Dida doakan uolls semua sihat2 belaka. Mesti masing2 dalam mood raya dah kan. Dida bukan x sabar nak raya. Tapi tak sabar nak balik kampung... sukanya dida :) Rindu giler dengan kampung, maklumlah sekali sekala je balik kampung. Dulu ingat lagi jika balik kampung mesti nak pi umah Tok belah mak dida sebab umah Tok suasana kampung yang penting bukan umah batu.. hehehe... yang penting bile balik kampung kitorg adik-beradik mesti kerjakan ayam, itik, kambing sampai selalu kene marah dengan arwah Tok dida. Dan yang penting sekali, ape cucu2 dia nak semua dapat. Cakap je nak makan ape terutamanya cucu kesayangan dia ni... akahssss.. This time rindu sangat dekat arwah Tok. Walaupun arwah tok dida dah lama pergi mengadap Ilahi. Semoga Tok dida sentiasa dikalangan orang beriman. Aamiin...
2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
Disini dida sertakan TTA Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya 2014 Aidilfitri. Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung, sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
Dikesempatan ini dida ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat segala kesilapan yang dida pernah lakukan secara sedar atau tidak. Dida juga ingin berkongsi sedikit tips dan panduan keselamatan pengguna lebuh raya serta meninggalkan rumah sempana menyambut Hari Raya Aidilfitri ini....
TIPS KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN DAN MENINGGALKAN RUMAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
a) Nama dan alamat
b) Nombor telefon yang mudah dihubungi
c) Tarikh berlepas dan balik
d) nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
Tips Keselamatan Jalan Raya:
Disini dida sertakan TTA Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya 2014 Aidilfitri. Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung, sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
TTA bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
Jadual TTA tersebut terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Semoga dengan petua dan langkah-langkah keselamatan ini, kita semua akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya tau kerana penting untuk anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat memulakan perjalanan uolls dan semoga tips yang dida kongsikan pada uolls semua sedikit sebanyak dapat membantu. Utamakan keselamatan dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Orang yang tersayang sentiasa menunggu kepulangan anda.
Sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang lemah.
Selamat menyambut hari raya pada semua umat Islam di dunia.
marilah kita sama-sama berusaha menegakkan syariat Islam
Insya Allah
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Dida (Eda Ariff)
Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me...
Eda Ariff
019-2049504
019-2049504
No comments :
Post a Comment