Assalamualaikum readers, ape khabar?
Hari ni sambil update blog, sambil menghirup minuman favorite dida, ape lagi
tak lain dan tak bukan adalah #mineralcoffee. So yummy!!! Bila minum coffee
baru la idea tu datang mencurah-curah. Lagi pun dida hanya bole minum Mineral
Coffee aje, kalau minum Nescafe kompem pening kepala. So today dida
nak share ape yang dida buat tadi. Biasa la pompuan ni tak sah jika tak
berfesyen. Shopping No.1, dari sakit pun boleh sihat tau uolls... hehehe
:)
Ok, kali ini dida just nak uolls semua relax jangan stress2 ye. Bila dah cool baru sambung buat keje. Maklumlah bila stress ape pun tak jadi. Mungkin ada beberapa orang diantara kita belum begitu familiar dengan istilah Hijab Street Style atau Muslimah Street Style. Istilah Muslimah Street Style ini merujuk kepada busana muslim yang selesa dipakai ketika outdoor atau ketika melakukan aktiviti luar seperti berjalan-jalan or bersantai diluar. Street style menggambarkan kebebasan berekspresi dalam menjelajah busana yang dikenakan. Contoh seperti mana yang kita dapat lihat di pusat-pusat fesyen dunia seperti London, Paris, Milan, Hong Kong, Korea dan Tokyo dengan mudah kita boleh melihat pedestrian yang kelihatan stunning dengan gaya fesyen mereka. Hal ini juga berlaku didalam dunia fesyen muslimah. Bagi dida berbusana muslimah ini actually sangat mudah dan flexible, dalam erti kata lain kita sendiri boleh mix and match dengan item fashion lain. Hijab street wear serupa dengan penggunaan warna yang istilahnya "langgar lari". Hal ini menunjukkan keberanian dalam bermain dengan warna untuk menghasilkan busana muslim yang selesa dipakai namun tetap menonjolkan sisi keperibadian kita dan menutup aurat dengan sempurna.
Kita dapat melihat diluar sana pelbagai image stylish dan bergaya di sebalik busana muslimah yang mereka kenakan. Hal ini menunjukkan bahawa wanita di Malaysia sudah mula melihat kemungkinan mix and match yang belum pernah dicuba sebelum ini menjadi sesuatu yang stylish, menarik, tertarik and the bommm... Berikut disajikan bermacam-macam Fesyen Muslimah atau Muslimah Street Style untuk tatapan uolls semua.
|
darihujungjari.yoshop.my |
|
hazanis.blogspot |
|
thepoplook.com |
|
thepoplook.com |
|
thepoplook.com |
|
imerynz.blogspot |
|
imerynz.blogspot |
|
The Merchant Daughter blog |
|
imerynz.blogspot |
|
pinterest.com |
|
inmyshawls Facebook page
|
|
hijaberfashion.blogspot |
|
pinterest.com |
|
Picture from Arismel Hidayat |
|
Picture from Arismel Hidayat |
*Sumber gambar dida dapat dari Internet Google Search.
Semuanya cantik-cantik belaka. Kalau shopping memang sah rambang mata. Uolls kalau tau kat mana tempat-tempat shopping yang best inform la dida ye, kita share bersama dekat sini. Facebook ke, blog or tempat shopping mall yang uools pegi. Macam dida suka shopping dekat Times Square, Kuala Lumpur. Baju kat situ murah dan harga mampu milik. Ni sekarang tak sabar plak nak pi shopping dekat IOI Mall Putrajaya yang akan dibuka pada 20 Nov 2014 ni. Nak pi H&M, kat Mid Valley Megamall macam jauh sangat. Pastu parking susah nak cari plak tu. Ish3... Kebanyakkan Muslimah Street Style ni harga dia murah-murah aje, harga mampu milik. Bila kita gayakan tu yang nampak mahal tuuu!!! Orang bukan tau bape harga, mahal or murah. Walaupun ada pelbagai gaya muslimah street style kat dunia ini, kita kene la ingat ye menutup aurat tu penting. Tutuplah aurat anda dengan sempurna. Apa-apa pun kita cube berubah untuk kebaikkan. Peringatan ini jugak untuk diri dida sendiri. Fesyen, fesyen jugak tapi jangan lupa tanggungjawab kita sebagai seorang hambanya. Peace yo!!!
Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me...
No comments :
Post a Comment