Wednesday 26 February 2014

Sifat Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

Ni yang nak majuk ni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...

Hari ni dida nak story pasal sifat lelaki yang tidak disukai oleh wanita. So para lelaki kat luar sana kene la ambik pot pasal hal ni. Ye la suke kat pompuan so kene la ambik berat ape yang pompuan suka dan ape yang pompuan tak suke. Hidup kite ni kena la saling memahami antara satu sama lain. Kalau asyik pompuan je yang nak kene faham lelaki jenuh la kite... huhuhu... Bagi jejaka tampan or kurang tampan kat luar sana jangan ambik hati ek... hihihi...

Okayyy... berbalik pada cite dida tentang sifat lelaki ni, kadang2 dorang tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini dibenci oleh kaum wanita. Nak tau sebab ape??? Haaa....... sebabnya ada segelintir dikalangan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Ingat pompuan ni suke sangat ke majuk. Perempuan ni merajuk mesti ada sebab, Kalau tak ada sebab mesti perempuan tak akan merajuk punye. Macam dida, kalau dida terasa hati or tersentap la kata kan kompem majuk punyeee. Mulut tu tak yah cakap laaa, muncung tu semuncung2nya kalah muncung tikus. Pastu kompem pandang tempat lain dan tak cakap banyak, cakap pun macam terpaksa jeee... Lelaki kat luar sana kene la paham ye, sebenarnya kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada itu menjadi punca pertengkaran. Tapi dida tak nafikan, kadang2 ada jugak pompuan yang mengada-ngada. Jangan kata lelaki je meluat, dida pun meluat jugak. Namun, adakalanya lelaki tidak sedar yang perbuatan mereka ada yang dibenci oleh kaum wanita. So apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.


1. Penipu

Haaa... ni yang paling teratas sebab yang ni paling dida benci. Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan pompuan menjauhi lelaki. Bukan ape, kadang2 perempuan boleh tau sama ada lelaki tu menipu or not. Tetapi lelaki kat luar sana kene ingat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Janganlah bila seseorang tu pergi dari hidup uolls, baru la nak menyesal tak sudah. Time tu la baru nak frust menongeng, nak menghargai seseorang kan. So beringat la ek, bila nasik dah jadi bubur semuanya dah tak guna lagi.

2. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap perempuan. Pantang digoda dengan perempuan lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’ or 'kekasih gelap'. Ada juga yang sanggup keluar dengan perempuan lain walaupun sudah mempunyai kekasih or wife. Kenapa la lelaki ni tak penah nak cukup dengan seorang perempuan ye. Lelaki leh tolong jawap tak? Bukan ape nak tau gak nape??? 

3. Panas baran

Ni lagi satu sikap lelaki, suka sangat panas baran tak tentu pasal. Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan pada perempuan. Seolah-olah perempuan ni tempat dorang lepas marah or punch bag. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan perempuan benci dan fobia. Bagi sesetengah perempuan yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan perempuan ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan. Ingat lah wahai wanita diluar sana, sekali lelaki mengangkat tangan selama-lamanya kaum lelaki ni akan mengangkat tangan. Jangan biarkan kita ni kaum wanita ditindas oleh lelaki yang tidak berhati perut pada kaum wanita. 

4. Mengongkong

Eeeee..... Melemaskan la bila lelaki yang suka mengongkong ni. Tak salah nak mengongkong tapi jangan terlampau sangat. Adakalanya memang bagus sebab rasa dicintai, ada orang sayang, ada orang ambil berat dan rasa berpunya. Tetapi kalau terlampau sangat pun tak boleh jugak sebagai contoh perlu ke nak minta izin kalau nak keluar dan call setiap 5 minit. Tak kira la dengan kawan2 perempuan or family sendiri, sedangkan belum ada ape2 ikatan yang sah dan belum sah menjadi haknya. Lebih afdal jika minta izin dengan ibu bapa kita sendiri. Tak salah nak ambik berat. It's good attitude. Bagi dida jika nak kawal gerak-geri kekasih tak ada masalah. Tapi jangan melampau ye mau tension beb... Tetapi, cuba kalau perempuan buat macam tu pada lelaki mau melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control. 

5. Cemburu Buta

Bagi dida cemburu tu bagus. Itu tandanya lelaki tu sayang kat kite. Tapi kalau kuat sangat cemburu or suka cemburu buta, susah tu. Malangnya jika dapat pasangan yang suka cemburu buta. Suka mencari salah dengan perkara kecil dan bergaduh akibat perkara remeh temeh. Memang menyesakkan kepala jika dapat pasangan macam ni. Setiap perkara perlu direport pada dia, buat setiap 5 minit mau highper tension dibuatnya. Hurrrmmm...

