Tuesday 28 October 2014

7 Rahsia Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan


Assalamualaikum semua,

Hari ni dida ada terbaca satu artikel tentang 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan muslim di laman web Peniaga Melayu. Dida rasa semua orang tahukan  9/10 punca rezeki adalah datangnya dari business. Bermula kecil or besar bukan ukuran, yang penting konsisten. Tanam azam nak jadi kaya supaya dapat membantu family suatu hari nanti. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan..betul tak? 

Bagi usahawan yang ingin berjaya dalam perniagaan boleh la kita sama-sama praktikkan tips-tips rahsia kejayaan usahawan dalam perniagaan ni tak kisah la ape jua business yang uolls lakukan yang penting halal dan jujur. Dida doakan semua berjaya dan success di dunia dan juga di akhirat.  Amiiinn... 


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan




Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Time To Plan

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

When you don't give up!
YOU CANNOT FAIL

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Saling bantu membantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.
Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri


Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.


#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat






Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.


RUMUSAN

Ramai daripada mereka ni hanya hangat - hangat tahi ayam je. Apa yang dida nampak semuanye nak ambik jalan mudah dan singkat. Sebab itulah ramai yang kene tipu dengan Skim Cepat Kaya. Dalam business ni tak ada jalan mudah, setiap perkara perlukan pengorbanan, ketabahan, kesabaran dan yang paling penting sekali berusaha. Jangan sesekali berputus asa, berusahalah kerana suatu hari nanti ape yang kita usahakan itu pasti berbaloi dan kita pasti akan mendapat hasilnya. 

Apa yang dida dapat lihat disini ramai yang salah faham tentang business MLM ni. Ramai juga yang bertanya kepada dida kenapa memilih business ni . Sedang kan business yang dida pilih ni adalah business MLM. Ramai yang kata MLM ni penipu la dan hanya menguntungkan orang atas. Tapi sebenarnya tak. Jika kita berusaha kita la yang akan dapat hasilnye. Uolls tau tak, tanpa uolls sedari sebenarnya kita bekerja sekarang pun hanya menguntungkan orang atasan sahaja. Kita sebagai orang bawahan ada dapat apa-apa faedah tak dari syarikat yang uolls bekerja sekarang. Keje bagai nak mati tapi gaji ciput aje, bonus pun dapat skit aje. Ibarat yang kaya bertambah kaya yang susah bertambah la susah, yang teruk sekali orang bawahan macam kita ni la. Keje bagai nak rakkk appreciation dari orang atasan langsung tak ada. Kadang-kadang kita bukan nak ape pun at least cakap la terima kasih ke. Bila staff sakit tanya la kabor ke. Ini idak...  errrmmmm hampeh tul... 

Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum yang Malaysia ni memang terkenal dengan MLM. But some people tak faham apa itu MLM, sebabnya ada juga money scheme or money game yang berlindung di sebalik nama MLM. Actually business MLM tu tak salah, yang salah adalah manusia itu sendiri. So sebagai pengguna kena buat pilihan bijak. First sekali must do your own research. For those yang tak tahu pasal Hai-O meh sini dida bagi tau sedikit sebanyak tentang Hai-O. Hai-O masih kekal kukuh biarpun dah lebih 22 tahun dan masih di papan utama BSKL since 1996. So bagi pembaca yang mungkin tertanya-tanya kenapa dida memilih business ni boleh la membaca di blog leader dida sendiri iaitu Shaliza Aziz Kenapa Saya Pilih Business Hai-O & GLAM <~ uolls boleh klik je kat sini ye.


Sekian coretan dida kali ini untuk tatapan pembaca \^_0/





Let's Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...