Rindu gilerrr dengan blog dida ni. Baru je abis buat assignment yang bertingkat-tingkat. Test pun alhamdulillah baru je buat semalam. Balik je dari rumah terus buat test. Result tak tau la macam mana nanti. Dida harap sangat result untuk Final Exam ni LULUS dengan cemerlang. Korang semua doakan untuk dida ye!
Panjang pulak dida mengomel yeee...
Actually sebenarnya nak habaq kat hangpa semua yang dida ni suka sangat dengar lagu Akim & Majistret - Mewangi. Ini semua gara-gara pengaruh dari drama Zahira di Slot Samarinda TV3 sampai budak hensem #Hazim tu pun terikut menyanyi lagu ni. Sebelum ni lagu Frozen, pastu lagu Mewangi plak.
Dah lama
rasanya dida tak update entry. Lately ni dida busy sikit, maklum la budak
student, tak lama lagi dah nak abis sem dan nak masuk Final Exam. Kompem
semakin rancak menyiapkan assignment bagai nak rak. Yang paling pening sekali
subjek Research Methods. Jika sesiapa yang pandai subjek research methods ni
boleh la ajar dida ye... huhuhu...
Walaupun
dida busy dengan study... ramai jugak yang mengorder barang dan ramai jugak
yang bertanya pada dida aspartame yang terdapat didalam Mineral Coffee. So kat
sini dida nak terangkan sedikit sebanyak tentang aspartame. Ye la ramai yang cakap aspartame ni tak elok dan memberi kesan yang
buruk kepada kesihatan. Jadi disini ingin dida perjelaskan lagi tentang aspartame (pemanis buatan@sintetik). Dida dapat info dan sumber ini dari blog Dr Zubaidi Hj Ahmad. Dekat blog ni Dr.
Zubaidi dah pun memperjelaskan secara terperinci tentang aspartame.
Isu ini
telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan
dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga
Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa
aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak. Rujuk :
Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate
Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title:
“NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page
430–439.
Jawapan
mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara
aspartame dan mana-mana kanser.
Rujuk:
Butchko, H; Stargel, WW; Comer, CP; Mayhew, DA; Benninger, C; Blackburn, GL; De
Sonneville, LM; Geha, RS; Hertelendy, Z (2002). “Aspartame; Review of Safety”.
Regulatory Toxicology and Pharmacology 35 (2 Pt 2): S1-93.
Pendapat
ini juga disokong oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat.
Rujuk“Aspartame and Cancer; Questions andAnswers”.
National Cancer Institute. September 12,2006.
Selain
itu ada tuduhan bahawaaspartame
boleh menyebabkan genjala neurologi seperti sawan, sakit kepala, dan perubahan
mood. Namun tiada bukti biokimia yang menunjukkan aspartame boleh menyebabkan
kesan neurotoksik.
Rujuk:
Lajtha, A (1994). “Aspartame consumption: lack of effects on neural function”.
The Journal of Nutritional Biochemistry 5: 266-83.
