![]() |
Aspartame adalah pemanis tiruan yang berasal daripada asid aspartic dan phenylalanine. |
Ramai
yang bertanya pada dida apa itu Penilketonurik atau lebih dikenali Phenylketonuria (PKU). Phenylketonuria (PKU)
ialah kecacatan metabolisma sejak lahir (Inborn Errors of Metabolism, IEM)
yang boleh dikesan seawal usia beberapa hari melalui ujian darah yang rutin
pada bayi baru lahir. Pesakit PKU tidak mempunyai atau kurang sejenis enzim ‘phenylalanine
hydroxylase’ yang bertanggungjawab dalam proses metabolisma asid amino
phenylalanine.
Asid
amino, adalah blok binaan protin yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan. Dengan adanya enzim yang normal, phenylalanine
dicerna kepada asid amino tyrosine, yang kemudiannya digunakan oleh
badan. Sekiranya enzim phenylalanine hydroxylase tiada atau
tidak mencukupi, phenylalanine akan terkumpul dalam darah dan ianya toksik
kepada tisu otak.
Simptom
PKU biasanya tiada pada bayi baru lahir. Bayi PKU mungkin kelihatan terlalu
mengantuk, keletihan dan payah untuk menyusu. Tambahan, bayi PKU cenderung
untuk mempunyai mata, kulit dan rambut yang berwarna cerah yang agak aneh
disebabkan kurang pigmentasi. Juga ada kemungkinan bayi terbabit mengalami ruam
kulit yang menyerupai ekzema, sejenis keradangan kulit yang gatal, merah dan
melepuh.
Tanpa
rawatan, kebanyakan bayi PKU akan mengalami kecacatan mental yang teruk. Bayi
tersebut mungkin juga akan mengalami masalah neurologi lain seperti sawan
(epilepsi), hiperaktif, kecekapan koordinasi yang teruk, cara berjalan atau
postur badan yang tidak normal, tingkahlaku yang agresif ataupun penyakit
psikiatri. Simptom tambahan seperti rasa loya, muntah dan bau badan yang hapak
disebabkan adanya asid phenylacetic (produk sampingan
phenylalanine) dalam urin dan peluh.
If nak
tanya ape2 uolls bole PM or wassap je dida terus ^_^