin untuk beredar, dan sebelum bertolak, beliau memberi kami 8 dirham untuk dikongsikan sesama kami berdua,” sambung pemuda B.

“Pada pendapat saya, memandangkan roti itu kami berkongsi bersama dan dimakan sama rata, wajarlah sekiranya 8 dirham itu dibahagi sama rata, iaitu 4:4,” cakap pemuda B.

“Tetapi saya membantah, kerana saya menyumbang lebih banyak roti ketika itu. Oleh kerana saya membawa 5 ketul roti dan B membawa 3, saya bersetuju sekiranya ianya dibahagikan kepada 5:3. Inilah masalah yang kami hadapi wahai Amiirul Mukminin, oleh itu kami berjumpa dengan Amiirul Mukminin untuk Saidina Ali r.a. adili perkara ini,” terang pemuda A.

Lalu Saidina Ali r.a. berkata:

“Wahai pemuda B, adalah sudah cukup bagus sekiranya pemuda A itu bersetuju untuk memberi anda 3 dirham dan dia mendapat 5 dirham. Sekiranya diletak di bawah pengadilan saya, saya akan bahagikan 7 dirham untuk A, dan hanya 1 dirham untuk kamu!”

*     *     *     *     *

Mengapa Saidina Ali r.a. berkata demikian? Dimanakah logiknya? Yang pasti, setelah mendengar penjelasan Saidina Ali r.a., akhirnya pemuda B juga BERSETUJU untuk diagihkan 7:1!

KENAPA???

Saidina Ali r.a. kata keputusan yang paling adil ialah...yang bawa lima roti dapat 7 dirham, dan yang bawa tiga roti dapat 1 dirham sahaja...

Aik!!! mana adil begitu...beza bilangan roti DUA saja, tapi beza duit sampai ENAM dirham...

Adilkah begitu...???

Jadi begitulah kita...secara lahiriah, ada manusia dapat banyak ada manusia dapat sedikit...tetapi kalau ia boleh dilihat secara mendalam...apa yang kita dapat ialah apa yang paling adil dan terbaik untuk kita... Jadi bersyukurlah selalu... Jangan merungut...selalu ingat...otak kita terbatas...tak boleh fikir semua benda...apa yang ALLAH s.w.t cipta ada hikmahnya...namun, sesetengahnya langsung tidak boleh terlintas di fikiran kita...tidak boleh difikirkankan oleh otak kita...ALLAH s.w.t yang MAHA  MENGETAHUI segala-galanya...

Bukankah Yusuf Qardawi pernah menyatakan bahawa rezeki tidak hanya merangkumi harta benda...tidak hanya merangkumi duit...tetapi rezeki ALLAH s.w.t boleh didapati dalam pelbagai bentuk... harta.. duit.. masa.. anak.. kesihatan.. umur.. selera makan... bukankah semua itu rezeki???

Sering kita melihat...orang itu kaya, tapi tiada anak...orang itu kaya, tapi tiada masa untuk diluangkan masa untuk anak-anak... Orang itu banyak duit, tapi selalu jatuh sakit...orang itu banyak harta, tapi selalu tiada selera makan...orang itu banyak wang, tapi selalu ada masalah, hidup tak tentu hala...

Mana taknya, mereka tidak mahu bersyukur atas apa yang mereka perolehi...itulah sebab rezeki mereka ditarik... Walaupun harta mereka tidak berkurang... bukankah lebih baik hidup yang sederhana, tapi bersyukur... lalu hidup tiada masalah..selalu sihat...selera makan baik...dikurniakan ramai anak...

Tapi kenapa ada orang yang kaya...yang tak bersyukur atas nikmat harta... tapi hidup mereka senang lenang...semua dia dapat..anak pun ramai...sihat je..selera tinggi..adilkah??