Harga RM26.50 (20 sachets) 2 Box RM50.00 (Postage RM8/RM10)
So bagi
dida aspartame yang terdapat didalam Mineral Coffee ni selamat untuk diminum
kerana mengikut sukatan yang dibenarkan. Tambahan Mineral Coffee ni sangat
bagus sebab boleh merawat pelbagai penyakit. Ini kerana terdapat Garam Buluh
didalam Mineral Coffee. Actually Garam Buluh ni adalah alternatif terbaik
mengekalkan kadar alkali dalam badan. Sebab itu la Mineral Coffee ni lain dari
coffee yang lain. Mineral Coffee ni tak bergula, the only coffee yang ada
garam, bukan garam masak ye tapi Garam Buluh (garam buluh ni bukan garam biasa
dan sangat bagus untuk kesihatan). Yang bestnya pasal coffee ni, rasanya
seperti lemak-lemak masin gitu, tapi sedap. Tak terlalu pekat sampai melekat di
anak tekak, ala-ala cair tapi tak cair sangat. Just nice la senang cerita. Bila
kita isikan air panas, aromanya errrmmm... semerbak baunya menyegarkan. Sedap
sesangat, bagi sesiapa yang tak suka coffee sure akan minum coffee
punya...Orang yang dah minum coffee ni sure akan repeat order punya. Bagi yang
berpenyakit, jangan risau yerrr, sebab bila minum takkan kencing manis punya
dan bagi yang migrain pula bila minum coffee ni InshaaAllah akan release
migrain uolls, rasa lebih ringan dan lapang. Kebanyakkan yang minum ni memang
mempunyai penyakit seperti migrain, pesakit kencing manis, darah tinggi sebab
bila minum coffee ni, kencing manis stable je dan darah tinggi pun okay takkan
naik bacaannya. Bagi yang berdiet, bila minum rasa coffee ni akan sentiasa
rasa kenyang. Tak lapar pun...Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan. Kaya dengan
bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
Menghilangkan keletihan fizikal, mental dan melegakan tekanan.
***Tapi
nasihat dida uolls jangan sesuka hati tambah susu or gula plak ye. Tak pasal
kencing manis or darah tinggi uolls naik menggunung. Apa yang ada dalam Mineral
Coffee tu sudah mencukupi. Dekat sini dida nak share beberapa testimoni Mineral Coffee dari Client.
Ari tu dida ada post gambar takoyaki di Instagram dan Facebook dida. Jadi disebabkan my cousin bertanya tentang cara-cara untuk membuatnya so ape lagi... Petang tu lepas balik keje, dida terus search google untuk cari resepi takoyaki. Banyak plak la versi nak buat takoyaki ni. Adoiii pening kepala sudah @~@... So it's depend of uolls nak resepi yang mana satu. Bagi dida just ambik yang mudah-mudah aje lah ye... Jom kite tengok resepi Takoyaki ala Malaysia.
Bahan2
Hiasan Atas Takoyaki : Sos Takoyaki (resipi sos di bawah) Mayonis
Japanese (Kewpie)atau uolls guna je
mayonis yang mana ada
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan
Jepun/Korea
Bahan2 Isian Takoyaki :
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Kubis dicincang
halus2 (mcm nak buat coleslaw gitu)
Bahan2 Sos
Takoyaki(boleh juga digunakan untuk
Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato 3/4 cawan kicap cair 1/4 cawan air asam jawa 2 cm halia - tumbuk halus 1 ulas bawang putih - tumbuk halus 1/2 cawan gula Cara2 Menyediakan Sos :
1. Campur semua bahan dalam periuk 2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih 3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki 4. Sejukkan sos 5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang
botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
notakaki:
Kalau
buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit jika nak dicomparekan
dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa pun boleh jugak. Just letak
sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap
Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..
Bahan2 Adunan Tepung Takoyaki
1 cawan tepung gandum 1 1/2 Tbsp (sudu kecil) tepung jagung 300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
notakaki:
Maksud tbsp dan tsp dalam
kebanyakkan resepi. tsp=sudu teh/sudu kecil. tbsp=sudu makan/sudu besar. maap
kalau silap pengetahuan.
Cara-cara Membuat Tepung Takoyaki
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak
besar
2. Kacau sehingga sebati sampai semua bahan tersebut larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
notakaki:
Jika tak cukup air tambah la air tu ye... Tapi agak-agak kalau boleh cair, tapi jangan
cair sangat & jangan pekat sangat.. So sedang-sedang saje. Agak-agak cair sikit dari buat cokodok
jer...
CARA2 MEMASAK TAKOYAKI : 1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang
(uolls boleh guna tisu dapur dicelup dengan minyak, daun panda ke or guna botol sos macam botol yang selalu uolls tengok kat kedai2 buger... lagi mudah)
2.
Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej
disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam
lubang acuan).
7. Nanti uolls pusing-ousingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video kat youtube ye.