Tuesday, 14 May 2019

PEKASAM HAKAK MANEH





Assalamualaikum semua,

Hari ni Dida nak share skit pasal PEKASAM HAKAK MANEH. Time nak bercerita ni pun rasa nak meleleh ayaq liuq hang tau. Pepagi buat perut kitew lapaq. Ooopppsss... Kami puasa tau, tak ponteng lagi. Hehehe... Untuk pengetahuan korang semua time puasa ni pekasam memang laju. Tak kira la pekasam ikan ke, daging atau ayam pasti ada permintaan yang tinggi. Ye la, kadang2 kitew ni tak ada selera nak makan atau tak tahu nak makan ape dan nak masak ape?? Maklum la bulan puasa ni yang laju makan makanan kampung dan yang simple2 aje. So Dida cadangkan uolss boleh la try PEKASAM HAKAK MANEH ni. Sedapppp tau korang, memang tak rugi beli.

Meh sini Dida terangkan secara detail Pekasam Hakak Maneh:-

➡️Pekasam daging 100% BUMIPUTERA homemade.
➡️MUDAH dan CEPAT untuk disediakan.
➡️TAK PERLU DIBASUH (boleh terus dimasak)
➡️Rasa yang sangat SEDAP. Rasa sekali pasti mahu lagi 
➡️Sebungkus boleh dimakan untuk 2-3 ORANG
➡️Berat sebungkus 150GRAM
➡️Dijamin HALAL 100% 




Pekasam Daging dari Hakak Maneh niii korang wajib cuba dan MAKAN DENGAN NASI PANAS-PANAS! Perhhhh sedapny giler beb... Kompem nasi bertambah2 

❤  Daging Tak Berbau Daging lembut, tak liat dan tak berbau hanyir.
❤  Daging Yang Sangat Lembut
❤  Beras Banyak Dan Sangat Rangup (tapi tidak berbau beras ye uolss)
❤  Tak Terlalu Masin Dan Tak Terlalu Masam. Secukup rasa.
❤  Paling Penting Ada Asam Keping
❤  Senang Nak Bawa Pergi Travel , Picnic Dan Camping
❤ Boleh dipelbagaikan resepi. Campur petai, campur sayur, sebagai rencah nasi goreng, megi goreng, bubur nasi dan lain-lain.
❤ Dan Paling Penting Mudah Disediakan Dan Masak Dalam Tempoh 5 Minit SAHAJA 😱 WoW ..!!!!!
❤Dan paling ISTIMEWA , rasa pekasam Hakak Maneh ni mmg lain dari yg lain, bukan rasa yg biasa2...sekali rasa confirm korang teringat2, nak repeat order ja...klu tak percaya meh la cubaaaa...😉 




PEKASAM HAKAK MANEH ADA 2 JENIS SETAKAT NI

🌸 Pekasam Daging 
🌸 Pekasam Ayam (yang terbaru)
🌸 Berat 150gram


CARA PENYIMPANAN PEKASAM HAKAK MANEH 

🌸 Simpan dalam peti ais (Bahagian Bawah) tahan 3 bulan
🌸 Simpan tempat beku tahan 4/5 bulan
🌸 Simpan Suhu luar peti ais tahan 2 minggu


SIAPA LAGI YANG PERLUKAN PEKASAM DAGING/AYAM HAKAK MANEH YANG TANGKAP LELEH INI??

➡️ISTERI BEKERJA yang kesempitan masa menyediakan makan malam buat suami.
➡️SURIRUMAH yang ingin mencari kelainan dalam menu seharian.
➡️LELAKI BUJANG yang tinggal dengan kengkawan dan tidak suka makan diluar. 
➡️SUAMI yang ingin membeli bahan mentah untuk makan malam.
➡️PENGEMAR PEKASAM yang tangkap leleh dengan apa jua jenis pekasam.
➡️ISTERI yang mengidam pekasam.
➡️Dan ANDA yang sedang membaca blog ini, tak rasa nak order satu ke? Meh la order kat kitew ni haaaa :)


CARA MEMASAK PEKASAM DAGING/AYAM HAKAK MANEH.


