Wednesday 3 December 2014

Resepi Takoyaki Ala Malaysia



Assalamualaikum semua,

Ari tu dida ada post gambar takoyaki di Instagram dan Facebook dida. Jadi disebabkan my cousin bertanya tentang cara-cara untuk membuatnya so ape lagi... Petang tu lepas balik keje, dida terus search google untuk cari resepi takoyaki. Banyak plak la versi nak buat takoyaki ni. Adoiii pening kepala sudah @~@... So it's depend of uolls nak resepi yang mana satu. Bagi dida just ambik yang mudah-mudah aje lah ye... Jom kite tengok resepi Takoyaki ala Malaysia.

Bahan2 Hiasan Atas Takoyaki :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese (Kewpie) atau uolls guna je mayonis yang mana ada
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
 

Bahan2 Isian Takoyaki :
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Sosej/Isi Udang/Crab fillet (uolls bole guna isi udang @ Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw gitu)

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos :
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle 
(guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki: 

Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit jika nak dicomparekan dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa pun boleh jugak. Just letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..

Bahan2 Adunan Tepung Takoyaki
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp (sudu kecil) tepung jagung
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur

notakaki: 
 
Maksud tbsp dan tsp dalam kebanyakkan resepi. tsp=sudu teh/sudu kecil. tbsp=sudu makan/sudu besar. maap kalau silap pengetahuan.

Cara-cara Membuat Tepung Takoyaki
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau sehingga sebati sampai semua bahan tersebut larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. 
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
 
notakaki

Jika tak cukup air tambah la air tu ye... Tapi agak-agak kalau boleh cair, tapi jangan cair sangat & jangan pekat sangat.. So sedang-sedang saje. Agak-agak cair sikit dari buat cokodok jer...


CARA2 MEMASAK TAKOYAKI :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang 
(uolls boleh guna tisu dapur dicelup dengan minyak, daun panda ke or guna botol sos macam botol yang selalu uolls tengok kat kedai2 buger... lagi mudah)
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. 
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola 

(adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Nanti uolls pusing-ousingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video kat youtube ye. 




Ini versi Jepun



Selamat mencuba ^_^


 

Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

 

1 comment :

  1. Ooo ye ke wawa... hihihi tq ye sharing info. Dida kalau malas sesangat pi econsave area bangi. Kat situ ada org jual takoyaki secara frozen. Balik just goreng aje :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...