Thursday 6 February 2014

Menipu dan Berbohong

Assalamualaikum semua…

Hari ni eda ingin berbicara tentang sikap manusia yang suka sangat menipu dan berbohong. Menipu dan berbohong adalah dua perkataan yang sama maknanya. Walauapapun kedua-duanya mempunyai maksud yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu, atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan diri kita ditipu. Yang paling teruk bila kita terjerumus kepada tabiat menipu diri sendiri atau menipu orang lain yang seolah-olah menjadikan keuntungan pada yang melakukannya. Kenapa eda pilih isu ni??? Banyak sebabnya… hehehe…….

Salah satu sebabnya adalah mungkin kita ni selalu ditipu ataupun selalu menipu orang sekeliling kita. Menipu dan berbohong ini jika kita lihat hampir wujud didalam setiap perhubungan dan sikap seseorang tidak kira dalam keluarga, percintaan, persahabatan, pekerjaan ataupun dalam perniagaan dan macam-macam lagi la. Jika kita lihat berbohong dan menipu ni dah jadi macam satu trend terutamanya pada masa sekarang. Kalau kita tengok budak2 zaman sekarang, kecik2 lagi dah pandai menipu. Nak salahkan anak2 100% tak boleh jugak sebab yang menjaga dan mendidik kita adalah ibu bapa sejak kita dilahirkan lagi. Contoh kita melihat seorang anak muda yang biadap dan bersikap kurang ajar bila bercakap dengan orang tua. Mesti kita akan cakap sapeee la mak bapak dia, macam mana mak bapak dia didik anak dia ni… ish3…


Kenapa manusia ni suka sangat berbohong tidak kira lelaki ataupun perempuan terutamanya dalam perhubungan. Kita semua tahu setiap perhubungan yang terjalin mestilah berdasarkan diatas kepercayaan. Jika hilang kepercayaan didalam sesuatu perhubungan yang terjalin, pasti hubungan tersebut tidak akan kekal lama. Eda pelik dengan mereka ni, tak penat ke menipu dan terus menipu. Maybe orang yang suka menipu rasa syok kot bile penipuan mereka ni berjaya terutamanya pada pasangan masing-masing. Ada sesetengah tu mungkin cakap nak jaga hati pasangan masing-masing, tapi sebenarnya bukan menjaga hati pasangan tapi melukan hati lagi ada la. 

Mereka ni tak akan serik, malah akan terus menipu dan menipu lagi. Sebagai contoh yang paling jelas sekali pasangan yang bercinta or pasangan yang sudah berkahwin. Buat lelaki yang kasanova or perempuan2 yang play girls kompem2 la guna ayat manis, menipu dan berbohong tu mesti. Eda rasa bukan mesti dah tu kira wajib bagi mereka menipu dan berbohong tu. Maklumlah nak hidup la katakan. Tapi mereka sedar tak, apa yang mereka lakukan ni menyebabkan banyak hati yang terluka dan memberi impak yang besar kepada diri si penipu dan orang di sekelilingnya. Menipu dan berbohong ni bukan sahaja memberi impak yang negative, kadang-kadang tu boleh menyebabkan pelbagai masalah lagi. Last2 diri sendiri yang terbelit dengan penipuan yang dibuat. Bila penipuannya terbongkar, akibatnya amatlah buruk dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Ingatlah……. memang nak berterus terang tu amat susah dan kebenaran itu pahit. Tetapi setiap kepahitan pasti ada kemanisannya dan setiap kesabaran pasti ada ganjarannya. Bagi eda jika kita dah mengetahui kebenaran walaupun pahit untuk ditelan, tetapi bersabarlah… Setiap insan tidak dapat lari daripada kesusahan hidup dan musibah sama ada berupa penyakit, kemiskinan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Musibah ini sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk menguji hambaNya. Allah ta’ala berfirman:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Sikap seorang mukmin bila  menghadapi musibah ialah reda dan menerimanya sebagai ujian dari Allah. Dia menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang dan berserah diri kepada Allah dan memanfaatkan musibah tersebut sebagai peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

 “Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, Hasan Sahih)

Kesimpulannya berubahlah untuk kebaikan. Sampai bila nak terus menipu dan berbohong. Apa perasaan jika kita sendiri ditipu oleh orang yang kita sayang dan orang yang paling kita percayai. Pasti terluka bukan. Dan ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti dapat balasan dari Yang Mana Esa didunia mahupun diakhirat. Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah saw menjelaskan sifat-sifat orang yang munafik, diantaranya ialah apabila dia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila ia diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah mengatakan yang berbohong dan berdusta itu termasuk dalam satu dosa besar. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, tetapi ingatlah Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya:

"Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30).








No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...