3 4
5 6
Credit Picture cerahjeff.blogspot.my
So dida
akan explain sedikit tentang jawapan No.3 tu.
Actually
kisah ini berlaku di zaman Saidina Ali r.a. (if I’m not mistaken) masalah
ini telah diselesaikan oleh Saidina Ali r.a. masa pemerintahan beliau
(^_^)
*
* * * *
KISAH DIRHAM DAN 8 BUKU ROTI
Suatu ketika dahulu, Saidina
Ali r.a. yang ketika itu memerintah sebagai khalifah umat
Islam didatangi dua orang lelaki yang sedang berbalah.
“Ya Amiirul Mukminiin, kami
datang ke sini untuk memohon anda adili masalah kami ini,” ujar seorang pemuda
A.
“Silakan” jawab Saidina Ali r.a.
“Begini ceritanya. Kami
pergi bermusafir dengan membawa beberapa keping roti sebagai bekalan. Saya
membawa 5 ketul, dan B membawa 3 ketul roti. Setelah letih berjalan, kami
berhenti untuk berehat dan mengisi perut yang lapar,” sambung pemuda A.
“Belum sempat kami menjamah,
kami disapa oleh seseorang yang juga bermusafir, dan beliau meminta izin
sekiranya dibenarkan untuknya bersama makan, walaupun beliau tidak mempunyai
bekalan roti. Maka kami berdua bersetuju untuk mengagihkan roti dari bekalan
kami untuk dinikmati bersama.”
“Setelah kami selesai makan
kesemua roti, pemuda itu meminta izin untuk beredar, dan sebelum bertolak,
beliau memberi kami 8 dirham untuk dikongsikan sesama kami berdua,” sambung
pemuda B.
“Pada pendapat saya,
memandangkan roti itu kami berkongsi bersama dan dimakan sama rata, wajarlah
sekiranya 8 dirham itu dibahagi sama rata, iaitu 4:4,” cakap pemuda B.
“Tetapi saya membantah,
kerana saya menyumbang lebih banyak roti ketika itu. Oleh kerana saya membawa 5
ketul roti dan B membawa 3, saya bersetuju sekiranya ianya dibahagikan kepada
5:3. Inilah masalah yang kami hadapi wahai Amiirul Mukminin, oleh itu kami
berjumpa dengan Amiirul Mukminin untuk Saidina Ali r.a. adili perkara ini,” terang pemuda A.
Lalu Saidina Ali r.a.
berkata:
“Wahai pemuda B, adalah
sudah cukup bagus sekiranya pemuda A itu bersetuju untuk memberi anda 3 dirham
dan dia mendapat 5 dirham. Sekiranya diletak di bawah pengadilan saya, saya
akan bahagikan 7 dirham untuk A, dan hanya 1 dirham untuk kamu!”
* *
* * *
Mengapa Saidina Ali r.a.
berkata demikian? Dimanakah logiknya? Yang pasti, setelah mendengar penjelasan
Saidina Ali r.a., akhirnya pemuda B juga BERSETUJU untuk diagihkan 7:1!
KENAPA???
|
Saidina Ali r.a. kata
keputusan yang paling adil ialah...yang bawa lima roti dapat 7 dirham, dan yang
bawa tiga roti dapat 1 dirham sahaja...
Aik!!! mana adil
begitu...beza bilangan roti DUA saja, tapi beza duit sampai ENAM dirham...
Adilkah begitu...???
Jadi begitulah kita...secara
lahiriah, ada manusia dapat banyak ada manusia dapat sedikit...tetapi kalau ia
boleh dilihat secara mendalam...apa yang kita dapat ialah apa yang paling adil
dan terbaik untuk kita... Jadi bersyukurlah selalu... Jangan merungut...selalu
ingat...otak kita terbatas...tak boleh fikir semua benda...apa yang ALLAH s.w.t
cipta ada hikmahnya...namun, sesetengahnya langsung tidak boleh terlintas di
fikiran kita...tidak boleh difikirkankan oleh otak kita...ALLAH s.w.t yang MAHA MENGETAHUI segala-galanya...
Bukankah Yusuf Qardawi
pernah menyatakan bahawa rezeki tidak hanya merangkumi harta benda...tidak
hanya merangkumi duit...tetapi rezeki ALLAH s.w.t boleh didapati dalam pelbagai
bentuk... harta.. duit.. masa.. anak.. kesihatan.. umur.. selera makan...
bukankah semua itu rezeki???
Sering kita melihat...orang
itu kaya, tapi tiada anak...orang itu kaya, tapi tiada masa untuk diluangkan
masa untuk anak-anak... Orang itu banyak duit, tapi selalu jatuh sakit...orang
itu banyak harta, tapi selalu tiada selera makan...orang itu banyak wang, tapi
selalu ada masalah, hidup tak tentu hala...