Itu istidraj... Jom dida terangkan sedikit sebanyak apa maksud istidraj? Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada para hambaNya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh. Kelebihan ini sengaja diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada mereka yang kafir dan membangkang terhadap perintah ALLAH s.w.t agar mereka bertambah jauh dari ALLAH s.w.t dan bertambah maksiat kepadaNya sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya, diakhiri dengan pengakhiran yang buruk bagi orang itu. Contohnya yang boleh kitew semua lihat sendiri iaitu Firaun. Kelebihan kekuasaan dan keunggulan kerajaan yang besar telah menyebabkan Firaun lupa diri dan lalai. Hal ini menyebabkan Firaun semakin bertambah derhaka kepada Allah SWT malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Rezeki itu untuk sesatkan lagi mereka...ingat...bukankah firaun laknatullah juga begitu kehidupannya...tapi akhirnya apa yang terjadi??? semua dah tahu kan...

Rasulullah saw bersabda :"Apabila kamu melihat Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) ketahui bahawa orang itu telah 'diistidraj' Allah SWT.


(HR. Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

~ Surah Al-An'am :44)~


Begitulah keadilan ALLAH s.w.t...apa yang kita dapat bergantung kepada apa yang kita lakukan...apa yang kita dapat adalah apa yang paling adil dan terbaik untuk kita...

hehehe... 

Dari kejadian ni banyak yang kitew belajar. So sebagai seorang hambaNYA, kitew kene sentiasa beringat & jangan lupe tanggungjawab kitew sebagai seorang hambaNYA serta sentiasa bersyukur atas apa yang kitew perolehi. Bagi yang berniaga seperti dida. Kitew kene ingat buat bisnes bukan untuk kaya sahaja. Tetapi kita buat bisnes untuk membantu org lain yg mungkin menghadapi masalah ekonomi dan bermacam-macam lagi. Kita buat bisnes untuk mudahkan hidup orang lain. Kita buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, jangan risau. Kita pasti berjaya dunia akhirat. Perlu di ingat berniaga itu adalah 9/10 dari sumber rezeki. Sebagai umat Islam kitew sendiri perlu beringat. Dengan kekayaan yg ALLAH s.w.t berikan itu bolehlah la kitew bersedekah & mengeluarkan zakat. Jangan lupa untuk bersedekah pada golongan yang memerlukan contoh seperti anak2 yatim atau Pusat2 Tahfiz. Jangan ingat bila bersedekah itu akan menyempitkan rezeki uolss. Tapi dengan bersedah & mengelurkan zakat akan membersihkan harta benda & memurahkan rezeki uolss semua.

Untuk pengetahuan uolss berniaga juga salah satu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju ALLAH s.w.t. Sebab orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada ALLAH s.w.t  sahaja. Dalam berniaga kitew akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa, baik Islam mahupun bukan Islam. 

Dah banyak pulak dida membebelkan. So berbalik pada soalan tersebut, mesti uolss masih tertanya-tanya kenapa Saidina Ali r.a. buat keputusan yang macam tidak adil kan..???

Sebenarnya itulah yang paling adil...tak percaya???

Errrmmm... 

Ini alasannya... Jawapannye senang je matematik aje. hehehe... (*_<)

Sahabat yang bawa 5 roti=A
Sahabat yang bawa 3 roti=B
Sahabat yang tidak bawa roti=C

Semua roti ada 8...bayangkan mereka bahagi sama rata... Setiap roti dibahagikan kepada 3 bahagian kecil...jadi semuanya ada 8x3=24 bahagian kecil...setiap seorang akan makan 8 bahagian kecil...jadi A membawa 5x3=15 bahagian kecil...A makan 8, dan dia memberi 7 bahagian kecil kepada C...B pula membawa 3x3=9 bahagian kecil...B makan 8, dan dia beri hanya satu roti untuk C...
jadi nisbahnya 7:1...

ADIL bukan..??? 

So dida harap dengan penjelasan & penerangan yg dida sampaikan pada uolss semua ni. Uolss faham la ye. Sebarang kesilapan tutur kata atau menyinggung hati uolss harap dimaafkan. 


Sekian sahaja coretan dari Dida (^_^)






Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff





Sunday, 24 August 2014

Surat Rasmi Untuk Tambah Kuota !!!