1. Potong daging/ayam (tak perlu basuh).
2. Masukkan daging/ayam ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan bawang dan cili padi yang sudah dipotong.
4. Apabila bawang kekuningan boleh diangkat dan siap untuk dihidangkan. 






Nahhh cuba PEKASAM HAKAK MANEH!!!
Tak Mahal Murah je. RM10 inggit


JOM TENGOK CARA MEREKA MASAK PEKASAM DAGING/AYAM HAKAK MANEH. KOMPEM MELELEH AYAQ LIUQ BAKHANG!!! 




























Ni la antara feedback customer. So bagi yang tak pernah mencuba, wajib ye makan pekasam ni. Bagi Dida pekasam daging la paling sedap. Cuma harapan Dida lepas ni ada plak la pekasam Ikan. Yummy!!!


MACAM MANA NAK BELI?? 

Bagi yang berminat boleh direct wassap Dida http://edaariff.wasap.my


Harga PEKASAM DAGING/AYAM HAKAK MANEH 

RM10sm / RM13ss
👇👇👇
Harga Postage 
🌸 SM - 1-5 bungkus RM8.00
🌸 SS - 1-5 bungkus RM12.00 


atau 


Tetapi jika uolss nak jimat postage boleh terus beli kat link yang Dida berikan ni 
👇👇👇

dengan Pembelian di SHOPEE sebanyak RM40 ke atas percuma penghantaran
(Sila Claim guna Baucer Free Shipping Anda)


KEDAI SHOPEE KITEW. MEH LA SUPPORT ^_^


Akhir kata Selamat Berpuasa... Love uolss  ^__^/

PS : Pekasam daging yang sedap dan mudah untuk disediakan. Dijamin puas hati. 

Agen diperlukan di seluruh malaysia.



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 




E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday, 3 January 2019

Senarai Makanan Ketika Berpantang!!!




Assalamualaikum semua,

Hari ni Dida nak share petua makanan bagi sesiapa yang tengah berpantang dan baru lepas bersalin. Petua ni dida dapat pun dari carian google jugak. Kang klu asyik tanya orang sebelah mau dia menyampah gak gan dida ni ha... Hehehe... So bila letak dalam blog ni dapat la dida share dan membantu uolss sedikit sebanyak dengan memudahkan urusan uolss dan juga untuk rujukan diri dida sendiri. So yang ni uolss please take note ye. Sangat Penting!!! Dida bukan ape tak nak ape yang dah terjadi pada dida ni, terjadi pada uolss. Walaupun selepas habis berpantang bagi ibu yang menyusukan anak  tidak kira yang fully breast atau campur antara susu botol dan breastfeeding still kene berpantang demi anak tercinta. Bukan ibu aje yang sihat, anak pun sihat jugak. Dida cakap ni bukan main2 , tapi betul2. Sebab tu la orang tua2 cakap kene degaq dan jangan ketegaq. Satni yang sengsara hangpa jugak. 

So time mengandung nak makan apa, makan la. Cume dida nak nasihatkan disini klu bole jangan terlalu kerap minum air soya ye. Sb kalau dilihat ibu mengandung yang terlalu kerap minum air soya, kulit anak akan jadi teramat sensitive. Silap hari bulan anak boleh kene eczema. Nak makan boleh tapi kena beringat jugak. Jangan makan sampai sakit plak ye. Kesihatan kena jaga jugak especially bayi dalam kandungan tu. 

Ramai ibu2 yang kat luar sana termasuk la diri sendiri, ingat lepas habis berpantang, diri rasa bebas dan boleh makan apa yang kita nak. Mana taknye pantang 100 hari kot, nampak makanan depan mata semuanye sedap belaka. Pakat telan ayaq lioq ja haaa. Takkan tengok saja... Last2 bantai gak makan. Tp itulah kesilapan besar yang kita sendiri buat tanpa kita sedari. Yang bahana bukan anak je tapi diri kita jugak. Tak semua orang sama, setiap org mempunyai cara berpantang yang berbeza dan ketahanan badan seseorang jugak berbeza. Tapi tu la kita kena try n error lepas habis berpantang tu..Tapi kena ingat, apa yang kita makan akan memberi kesan pada bayi sekiranya menyusu badan. Nanti uolss boleh tahu jika makan sesuatu, apa akan terjadi pada diri dan anak. 

