Friday 4 September 2015

Pentingnya Kejujuran Dalam Perhubungan



Assalamualaikum semua,

Hari ni dida nak kupas tentang topik Kejujuran didalam perhubungan. Tidak kira perhubungan antara suami isteri, antara anak dan ibu bapa, persahabatan, dan percintaan. 1st thing yang perlu kita tahu apakah elemen yang paling penting dan harus ada dalam setiap perhubungan?

Adakah setiap perhubungan itu hanya sekadar di bilik tidur tanpa memikirkan aspek yang lain?

Adakah setiap perhubungan yang menghadapi masalah kita perlu berdiam diri, lari dari masalah dan tidak cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan diri sendiri dalam memastikan perhubungan yang dibina berkekalan?

Banyak betul persoalannya kan. Errrmmm... Sekarang ni kita boleh lihat banyak sangat kes-kes penceraian yang berlaku didalam negara kita. Makin lama makin meningkat kes penceraian di Malaysia.  

Antara Faktor Perceraian

1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Dalam kes ni tidak kira sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan uolss mestilah memahami tanggungjawab masing-masing dan bukan hanya sekadar lepas tangan. Apa yang kite lihat sekarang ni suami isteri bekerja dan bila sampai dirumah pula 100% isteri yang buat keje, suami hanya balik berehat, duduk depan TV. Lepas tu segala benda semua urusan rumah isteri yang berbanting tulang sorang-sorang buat keje. Bila masing-masing tidak memahami tanggungjawab mula la berlaku pergaduhan. Tetapi tidak dida nafikan ada suami yang ringan tulang membantu isteri. Disini dida sertakan artikel dari laman web JAKIM memperjelaskan isu berkenaan tanggungjawab suami dan isteri setelah pernikahan.







Pesanan dida pada uolss semua kitew tidak perlu mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan dalam diri begitu juga dengan kitew. Sama-sama lah kite memperbaik diri dan berfikir dengan lebih positif. Kira dari negative cube kitew fikirkan sesuatu untuk jadi lebih positif. 

2. Asas Agama Yang Rendah
Asas Agama ni actually yang paling penting sekali sebenarnya. Jika kita mempunyai asas agama yang rendah dan lemah iman kitew pun sennag la goyah. Betul tak. Ibarat bina rumah tak ada tiang. Agak2 uolss kukuh tak rumah yang kitew nak bina tanpa tiang? Tidak kira lelaki atau perempuan, pemilihan calon suami dan isteri adalah sama.

Rasulullah pernah bersabda : 


“Wanita itu dikawini karena hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kau memilih yang mempunyai agama yang kukuh, niscaya anda akan bernasib baik.”

(1) Agama 
Inilah sebaik-baik pilihan. Agama itu penting. Jika tiada agama manusia akan jadi seperti tiada pedoman. Bila adanya agama boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Agama juga mengajar kite menjadi seorang yang bertanggungjawab, baik budi pekertinya, akhlaknya. 


(2) Kecantikan 
Kenapa kecantikkan itu juga penting. Hal ini kerana, elok rupa paras seseoarang itu dapat menyenangkan hati dan mata yang memandangnya. Standard la dah nama pun manusia. Sapa tak nak yang cantik yang hensem. Ye tak? Ye la kalau muka macam Godzilla mau x balik umah korang dibuatnya. But its depend on you. Janji cantik dimata korang. Orang nak cakap ape pun lantak la janji bagi uolss cantik. Tak gitu... Ahakss... 

(3) Keturunan baik 
Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa. Sebab wanita dari rumah tangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik putera-puterinya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya. Ye la bila husband tak ada dirumah seorang isteri kene la menjaga maruah. 

(4) Harta 
Zaman sekarang tidak dinafikan lelaki mahupun perempuan memilih jodoh calon isteri atau suami mempunyai harta yang banyak. Tetapi biarlah pasangan kita itu datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan semata-mata. Sebaik-baik pilihan adalah kerana AGAMA.