Hello uolls,

Hari ni otak ting tong skit... Banyak benda nak pikir dengan macam-macam hal berlaku. So cari something untuk release kan tension. Tetibe terbaca la benda ni. Memang lawah gilerrr... Sampai sakit perut dida gelak. Actually sumber ni dida dapat dari blog abg benashaari (dia nak tambah kuota ke) hihihi... Saje gurau je ye :)

Maaf yer.. Ini dida copy paste . Sumber asal , dida pun tak berapa pasti dari mana… Jadi kalau ada yang kata ini hak anda, maafkan dida la yer.. Sebab penyebarannya tidak terkawal tanpa sebarang tanda hak milik rasmi.. heee.. 
Tapi sesungguhnya ianya melucukan ! So dida just nak share with uolls... ala just suka-suka dan hilangkan stress je. Jangan la uolls baca bertambah stress udah la. Surat ini sekadar satu gurauan ringan je. Jangan amik serius sangat yer .. heee... Peace yo!!!

Contoh surat rasmi utk tambah kuota
Suami bin Lelaki
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Isteri binti Perempuan
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

30 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Menariknya siap ada balasan tu ! Tu pon tak tau la dari mana puncanya …

Isteri binti Perempuan
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,

Suami binti Lelaki
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk. 

2. Terima kasih kerana telah memaklumkan saya tentang calon ke dua yang bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai isteri nombor 2 kanda. Ermm… Cik Hana Fazura binti Ramli ya namanya ? Sedap sungguh nama itu kanda. Ohh…saya pasti dia memang menunjukkan komitmen yang baik di pejabat . Maklumlah kejab lagi jawatannya semakin tinggi kan ?? Dulu saya pun bekas setiausaha kanda juga dan kanda kata taraf saya akan naik lebih tinggi setelah bergelar isteri. Tapi macam biasalah baru kawin memang kanda cakap saya ‘ cute ‘ dah lama kanda cakap eh..eh..saya ‘ comot ‘ pulak. Tak apa …jangan risau Cik Hana Fazura akan melalui frasa yang sama seperti yang saya tempuhi nanti , bila ada permohonan ke 3 dan ke 4 yang bakal menyusul. Kita tengok nanti surat jawapannya macam mana pulak kan ??

3. Saya memang tiada sebarang halangan untuk kekanda berkahwin lagi, maklumlah poket kanda sekarang ni tengah tebal, tentulah jalan pun tak pijak bumi. Tapi seingat sayalah poket kanda memang semanjang menipis sejak dari azali. Jangan lupa kanda, duit ASB tu saya yang masukkan ke dalam akaun kanda setiap bulan setelah menyisihkan sedikit dari duit belanja bulanan yang kanda biasanya bagi hanya seciput. Kanda tak rasa kejam ker ? Ehh…memang tak rasa kut sebab biasanya orang lelaki memang suka jalan dengan mata terpejam. Kecuali nampak perempuan bogel …sakit terbaring pun boleh bangun - yer tak kanda ? Kusss semangat. Gagah Ali, gagah Musa, masa menghabiskan duit memang tak terasa !

4. Saya faham kanda memang pemurah sebab itu semuanya kanda nak sedekahkan..betul tak ? Insyallah orang pemurah resekinya akan bertambah. 
Jangan risau cukup masa Cik Hana Fazura pun akan menjadi ‘gedabak’ seperti saya dan saya kira waktu tu permohonan ke tiga bakal menyusul kalau pun tak serentak dengan permohonan ke empat. Mungkin saya akan tetap begini juga dari saiz kerana saya dah kebal tapi Cik Hana ??? Mungkin potongannya boleh jadi guitar semula kut.

5. Bab waktu kerja yang lebih menguntungkan ni memang saya suka . Saya tak ada halangan di bahagian ini. Kanda ingat seronok ke saya asyik buat air Nescafe untuk kanda 8 hingga 14 cawan setiap hari terutamanya waktu hujung minggu. Nescare tu bagus ke untuk diminum selalu ? Lenguh tau tangan asyik bancuh air ! Tak pe, tak pe, biarlah orang gaji baru tu buatkan untuk kanda semantara waktu ni. Sampai masa nanti dia pun bosan juga buat air untuk orang yang tak berhenti haus ni . Wek !!

