Thursday 18 September 2014

Resepi Cream Puff & Krim Kastard

Sumber Pic dari Internet

Assalamualaikum semua.....

Hari ini nak update untuk entri baru iaitu... Cara-cara membuat Cream Puff... Maklumlah dah petang-petang macam ni mesti ramai yang teringin minum petang betul tak??? Macam tu jugak dida... hihihi... Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa antara banyak-banyak resepi, resepi cream puff jugak yang dida pilih. Haaa... sebab dida suka la dida post entri kali ni pasal Cream Puff & dida pasti ramai jugak yang suka makan just like me...hihihi... Jika makan setakat sebiji dua memang tak cukup la jawapnya... sekali ngap pasti nak lagi. Entah-entah dah bape banyak ngap pun kite tak perasan kannnn... hehehe... mana taknye kuih ni kan lembut dan berkrim memang sedap sangat sehingga mejilat jari... Seperti biasa la cream puff ini memang sedap kalau fillingnya dari kastad... Tapi selalunya dida tempah je... hihihi... tak pandai buat lagi. Tambah oven kat umah tu kecik sangat, bukan leh buat banyak sekaligus. Kalau buat pun tak sampai 10 biji boleh masuk oven tu. So temanya memang malas la nak buat. 

So jom kita sama-sama belajar resepi membuat Cream Puff & Krim Kastard


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF (UNTUK 20 BIJI CREAM PUFF)

1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam













CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM PUFF

1-  Panaskan oven pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)  

BAHAN-BAHAN CREAM CUSTARD

1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard 
200ml susu segar 
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM CUSTARD

1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin. 
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff 








Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

2 comments :

  1. Eda,
    Terima Kasih sudi singgah teratak Nina dan cuba resepi cream puff. Cantik menjadi puff Eda.
    Tahniah! Seronok kann dpt makan puas-puas. Hehehe ....
    Salam Perkenalan~

    ReplyDelete
  2. Tq Nina Mirza sebab sudi share resepi with us

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...