Cuba ingat waktu korang pantang perasan tak kulit anak2 kitew waktu berpantang bersih je... comey je... Tak ada kemerah-merahan atau tompok sana sini. Bile lepas habis pantang aje mula la kulit anak bermasalah, naik ruam sana sini. Sebab waktu pantang kita jaga makan, lepas pantang kita pi balun semua makanan. Tu yang jadi macam2 kat anak tu. Waktu berpantang  memang kene jaga pemakanan kita betul2 dan selepas pantang pun still kene continue jaga pemakanan sebab bila menyusukan anak apa yang kita makan itulah sumber makanan yang anak dapat. Bukan apa kesian kat anak. Apa yang uolss makan anak pun dapat sebab tu kena berpantang. Jangan kata kesian kat anak, kesian kat diri sendiri jugak. Jika salah makan memang berbisa badan uolss. Boleh mengigil satu badan sampai bawak ke demam. Dida cakap bukan sesaja tetapi berdasarkan pengalaman dan ape yang berlaku pada diri sendiri.  

Contoh apa yang berlaku pada diri dida sendiri, lepas habis pantang pi makan timun. Ye la ingat dah abis pantang boleh la makan. Rupenya wassalamun... dah pening sampai naik atas kepala. Nak jaga anak pun tak boleh. Rasa nak demam mengigil tu. Pastu ada jugak try makan tempoyak ikan bilis, bukan banyak pun... secalit dua je ha. Orang cakap nak hilangkan kempunan rasa skit pun jadi la. Ingat setakat sikit je kot InshaAllah xde ape, tengok esok terus badan anak naik ruam2. Panas kot badan anak xtahan, patut la malam tu meragam xmo tidoq. Wlpun sikit je dida makan. So apa yang berlaku dida memang kena alert apa yang dida makan  sebab yang jadi mangsa bukan diri sendiri tapi anak jugak yang terkena. Kembung perut la, naik ruam2 pada badan anak, gatal2 la. Biasa la baby bila tak selesa mula la meragam. Walaupun anak dah dekat 2 tahun still kene pantang. Sedih tapi sebagai ibu kene la berkorban. Kang anak tak sihat kitew jugak yang tak tidoq malam, sebagai ibu mesti la susah hati yang teramat bila anak tak sihat. Huhuhu...  Baru tahu perasaan mak kitew macam mana. Huhuhu... So hargai lah pengorbanan seorang Ibu. Korang klu tak sayang, tak ingat pengorbanan mak korang jaga time korang pantang, tak ingat anak dan diri sendiri dipersilakan makan. Setiap apa yang kitew lakukan tu beringat la ye... Ingatlah orang yang tersayang. 

Kat sini dida sertakan senarai makanan untuk ibu berpantang... ada jugak dida tambah sikit2 dari pembacaan dan pengalaman dida sendiri.



edaariff.blogspot.com



edaariff.blogspot.com



edaariff.blogspot.com




edaariff.blogspot.com



edaariff.blogspot.com



edaariff.blogspot.com


Selain dari senarai diatas, makanan dalam pantang yang anda boleh beli sebulan terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis.

Untuk bahan basah seperti ayam, daging dan ikan boleh dibeli dua minggu sekali.


Untuk sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dibeli seminggu sekali. Cume ulam-ulaman ni jenis yang xtahan lama. So kene beli dalam 3hari sekali. Tapi jika uolss amalkan makan pegaga memang susu meriah. 

Selain dari itu, ketika berpantang dida amalkan makan Herba Maharani dan Garlic Tablets. Herba Maharani ni sangat bagus diamalkan ketika berpantang sebab banyak manfaat yang orang perempuan boleh dapat. Antaranya adalah seperti dibawah ni.