3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Mesti ramai yang ingat campur tangan pihak ketiga tu orang luar seperti kekasih gelap pasangan. Tapi tahu tak kebanyakkan faktor penceraian adalah disebabkan oleh campur tangan pihak ke-3 iaitu mentua. Tidak kira sebelah lelaki ataupun perempuan. Masalah akan bertambah rumit jika diselesaikan dengan segera. Di sini suami perlu bijak memainkan peranan dan mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Seba tu sebelum kamwn pastika mentua kitew suka pada kitew. If dia tak suka cube ambik hati mentua. Selain itu, banyakkan berdoa... InshaAllah pasti mentua akan terbuka hati menerima uolss sebagai menantu. 

Buat mentua seperti kawan, bukan lawan. Orang tua-tua ni lagi kitew berkeras lagi dorg berkeras. Sometime kitew kene beralah, alah orang tua dorg lebih makan garam dari kitew. So ape2 rujuk ibu mentua. Lagi satu pesanan dida walaupun anda sudah berkahwin dengan suami anda, tanggungjawab anak-anak lelaki tidak akan putus pada ibu bapanya walaupun sudah berkahwin. Bukan dida cakap ye, tapi Allah yang cakap. Dida just sampaikan. Tapi ISLAM tu tak kejam. Uolss boleh berbincang elok2 gan suami anda. Hahaha... takkkan nk balik umah mak kitew pun x boleh kan. Hihihi. 

Pada anak-anak lelaki ingatlah anda sudah dilantik menjadi Khalifah dimuka bumi Allah ini. Jadi jalankan lah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Ingatlah orang yang akan mengheret anda ke akhirat kelak adalah ibu anda, adik-beradik perempuan anda tidak kira kakak or adik perempuan, isteri anda, dan anak-anak perempuan anda. 
    

4. Masalah Seksual
Part ni memang agak sensitive. Tapi jika uolss tidak berbincang dengan pasangan masing-masing. Semakin lama memendam rasa semakin lama ia akan menjadi seperti barah jika tidak dirawat. Hubungan intim ni sangat penting tidak boleh dipandang ringan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam berbincangkan masalah seksual yang dialami. Ye la jika tak puas bagi tau pada pasangan bukan bila tak puas pi cari orang lain. Salah tu. Sekali-sekala cuba uolss luangkan masa dengan bercuti dan jauh daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.


5. Curang dengan Pasangan
Benda ni memang sering kitew dengar. Hal ini jika dibincangkan secara direct, topic ni paling ditakuti oleh isteri. Mana ada isteri yang suka kalau suami dia curang betul tak. Tapi itu zaman dulu kala. Kalau zaman sekarang ni macam-macam berlaku. Nak cakap suami aje curang tak jugak. Ramai aje isteri yang berlaku curang pada suami dorag. Just imagine suami dengan isteri orang, isteri orang dengan suami orang. Namun benda ni dah jadi seperti barah dalam masyarakat kitew. Yang pelik orang yang dah berkahwin. Korang dah ada yang halal. Korang tau tak??? Perlu ke cari lain. Mengatai sana sini. Tak pahay la nak test power ke, nak test markets ke nak tengok uolss ni laku ke idak lagi. Tak perlu semua tu? Korang buat seolah-olah korang ni Bujang. Sedangkan diri tak sedar anak dah berderat. Rumah kata pi, kubur kata mai! 

What do u feel kalau anak korang buat macam ni. Adakah uolss tak kisah? Dida cakap ni bukan pada lelaki sahaja, perempuan pun sama je. Jadi bila pasangan dah tahu perkara sulit anda, sudah tentu penceraian adalah jalan terakhir. Tapi ape2 pun berfikir secara rasiaonal. Jangan mengikut emosi ketika marah.


Pada husband kalau wife tu selekeh ke, tak kemas ke, berbau ke, berat badan dah naik ke… tegur la. Susah sangat ke nak bukak mulut tu. Cakap pada wife. Tak perlu la mengatai pi cari perempuan lain. Pada cik wife if kalau en.hb kamu tu dah komplen macam2 please buat something. Jangan bila en.hb uolss cari perempuan lain baru nak ambik action.  

Bila cakap pasal ni Cik dida jugak yang emotion terlebih. Tak suka la korang curang-curang ni tak baik tau. Yang jadi mangsa anak korang gak. Fikir la perasaan anak uolss. Pleaseeeeee.... Jadi la seorang yang setia.

