Thursday 24 April 2014

Jalan Area Bukit Bintang Mendap!

Assalamualaikum uollsss…

Dida sangat2 busy sekarang ni dengan keje, dengan study, dengan bizzz lagi... Ambik ko 3 keje sekaligus buat dalam waktu yang sama... huhuhu... Buat bizz ni pun tak sestress study tau... hehehe... Mana taknya bizz mana nk buzy sangat, klu buzy pun sangup kerana berbaloi2 sangat tau. Bila buat bizz dapat la income kaaching2 gitu. Betul tak kawan2 sekalian. Jika kita berusaha pasti dapat hasilnya. Study pun study la, dida kene berfikiran postif. Sekarang maybe dida rasa terbeban but bila dapat dah tamat dan nak convocation baru la timu tu rasa nak nagis dan rasa berharga sangat that moment. Uollss tau tak, bila study pun dida dapat income jugak tau... hehehe. Sapa tak suka at least sambil berniaga boleh la dida membantu kawan2 dida yang ada masalah kesihatan, masalah kulit (seperti eczema, jerawat, pigmentasi, parut), masalah husband tido berdengkur ke, stroke, gout, sakit lutut @ sendi, nak kulit cantik, nak kurus, kereta la dan macam2 lagi. Sharing is caring... caring is loving u ❤ . 

Itulah bizz dari tak rapat dengan kawan jadi rapat gilerr ko. Jumpe balik gan kawan2 sekolah lama. Korang semua tak tahu yang dida ni kat sekolah sangat2 pemalu dan pendiam tau. Ingat dulu kat sekolah selalu kene usik gan cikgu. Tah ape la nama cikgu tu, dida lupa. Dia suka usik sebab kami ni pendiam sangat dan pemalu, umpama perempuan melayu terakhir gitu... hehehe... terakhir ke... eeeee perasan tul dida ni, nak termuntah plak... sediakan baldi nak muntah ni... uwekkkkkkssssss... Yang tak bole blah cikgu tu cakap yang kami ni gaya2 calon nak buat isteri. Siap cakap lagi lelaki bila dah besar suka perempuan yang macam kamu ni, lelaki tak suka yang huha...huha... gedikssssss terlebih... Time tu hanya ALLAH je la yang tau... Malu giler beb, merah padam muka dibuatnya. Mana taknye cakap dalam kelas, semua pelajar dengar dan pandang. Timu tu menakutkan tul. Seram sejuk dibuatnya. Nasib dida tak demam. Yang peliknye bila dah keje dan bila dida buat bizz ni dida jadi ramah plak gan orang. Diri pun dari hari ke hari semakin yakin dengan diri kita sendiri. Bukan ape dida dari seorang yang pemalu kene la buang perasaan pemalu dan segan gan org. Macam mana nak berhadapan dengan customer klu kita malu2 dan takut2, kompem customer pun tak percaya pada kita. So bagi dida sifat pemalu still ada dalam diri tapi biarlah kene dengan tempatnye. 

Dah terlajak plak bercerita pasal dida. Padahal dida nak cerita kat uollss pasal semalam. Dida dapat sms dari dari rakan study dida memaklumkan supaya dida elakkan pergi ke Jalan Bukit Bintang kerana lalu lintas sangat teruk dan banyak jalan area KL ditutup kerana jalan mendap. Aliran trafik ke Bukit Bintang, Jalan Tun Razak dan sekitarnya sesak teruk berikutan penutupan jalan sepanjang 500 meter di Bukit Bintang  antara Chulan Square dan Menara World Wide bagi kerja-kerja membaiki jalan yang rosak sejak pukul 9 pagi tadi. Kerosakan itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan kerja-kerja pembinaan projek MRT di kawasan tersebut.

SMS from My Friend


MRT Corp dalam kenyataannya pada 23 April 2013 berkata, jalan tersebut dijangka dibuka pukul 6 petang selepas kerja-kerja selesai. Tapi uolls pun tau kan petang semalam memang hujan lebat... So memang lagi jem arrr tambah plak jalan banyak tutup sebab jalan mendap!!! So sebagai alternatif pemandu dari Bukit Bintang ke Jalan Tun Razak boleh menggunakan Jalan Imbi di Chulan Square dan ke kiri ke Jalan Jalan Inai seterusnya ke Jalan Kampung sehingga ke Bukit Bintang dan Ke Jalan Tun Razak.


Surat MRT untuk Kenyataan Media

Announcement from Star Radio Traffic

Antara gambar2 jalan mendap area Bukit Bintang, Kuala Lumpur.... berlakunya mendapan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dipercayai hasil kerja-kerja mengorek terowong yang sedang giat di jalankan oleh pihak MRT Corporation yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan umum sehingga menyumbang kepada kesesakan yang amat teruk terutamanya jalan sekitar Bukit Bintang. Keadaan bertambah teruk ketika waktu puncak.

MRT 1


MRT 2


MRT 3

Okaylah kawan2... Study time... belajar... belajar jugak... keje... keje jugak.. tapi my bizzz tetap jalan... biar susah dahulu baru senang2 kemudian... nak ubah hidup untuk masa depan yg cerah... kene berusaha... berdoa... selebihnye berserah kepada ALLAH yang MAHA ESA #motivation #inspired #inspiration

STUDY TIME
#motivation #inspired #inspiration


Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...