Antara Kelebihan Herba Maharani

Antara testimoni pengguna yang mengamalkan Herba Maharani ketika berpantang dan selepas bersalin. 


Antara Testimoni Pengguna Herba Maharani
 Membantu Kecutkan Rahim, Senggugut Kurang, Tak ada masalah keputihan
dan yang penting Cik Abg Sayang... Hehehe...


Antara Testimoni Pengguna Herba Maharani
 Badan rasa ringan, kulit tak kering & Awet Muda

Antara Testimoni Pengguna Herba Maharani
 Membantu Stabilkan Period.

Antara Testimoni Pengguna Herba Maharani
 Membantu Kecutkan Rahim dan ovari yang bengkak

Herba Maharani boleh di amal ketika berpantang. Orang selalu ingat lepas habis berpantang baru consume Maharani. Silap tu sebenarnye, darah nifas dan darah haid berbeza ye. Ketika haid memang kitew tak boleh consume maharani, tetapi waktu berpantang kitew boleh makan maharani. Cume jika anak didapati kuning, please stop dulu makan herba maharani dan segala jamu ye. Lepas anak dah sihat, dah tak ada kuning boleh consume macam biasa. Harga pun RM113.20, jika uolss berminat bole je direct order dekat sini je https://shopee.com.my/Herba-Maharani-i.36848625.1097420937 atau wassap dida terus ke nombor 013-560 3968 http://www.wasap.my/+60135603968/

Selain dari tu, waktu berpantang dida amalkan makan Garlic Tablets ni jugak. Supaya badan sentiasa ringan, tak kene angin atau kembung perut, angin tak naik sampai ke kepala dan semestinya anak tak kene kembung perut. Tapi tu la kadang2  kitew ni culas jugak. Bile dah sakit baru nak mengagau cari garlic tablets ni. Nasib la garlic ni sentiasa ada kat umah. Buat kene makan garlic mentah mau muntah dida dibuatnya. Hehehe... 


Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets




Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets

Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets

Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets

Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets

Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets

Antara Testimoni Pengguna Garlic Tablets



Actually banyak lagi feedback tapi next entry la ye dida share gan uolss. 

Oklah... sampai sini je coretan dida kali ini.. Maaf huru hara sikit ayat dida. Maklumlah dah lama tak menulis blog sejak ada anak kecik ni. Semoga perkongsian dida ni dapat membantu ibu2 diluar sana melalui fasa berpantang dengan jayanya.

Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 




E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Friday, 1 June 2018

Baju Kurung & Dress Bawah RM100





Assalamualaikum semua,

Dida harap uolss semua sihat sejahtera. Dah lama jugak Dida tak bersiaran. Sedar tak sedar kitew dah masuk bulan Ramadhan 1439h. Hari ni pasti ramai yang sibuk dengan persiapan raya. Nak buat kueh raya la, baju raya la dan macam2 lagi. Tapi bile raya kanak2 la yang paling seronok dan gembira. Nak duit raya katenyeee. Hehehe… Ingat lagi Dida time raya dulu. Bile kutip duit raya masa kecik2 dorg cakap budak kecik tak bole pegang duit banyak2, bahaya katenye. Dah nama budakkan ingat nak cepat dewasa boleh pegang duit bebanyak dan mesti time raya dapat duit lagi banyak. Hampehhh… Itu semua dusta belaka. Hahaha… Bile dah besaq dorg kata plak hangpa dah besaq tak payah dah dapat duit raya. Bagi budak2 kecik ni plak, bagi depa seronok (T__T) sedih uolls… Tipah tetipu…. berhuhu lah kitew…

Okay berbalik pada topik kitew, dah dekat nak raya ni mesti uolss sibuk nak beli baju rayakan, tambah time2 ekonomi tak berapa nak okay. Jadi perbelanjaan tu kene lah berjimat cermat & berbelanja dengan bijak. So sesiapa yang cari baju atau dress bajet lebih kurang bawah RM100 ingit ni boleh la beli dekat web site atau kedai yang Dida nak share ni. Tapi klu uolls tahu mana2 tempat lain yang murah lagi boleh la share gan Dida kat sini. Entry kali ni Dida nak share dengan uolls Baju Kurung & Dress Bawah RM100 kat mana boleh dapat??? Jom kitew tengokkk…


