Monday 1 June 2015

Cara Mudah Pakai Shawl Part 2



Assalamualaikum semua,

Ingat lagi tak entri dida sebelum ni iaitu cara mudah pakai shawl. Errrmmm... x ingat ek? Tapi x pe dida x marah cume sentap skit aje. Hihihi... Kalau tak ingat uolls boleh Klik Sini.. Klik tauuu!!! 

So ada ke di antara cara pakai shawl tu uolls dah prektikkan. Dida pun still lagi mencari cara2 pakai shawl ni. Maklumlah dida bukan pandai sangat pakai shawl. Bila tengok orang pakai nampak cantik je. Nampak comel je. Kalau dida sendiri pakai rasa cam selekah pun ada. Bila kitew ni nak pandai wakkk. Errrmmm... 

Okay untuk information uolls gambar2 tutorial ni dida dapat dari carian search Google, Facebook, Instagram and etc. Ala bukan ape pun. Untuk rujukan bersama. Takkan uolls je nak cantik. Dida pun nak cantik macam uolls jugak. Tak gitu, ahaksss!!!

Jom kitew tengok gambar2 yang dida cari. Tah yang mana la sesuai dengan dida ek. Errrmmm... 


Comeynyeeee.... 


Credit Picture https://www.zolace.com


Langkah Pertama:
  • Pakai skaf terlebih dahulu kerana untuk mengekalkan kedudukan selendang daripada bergerak ketika pemakaian. Tidak mengapa jika anda tidak mahu mengenakan skaf kerana ini mengikut keselesaan seseorang individu.
  • Bahagikan selendang kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, lebarnya hendaklah melebihi separuh daripada bahagian yang satu lagi.
  • Putarkan bahagian yang lebar dahulu untuk jadikan ia berpintal/berpulas. Selepas itu, ambil bahagian belakang dan lakukan yang sama.
  • Guna satu kerongsang yang kecil dan pin dibawah dagu anda.

Langkah ke-2:
  • Ambil pula bahagian yang pendek dan pin pada bahagian panjang selendang dibawah bahu.
  • Contoh: jika anda pilih selendang yang panjang disebelah kanan dan bahagian pendek di sebelah kiri, pinkan bahagian pendek selendang di bahu kanan anda.
  • Pin dengan menggunakan kerongsang dan sesuaikan kepanjangan mengikut kemudahan anda.
  • Jika kepanjangan selendang terlalu pendek dan anda mahu menjadikan ia lebih panjang, sila rujuk “Langkah pertama”, pastikan anda tambah kepanjangan pada bahagian yang pendek untuk jadikan ia panjang ketika anda mengenekan pin.

Langkah ke-3:
  • Sekarang, ambil selendang yang panjang yang telah anda putarkan.
  • Ambil bahagian dimana yang anda masih belum pin dibawah dagu dan pinkan ia menggunakan pin jarum supaya menampakkan ia lebih beralun.

Langkah ke-4:
  • Sekarang ambil bahagian selendang yang telah dipin dibawah dagu dan tarik keatas menuju ke bahagian pendek selendang.
  • Ini akan menyebabkan selendang anda berkedudukan disebelah pipi. Jangan pin selendang terlebih dahulu. (selendang akan berlapis)

Langkah ke-5:
  • Tarik selendang anda dengan perlahan dan letak dibahagian kepala sehingga sampai ke bahagian asal iaitu bahagian yang panjang itu tadi.
  • Kemudian pin menggunakan kerongsang dibahagian tepi garisan pipi.
  • Langkah ini akan menghalang selendang daripada bergerak atau terangkat ketika angin bertiup atau semasa berjalan.
  • Untuk menampakkan gaya elegan tersebut, anda perlu menggunakan kerongsang yang besar pada bahagian ini.