6. Kewangan
Ada orang cakap duit itu tak penting. Tapi tanpa duit macam mana nak hidup. Ditambah dalam ekonomi la ni. Lagi la penting. Betul tak? Bila ada masalah kewangan juga boleh menjadi salah satu punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami apabila suami tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya pada keluarga. Contoh perkara ni berlaku seperti suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri. Sebagai suami tanggungjawab mencari rezeki, macam sekarang nak harap dengan gaji hakiki aje memang tak cukup. Sebagai lelaki kene fikirkan sesuatu untuk menambahkan sideincome seperti buat business secara part time ke kan. Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Tapi kalau banyak duit tapi x ada masa untuk keluarga pun tak boleh jugak. Anything must be balance okay. 

7. Kerjaya
Kerjaya juga boleh menyebabkan berlakunya penceraian. Hal ini kerana perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri juga boleh menyebabkan jarak perhubungan. Mana taknye degan kesibukan tugasan masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kadang-kadang suami juga tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.

8. Enggan diMadukan 
Isteri mana merelakan dirinya dimadukan. Rata-rata isteri tidak mahu dimadukan dan rela diceraikan. Kalau tanya mana-mana perempuan tak sanggup. Sape sanggup beb. Isteri mana yang mahu berkongsi kasih orang tersayang dengan orang lain. Tapi lelaki bab berpoligami ni la NO.1 kan. Time tu mula la cakap sunah Nabi. Sedangkan tak sedar diri yang wajib pun korang tak tunaikan. Contoh ambik satu la... Solat. Cukup ke solat lima waktu. Pernahkan Imam kan wife dan anak2 uolss. Cukup ke beri makan minum pada keluarga. Ini isteri yang sorang pun tak terjaga ada hati nak kawin lain. Adoiiii haiii... Pleaseee la ye... Ingat lelaki tanggungjawab besar. Bukan fikir nafsu semata-mata. Kalau fikirkan nafsu sampai bila pun tak akan puas.

Dalam setiap perhubungan, aspek yang paling penting adalah Kepercayaan, Bertolak Ansur, Bersikap Terbuka (tetapi masih mengikut adat ketimuran dan berlandaskan agama), Komunikasi antara 2 hala, Saling Memahami antara satu sama lain dan yang paling penting adalah Kejujuran. 

Jom dida kupas satu persatu yang menjadi tunggak kekuatan didalam setiap perhubungan.

1. Kepercayaan
Perkara yang wajib dalam setiap hubungan. Setiap pasangan perlu mempercayai antara satu sama lain. Sikap tidak mempercayai pasangan boleh membawa masalah dan kepincangan dalam perhubungan itu. Contohnya... Jika si suami tidak mempercayai setiap tindak tanduk isterinya bekerja atau tidak percaya untuk berkongsi apa saja yang dimiliki seperti harta dan masalah.

2. Bertolak Ansur
Dalam perhubungan mesti ada sifat bertolak-ansur. Jika asyik nak menang sampai bila pun rumah tangga tak aman. 

3. Bersikap Terbuka (tetapi masih mengikut adat ketimuran dan berlandaskan agama)
Bab ni perlu juga tapi biarlah bertempat. Hubungan suami isteri perlu bersikap terbuka, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing dalam apa jua bentuk sekalipun. Berkongsi apa sahaja masalah, suka dan duka dalam kehidupan dalam pasangan. Jika sikap itu tidak ada dalam diri apa gunanya pasangan itu dijadikan sebagai isteri suami. Betul tak?

4. Komunikasi antara 2 hala
Komunikasi juga satu perkara penting yang perlu juga dititik beratkan. Dalam apa juga masalah yang timbul dalam hubungan, komunikasi itu perlu bagi mengelakkan salah faham antara satu sama lain. 

5. Kejujuran
Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...itulah yang perlu ada dalam setiap perhubungan. 

Pesanan dida, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh ALLAH s.w.t.  Jadilah pasangan yang akan membawa pasangan kitew hingga ke JANNAH. Dida doakan uolss semua bahagia dengan pasangan anda. Yang penting jujur lah dengan pasangan. Jaga hati dan perasaan pasangan anda. Doakan dida jugak ye... Semoga dipermudahkan bertemu jodoh dengan orang yang baik dan setia. Aamiin...



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 


019-2049504

E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...