Yasirahsyira

Yasirahsyira  – Urusan penjualan baju Yasirahsyira ni banyak up to date melalui instagram. Selain di instagram (IG) ada jugak di Facebook (FB). Tapi nama di FB lain skit iaitu Extremeanonymous. Ramai je agent Yasirahsyira so kalau uolss nak beli boleh beli pada owner dia atau pada trust agent dia. Harga sama je, tak berubah dan yang penting bawah bajet uolss iaitu bawah RM100. Dida pun regular customer dorg. Tapi Dida banyak beli pada agent dia aje. Sebab kitew paham owner dia busy. So why not order pada trust agent dorg. Baju dia memang cantik & sedap dipakai. Cume measurements dia aje (fit from S to L). Untuk saiz yang lebih besar dari tu memang tak ada.   


Color Blast Closet – Affordable for Everyone

Color Blast Closet – Affordable for Everyone. Bersesuaian dengan temanya. Memang tersangat la betul dan Dida tak nafikan. Harganya tersangat la murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Harganye bermula dengan RM50 inggit sehingga la RM99 ingit je. Tapi maaf ye hanya baju perempuan. Baju lelaki takde kat sini. Kene shopping kat tempat lain. Nanti Dida share kat mana nak shopping Baju Melayu. Hehehe (^___^). I'm also suke shopping kat sini. Dida beli online aje memandangkan kedai ni terletak di Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam. So sesape yang dekat boleh check in sendiri. Yang jauh macam iolss ni shopping online aje. huhuhu... Tapi nak dekat raya ni terbakor gak diri Dida ni. What ever n ever nak gak pi kedai ni. Xsabo nak pi dah ni. Baju depa mengancam bak hang. Korang yang nak shopping kat sini. Jangan shopping semua tau. Dida pun nak shopping lagi kat sini untuk raya tahun ni. Hihihi... 


EJ STYLE

EJ STYLE – ni bagi Dida murah dan baju dia pun okay. Sedap pakai, selesa, tak panas & yang penting mesra breastfeeding. Contohnye macam jubah dorg siap ada zip lagi. So bagi yang menyusukan anak tak perlu risau lagi jika nak pakai jubah. Dida pun salah seorang customer EJ STYLE memang time raya selalu beli kat sini jugak. Tambah time raya ni lagi banyak design baru yang dorg keluarkan untuk musim raya tahun 2018 ni. Rasanye dah ramai tahu tentang brand EJ STYLE ni. So sapa yang nak beli boleh beli secara online atau terus pi ke kedai. Kedai EJ STYLE ni pun dah banyak dah. Don't worry tau. Harga sangat berpatutan bawah RM100. Tapi ada jugak atas RM100 walau bagaimanapun harga still mampu milik.  


J.Labella Atelier

J.Labella Atelier – yang ni Dida baru tahu. Huhuhu… Tengah survey2 nak cari baju raya tetibe terjumpe la IG J.Labella Atelier. Baju dia boleh tahan gak  cantik2 belaka. Ada macam2 design, contoh Special Edition – Eyana Doll, Ester Kurung, Adele Doll Kurung, Alese Doll Kurung, MuseLace Kurung, Exclusive Printed. Harga bermula RM59 ingit  untuk blouse, RM69 Kurta (Baju Lelaki) RM75 ingit untuk jubah dan RM109 untuk Doll Kurung hingga RM139. So terpulang dengan bajet uolss. Bajet RM100 kebawah pun ada. Bajet RM150 kebawah pun ada. Yang penting tak melebihi RM150 (^__^). InshaAllah jika ada kesempatan Dida nak walk in ke kedai J.Labella Atelier yang terletak di Bandar Kinrara Puchong. Jika tak dan, shopping online macam biasa je la jawabnye. Hehehe… 