Langkah ke-6:
  • Pada ketika ini, bahagian panjang selendang akan lebih seimbang.
  • Sebelum kita imbangkan ia, mari kita kemaskan sedikit bahagian depan yang panjang.
  • Apabila anda sudah berpuas hati dan selesa, pin kedua-dua pada bahu. Anda boleh menggunakan kerongsang yang menyerlah untuk nampak menarik pada bahagian ini. Pada bahagian inilah yang menampakkan selendang anda bergaya.
  • JANGAN sesekali letak kerongsang yang besar pada bahu jika anda telah memilih untuk meletakkannya pada “Langkah ke-5”. Ini akan menyebabkan gaya anda menjadi pelik.
  • Jadi, tips untuk masalah ini adalah dengan memilih satu sahaja kerongsang yang besar untuk diletakkan pada bahagian samada kepala atau bahu. Pilihlah kerongsang yang sesuai dengan warna selendang untuk mengelakkan gaya menjadi pudar.

Langkah ke-7:
  • Ambil bahagian hujung selendang daripada “Langkah ke-5” dan bawa ke bahagian belakang.
  • Pin pada bahagian belakang kepala anda dan laraskan kepanjangan selendang tersebut. Ini kerana untuk menampakkan selendang yang dipakai lebih beralun ketika dilihat.



Credit Picture https://www.zolace.com

Langkah-langkah:
  • Pakai inner neck dengan kemas. Ambil selendang ataupun tudung bawal yang ingin digayakan. Lipat dua terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas kepala. Letakkan dengan kemas dan pastikan tudung di bahagian muka terbentuk mengikut kehendak anda. Bahagikan panjang hijab sama rata untuk sebelah kiri dan kanan.
  • Ambil kedua-dua hujung tudung anda seperti yang ditunjukkan oleh model.
  • Kedua-dua hujung tudung tadi bawa ke bahagian belakang tengkuk anda. Pada langkah ini, pin kerongsang boleh digunakan untuk pin kedua-dua hujung tudung tadi. Namun, anda juga boleh hanya mengikat kedua-dua hujung tudung itu. Tudung anda akan kelihatan seperti di dalam gambar.
  • Setelah itu, ambil pula hujung tudung yang terdapat di bahagian hadapan. Bawa kedua-duanya ke bahu yang bertentangan. Sematkan pin kerongsang di kedua-duanya agar ia tidak mudah jatuh dan terletak cantik.
  • Tadaaaa! Inilah hasil akhirnya. Bagaimana? Kelihatan stailo dan cantik bukan? Selamat mencuba. (Model sebenarnya menambah penggunaan selendang leher yang berwarna hijau untuk sentuhan yang lebih cantik dan menutup aurat. Anda juga boleh mempraktikkannya.
  • Seperti yang dinyatakan di atas, gaya ini boleh dipraktikkan menggunakan selendang mahupun tudung bawal. Jika anda menggunakan tudung bawal atau selendang yang bersaiz lebar, lipat dua terlebih dahulu. Untuk selendang bersaiz biasa, lipat dua tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan selendang / skarf leher seperti model, anda boleh selaraskan lebar tudung semasa anda melipat dua  tudung tersebut sehingga dapat menutup bahagian dada dengan sempurna. Pastikan juga anda memakai inner neck yang dapat menutup bahagian leher dengan sempurna.


Credit Picture http://scaniaz.blogspot.com/

Langkah-langkah:

  • Letakkan selendang di atas kepala. Mulakan dengan langkah asas memakai selendang dengan membahagikannya kepada dua bahagian iaitu bahagian yang panjang dan panjang. Terpulang kepada anda menentukan sebelah mana bahagian mana yang panjang dan pendek tersebut.
  • Setelah anda sematkan kerongsang di bawah dagu, ambil bahagian panjang selendang tadi dan lilitkan ke bahagian atas kepala.
  • Oleh sebab kain selendang ini sedikit keras, ia agak mudah untuk dibentuk dan dikemaskan. Pastikan lilitan tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan dan kedutan untuk hasil yang cantik.
  • Seperti biasa, setelah berasa selesa dengan lilitan tadi, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala dan juga di bahagian tepi seperti di dalam gambar. Ini penting agar selendang anda tidak mudah jatuh ataupun tertanggal.
  • Setelah selesai melilit bahagian yang panjang, ambil bahagian selendang yang pendek pula dan bawa ke bahagian bahu yang bertentangan. Kemaskan alunan sebelum pin kerongsang disematkan. Pada langkah ini juga, anda bolehlah memberi kemasan dan sentuhan terakhir untuk selendang ini.
  • Taadaaa! Inilah hasilnya. Mudah dan sekejap sahaja bukan? Tunggu apa lagi, cubalah sendiri.