6. Meninggikan suara

Ramai lelaki gemar meninggikan suara kepada kekasih or pasangan mereka tanpa mengira perasaan wanita tersayang. Mau kene heart attack dibuatnya, malu tu takyah cakap la. Kalau boleh cabut kepala tu, dah lama kite cabutkan. Hehehe... Tanpa melakukan kesalahan terpaksa mendengar lelaki tersayang meninggikan suara tanpa mengira tempat amatlah memalukan dan menyakitkan hati. Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ hurmmm 'macho la sangat kan' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Apalah nasib wanita tersayang. Sedihnyaaa... Sob...sob...sob... Tapi kalau sayang jangan la tinggikan suara. Cube la cakap elok2. Bukannya tak bole cakap elok. Lain la kalau pasangan korang tu pekak.

7. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Susah sangat ke nak cakap maaf pada pasangan kita. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jadi fikir2 kan lah ye... Jangan terlambat udah  la ye, siap hari bulan awek kesayangan kene kebas. Time tu baru la nak kalam kabut.

8. Suka ‘cuci mata’

Memang menyakitkan mata dan hati bila berjalan dengan lelaki yang gemar mencuci mata dan liar tengok perempuan cantik or seksi tapi seksa... hahaha...  Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang la katakan). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Kita duk sebelah dia sempat lagi matanya melirik ke arah wanita lain yang sexy dan bergaya. Kalau kite nak bergaya dan sexy tau plak marah. Pantang ada perempuan cantik pasti nak cuci mata. Owwwhhh... Adakah lelaki jenis ni kita perlu cuci mereka habis-habisan??? Kuang... kuang...kuang...

9. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya or wifenya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan perempuan. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, perempuan adakala sensitif, adakala tidak sensitif. Tetapi bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki or husband menjaga hati mereka terlebih dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika perempuan itu isterinya. Walaupun begitu bagi lelaki yang sudah or belum berkahwin jangan lupa akan tanggungjawab pada keluarga, kerana syurga seorang anak lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu. Manakala perempuan syurganya terletak pada kaki suami. Bagi perempuan pula kene lah memahami suami jugak. Jangan la skit2 nak emo je... Dalam hidup berumahtangga ni kita kene la saling memahami antara satu sama lain dan lelaki kene la pandai mengambil hati isteri dan kenalah berlaku adil. Jika isteri tu merajuk cepat2 lah pujuk isteri dan berlaku adilah la ye... :) 

10. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal sampai terlupa isteri or kekasihnya. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih or wife. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

11. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya or wifenya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita or wife korang terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil seperti bunga ke, coklat ke, candle light dinner ke dan macam2 lagi. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih dan ungkapan sayang setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

12. Kuat Merokok

Ya, ramai lelaki kat luar sana yang merokok. Tetapi ada juga yang perihatin tentang orang di sekeliling mereka cuma tak de la ramai sangat yang perihatin. Ada sesetengah jenis ni dah la kuat merokok, pastu suka merokok tak kira tempat. Sebagai contoh di restoran yang sesak dengan manusia or bayi pun mereka nak merokok tanpa rasa bersalah. Malulah sikit dengan sikap yang macam ni. Tolong lah tunjukkan contoh dan tauladan yang baik2. Para lelaki diluar sana ingatlah kamu tu pemimpin dan khalifah di muka bumi ini, so please tunjukkan tauladan dan contoh yang baik pada orang di sekeliling kamu terutamanya pada anak2 dan wif. 

13. Control Macho

Kita biasa melihat wanita control ayu, asyik nak tengok cermin aje betulkan make up sememeh ke idok kan. Kejap2 tengok cermin... Kejap2 tengok cermin... Touch up sini, touch up sana, nak pastikan lipstik merah menyala or maskara cair ke takkan. Tapi memang merimaskan bila jumpe lelaki yang sikit2 nak betulkan rambut, nampak cermin je nak benti betulkan baju la, rambut la dan macam2 lagi. Lalu tandas je nak jenguk cermin. Agak2 korang la kan, rimas tak kalau lelaki macam ni??? Errrrmmm...

14. Gelojoh

Ramai lelaki yang sangat gelojoh bila makan sehinggakan bila nampak makanan terus lupa dunia. Makan macam orang tak makanan 2 hari. Tapi jika lapar sangat2 boleh dimaafkan la. Bagi lelaki yang baru kawin jangan la gelojoh plak bile malam pertama... HAHAHAHA... 

Cer komen sikit pendapat korang? Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza2. Walau ape pon yang penting adalah saling tolak ansur antara satu sama lain dan setiap pasangan cuba la memahami serta mempercayai antara satu sama lain. Baru rumahtangga boleh bahagia. Peace yooo...  

p/s – jangan la muncung sangat macam dalam gambar atas tu ye :p (Peringatan untuk diri sendiri)





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 

Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...