KHAIZAN.CO

KHAIZAN.CO – MODERN . MODEST . MODISH untuk detail uolls boleh survey dekat website dorg. Harga bermula RM83.40 hingga RM143.10 untuk baju kurung, peplum, kebarung dan jubah. Jadi masih lagi menepati bajet uolls bawah RM100 ingit. Kat sini pun jual jugak baju untuk kaum adam seperti kurta dan baju melayu. Time raya tu boleh la pakai sedondon gan en.suami. Tak payah nak cari kat tempat lain dah. Jimat masa Jimat tenaga. Macam Dida memang hanya mampu shopping online je sebab kedai dia nun jauh di sana area Kota Tinggi, Johor uolls. Bagi  orang2 Johor boleh la pi kedai dia shopping. Harap owner kedai bukak cawangan kat area KL. Boleh la Dida shopping terus ke kedai. Bukan ape nak jugak cuci mata depan2. Hahaha...   


SABELLA

SABELLA – Bagi orang KL atau Selangor boleh la shopping dekat SABELLA ni. Berdekatan dengan Taman Permata, betul2 dekat dengan Giant Taman Permata, Ampang, Selangor. If tak sempat macam biasa je, shopping online. Dari segi harga plak On Sale time raya ni bermula dengan RM78 ingit seperti Davinci Peplum dan RM89 ingit Lorez Kurung. Still on bajet bawah RM100 ingit. Ada jugak harga atas dari RM100. Kat sini Dida nak share skit ape yang best tentang baju Davinci Peplum & Lorez Kurung ni tak perlu gosok pun. Boleh pakai time raya atau time pi keje. So klu xsempat nak siap pi keje boleh la uolss capai je terus baju ni & sarung ke badan terus. Simple je kan. Tambah dengan anak kecik ni.  Time rajin boleh la seterika baju. Time malas... anak plak meragam, sarung je la ape yang sempat ke badan dari lewat hadir ke tempat kerje. 


Baju Melayu WNI Fashion HQ

Baju Melayu WNI Fashion HQ – Hehehe... Asyik baju kaum Hawa aje kesian plak kat kaum Adam. Mesti boring asyik baju isteri dia aje, baju untuk suami xdak pun. Kat sini Dida selit skit untuk Baju Melayu yang mana Dida tahu dan yang biasa Dida beli. Kot sesapa nak beli boleh la beli kat sini Baju Melayu WNI Fashion HQ. Memang berbaloi sesangat... dah la murah, kualiti memang memuaskan, harga sangat berpatutan bawah RM100 ingit untuk baju melayu biasa, jika Slim Fit harga dia RM100 ingit sehelai. Ditambah terdapat pelbagai warna. So uolss boleh la pilih warna yang berkenan dihati dan mengikut tema family uolss tak kire hari raya atau majlis kenduri kendara. Ohhh... sebelum Dida lupe bukan baju lelaki dewasa sahaja yang Melayu WNI Fashion HQ jual. Baju melayu untuk baby pun ada tapi xde la cekak musang macam orang dewasa, just teluk belanga aje. Lagi pun baby ni kalau pakai baju melayu cekak musang dorg rasa rimas. Kat situ kan hot spot yang paling senang berpeluh dan gatal2. Kedai ni terletak di Kelantan. So untuk orang jauh macam Dida ni order online je dan terus sampai depan pintu rumah. Ye la macam Dida ni... bila masa plak nak ke Kelantan. 

Setakat ni saja yang Dida share dengan uolss. Maaf ye ni bukan review yang berbayar ye. Ni ikhlas dari hati Dida. Apa yang Dida share ni pun dari pengalaman Dida sendiri beli brand dengan seller & vendor  tersebut. Yang mana Dida boleh share dengan uolss Dida share. Mana tahu boleh membantu uolss nak beli baju raya dengan bajet RM100 ingit. Bagi uolss if tahu ada kedai yang murah boleh la share kat sini jugak. Sharing is caring uolss. Sebelum Dida undur diri, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Kosong2 okay & jangan lupe jaga kesihatan. Mmmuuuaaahhh....... Luv uolss (^__*)/





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...