Langkah-langkah:
  • Pakai inner neck anda terlebih dahulu. Lipatkan sedikit selendang anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Anda boleh melipatnya atau tidak, terpulang kepada pilihan masing-masing.
  • Letakkan selendang di atas kepala dengan kemas. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian panjang dan bahagian pendek.
  • Untuk tutorial ini, anda tidak perlu sematkan pin kerongsang di bawah dagu. Mulakan di bahagian selendang yang pendek dengan melipat sedikit selendang di bahagian muka dan pinkan. Lakukan seperti di dalam gambar.
  • Untuk bahagian muka yang sebelah pula, sebelum dipinkan ambil bahagian selendang yang pendek dan bawah ke arah bawah dagu yang bertentangan, kemudian pinkan. Rujuk gambar untuk lebih faham.
  • Ambil aksesori rantai pilihan anda dan pakai seperti biasa. Setelah itu, ambil bahagian selendang yang panjang pula untuk dililit di sepanjang leher.
  • Lilit dengan kemas, usah terlalu longgar dan ketat untuk keselesaan anda dan kemudian sematkan pin kerongsang di bahagian bahu. Perbaiki selendang di bahagian muka dan hadapan sebagai langkah terakhir. Kini selendang anda sudah siap digayakan. Mudah dan pantas bukan? Cubalah sendiri.


Credit Picture https://www.zolace.com

Langkah-langkah :
  • Pakai inner neck yang bersesuaian atau berpadanan dengan selendang anda. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk menetapkan panjang dan pendek tersebut pada sebelah kiri atau kanan.
  • Betulkan terlebih dahulu bentuk selendang di muka anda. Setelah itu, ambil bahagian tudung yang pendek di sebelah kanan dan bawakan ke sebelah kiri anda. Cukup pada paras atas telinga anda dan sematkan jarum peniti dengan kemas. Lakukan seperti di dalam gambar.
  • Ambil pula bahagian selendang yang panjang di sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan anda. Pastikan bahagian selendang yang panjang ini tidak menutup alunan selendang yang terhasil pada langkah kedua tadi.
  • Selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar. Lihat pada bahagian selendang pendek tadi yang berada di atas bahagian selendang panjang tadi. Setelah berasa puas hati dengan panjang selendang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di atas kepala anda.
  • Kemaskan alunan yang terbentuk. Kemudian ambil sedikit selendang di sebelah kiri anda (bahagian selendang yang panjang) seperti di dalam gambar.
  • Lipatkan sehingga ke bahagian belakang telinga seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan dahulu sebelum jarum peniti disematkan.
  • Tadaaa! Fesyen selendang mudah ini telah pun siap digayakan. Bolehlah anda memakai kaca mata tanpa rasa merosakkan bentuk selendang di bahagian wajah. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah.

Tutorialhijab by @zahratuljannah 

Langkah-langkah :
  • Letakkan shawl sama panjang 
  • Pegang sisi kanan kiri 
  • Bawa ke belakang leher, pasang peniti; dan
  • Ambil ujung shawl yg tergerai lalu tali mati; dan
  • Ujung yang sudah disatukan tadi, disilang 
  • Kalungkan 
  • Selesai :)





Credit Picture http://www.ciktasya.com/2013/03/how-to-wear-hijab-tribal-shawl.html 












Credit Picture http://islamsqy.blogspot.com/2013_12_01_archive.html












Tutorialhijab by @zahratuljannah 






Credit Picture hazanis.blogspot.com


Gaya sendiri... Pakai belasah aje :P





Okay sekian sahaja perkongsian dida pada uolls. After this jom kitew practice sama2 ek. Byeee... See uuuuu 



 Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff




1 comment :

  1. cara pakai shawl ni lain ke kalau fabric lain mcm satin ke, chiffon ke ...? brand baharu Just You ni ada pelbagai jenis fabric utk hijab. tapi tak taula mcm mana nak pilih ... hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...