Mana taknya, mereka tidak
mahu bersyukur atas apa yang mereka perolehi...itulah sebab rezeki mereka
ditarik... Walaupun harta mereka tidak berkurang... bukankah lebih baik hidup
yang sederhana, tapi bersyukur... lalu hidup tiada masalah..selalu
sihat...selera makan baik...dikurniakan ramai anak...
Tapi kenapa ada orang yang
kaya...yang tak bersyukur atas nikmat harta... tapi hidup mereka senang
lenang...semua dia dapat..anak pun ramai...sihat je..selera tinggi..adilkah??
Itu istidraj... Jom dida terangkan sedikit sebanyak apa maksud istidraj? Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada para hambaNya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh. Kelebihan ini sengaja diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada mereka yang kafir dan membangkang terhadap perintah ALLAH s.w.t agar mereka bertambah jauh dari ALLAH s.w.t dan bertambah maksiat kepadaNya sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya, diakhiri dengan pengakhiran yang buruk bagi orang itu. Contohnya yang boleh kitew semua lihat sendiri iaitu Firaun. Kelebihan kekuasaan dan keunggulan kerajaan yang besar telah menyebabkan Firaun lupa diri dan lalai. Hal ini menyebabkan Firaun semakin bertambah derhaka kepada Allah SWT malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Rezeki itu
untuk sesatkan lagi mereka...ingat...bukankah firaun laknatullah juga begitu
kehidupannya...tapi akhirnya apa yang terjadi??? semua dah tahu kan...
Rasulullah saw bersabda :"Apabila kamu melihat Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) ketahui bahawa orang itu telah 'diistidraj' Allah SWT.
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
Rasulullah saw bersabda :"Apabila kamu melihat Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) ketahui bahawa orang itu telah 'diistidraj' Allah SWT.
(HR. Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
~ Surah Al-An'am :44)~
Begitulah keadilan ALLAH
s.w.t...apa yang kita dapat bergantung kepada apa yang kita lakukan...apa yang
kita dapat adalah apa yang paling adil dan terbaik untuk kita...
hehehe...
Dari kejadian ni banyak yang kitew belajar. So sebagai seorang hambaNYA, kitew kene sentiasa beringat & jangan lupe tanggungjawab kitew sebagai seorang hambaNYA serta sentiasa bersyukur atas apa yang kitew perolehi. Bagi yang berniaga seperti dida. Kitew kene ingat buat bisnes bukan untuk kaya sahaja. Tetapi kita buat bisnes untuk membantu org lain yg mungkin menghadapi masalah ekonomi dan bermacam-macam lagi. Kita buat bisnes untuk mudahkan hidup orang lain. Kita buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, jangan risau. Kita pasti berjaya dunia akhirat. Perlu di ingat berniaga itu adalah 9/10 dari sumber rezeki. Sebagai umat Islam kitew sendiri perlu beringat. Dengan kekayaan yg ALLAH s.w.t berikan itu bolehlah la kitew bersedekah & mengeluarkan zakat. Jangan lupa untuk bersedekah pada golongan yang memerlukan contoh seperti anak2 yatim atau Pusat2 Tahfiz. Jangan ingat bila bersedekah itu akan menyempitkan rezeki uolss. Tapi dengan bersedah & mengelurkan zakat akan membersihkan harta benda & memurahkan rezeki uolss semua.
Untuk pengetahuan uolss berniaga juga salah satu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju ALLAH s.w.t. Sebab orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada ALLAH s.w.t sahaja. Dalam berniaga kitew akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa, baik Islam mahupun bukan Islam.

Dah banyak pulak dida membebelkan. So berbalik pada soalan tersebut, mesti uolss masih
tertanya-tanya kenapa Saidina Ali r.a. buat keputusan yang macam tidak adil kan..???
Sebenarnya itulah yang
paling adil...tak percaya???
Errrmmm...
Errrmmm...
Ini alasannya... Jawapannye senang je matematik aje. hehehe... (*_<)
Sahabat yang bawa 5 roti=A
Sahabat yang bawa 3 roti=B
Sahabat yang tidak bawa
roti=C
Semua roti ada 8...bayangkan
mereka bahagi sama rata... Setiap roti dibahagikan kepada 3 bahagian
kecil...jadi semuanya ada 8x3=24 bahagian kecil...setiap seorang akan makan 8
bahagian kecil...jadi A membawa 5x3=15 bahagian kecil...A makan 8, dan dia memberi
7 bahagian kecil kepada C...B pula membawa 3x3=9 bahagian kecil...B makan 8,
dan dia beri hanya satu roti untuk C...
jadi nisbahnya 7:1...
ADIL bukan..???
So dida harap dengan penjelasan & penerangan yg dida sampaikan pada uolss semua ni. Uolss faham la ye. Sebarang kesilapan tutur kata atau menyinggung hati uolss harap dimaafkan.
Sekian sahaja coretan dari Dida (^_^)

Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me...
No comments :
Post a Comment