6. Jangan risau, permohonan kanda memang telah melalui procedure yang betul.
Saya jamin tiadk akan ada periuk dan pinggan yang melayang. Sebab semua periuk dan pinggan yang saya beli jenis mahal. Nak buat apa saya pecahkan untuk kanda ?
Lagi pun bukan kanda yang belikan pekakas tu untuk saya selama ini kan ?? Saya beli sendiri – guna duit saya sendiri. Apa ke hal nak pecahkan untuk kanda pulak ? Ehh saya masih waras. Tidak akan saya menjatuhkan air muka saya sendiri semata-mata kanda nak kan Cik Hana Fazura tu. Sebaliknya saya kan sambut dia dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan seperti yang kanda inginkan. Tapi ingat kanda – 3 malam dengan dia, 4 malam dengan dinda. Kalau tidak ????? Siap kanda !!

7. Untuk makluman kanda juga adinda memang telah meluluskan permohonan ini. Surat izin nikah pun dah dinda sign dah sudah pun diletak di atas meja. Maklumlah kalau dinda tak sign pun tak guna, kerana kita sama-sama boleh tiru tanda tangan masing-masingkan ??? Belailah selagi larat. Usia kita dah meningkat, sama-sama semakin tua. Esok lusa bila Cik Hana Fazura dah penat…kanda cari saya juga kan?Time tu kanda jangan lupa, ada lori ada bas, salah masuk… memang saya tebas! Jaga-jaga ya kanda.

8. Akhir kata, saya doakan semoga kanda masih boleh menjadi suami mithali kepada kami tapi please la..dont take everything for granted sebab saya takut kanda terlupa harimau yang kanda bela ni sebenarnya terdiri dari keluarga kucing. Kadang dia manja, kadang dia bermain di celah kaki, tapi sesekali kukunya mencakar…..standby minyak gamat ya kanda.

Yang ikhlas

Isteri mithali mu yang bakal dapat payung emas.




"Ingatlah bahawa kaum hawa itu merupakan kejadian Allah yang bersifat lemah dan berada di sampingmu. Mereka tidak sekuat tenagamu. Kamu mengambil mereka untuk bersamamu sebagai suatu amanah daripada Tuhan dan mereka halal bagimu dengan kalimah Allah. Oleh yang demikian, takutlah kepada Allah dalam segala urusan yang berkaitan wanita. Terimalah wasiat ini untuk bergaul dengan baik bersama mereka."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.




Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 



019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday, 14 August 2014

Jom TEKA-TEKI Matematik!


Assalamualaikum uollsss…

Hari ni dida nak main teka-teki dengan korang plak. Semalam dida dah berteka-teki dengan group member. Soalan ni penah dengar dan penah jawap. Tapi lupa sudah dan memeningkan kepala. Smpai tido pun still mengira... heheheh... Okaylah tanpa buang masa jom sama2 mencuba teka-teki ni. Sekurang2nya dapat rileks kan minda.


Teka-teki 1






Teka-teki 2




Teka-teki 3













Credit Pic cerahjeff.blogspot.com 


p/s: Jawapan tak disediakan sebab senang sangat. BTW, masalah ini diselesaikan oleh Saidina Ali masa pemerintahan beliau (^_^). Nak tau jawapan gak. errmmm... nanti la dida bagi kat korang ek. Itu pun jika ada permintaan... hahaha...  :P

Disebabkan ramai sangat yg PM/WA/Inbox Dida untuk tahu jawapan bg soalan no.3 ni. So dida post kan la jawapan utk soalan ni. Uolss boleh ke link ni ye ~> Kisah Dirham dan 8 Buku Roti





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday, 6 February 2014

Kisah Lawak

Eda terbaca dalam blog kawan eda ni... cite ni maybe ada yang penah baca dan agak lama jugak la tapi saya post ni setakat untuk hiburkan hati dan ringankan kepala yang tengah berserabut dgn bermacam masalah... 

Okay cite dia macam ni ye kawan.......

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti.

Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik.

Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.

Disebabkan mak dan abah dah fedup, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?

Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!

"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.

"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!! "

Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.



MORAL: Kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...