Wednesday 16 July 2014

Punca dan Rawatan Gastrik



Assalamualaikum & Hello uollss...

Sory la uolls, lately ni jarang plak post sebab baru je past abis exam... Finally merdeka la kejap, sebelum naik balik study bulan September ni. Dah abis exam sibuk plak dengan bizzz semula and kompem uolls pun sekarang tengah sibuk dengan buat kuih raya and persiapan raya kan. Errrmmmm.... semalam punye pasal, gara2 cuti so tak pakai Premium Beautiful. Last2 diri yang merana.... sob...sob...sob... Dah tau badan tu suka sangat sakit perut or sakit gastrik x nak beringat. Ish3... Dida... Dida... yang peliknya selalu sakit gastrik time stress, terutamanya time malam2 la. Ni maybe sebab pose, perut senang masuk angin... so senang la nak sakit. Finally gagah pi ambik waist nipper untuk hilangkan gastrik atas nasihat my friend also from our team #thediamondcircle Yana Mokhtar. Alhmadulillah sembuh skit2. Cuma ambik masa untuk sembuh, nasib baik ada waist nipper. Jika tak mau kene buka pose makan ubat gastrik. 




Dida nak berkongsi dengan uolls dengan ape yang dida baca tentang penyakit gastrik ni. Bagi dida penyakit gastrik ni amat bahaya kerana boleh menyebabkan or punca kepada Kanser Usus. Kenapa dida cakap macam tu ye ??? Haaa... ini adalah kerana bila perut pedih ada satu asid yang dihasilkan oleh perut tapi dalam perut la... Hihihi... Asid ape tak tau la plak dida tapi ia akan menghakis perut kita. Ye la jika uolls asyik skip breakfast or tak jaga makan kerana nak slim or nak berdiet la last2 diri yang merana. AMBIK KOOO!!! So meh kita sama2 baca dan faham ape itu gastrik, ini pun dari ape yang dida baca. Jika salah sila tegur dida ye... 

Actually gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. 

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi




Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  • Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
  • Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan

Dari segi rawatan pulak dida biasanya tak nak bergantung pada ubat sangat. Dan dida jika sakit memang jarang makan ubat. Tapi secara jujurnya memang tak penah makan ubah pun. hihihi... penakut makan ubat. Dida selalunye cari alternative lain seperti makan Shake Herbalife ke... Tapi sekarang dida just pakai Premium Beautiful and Biovelocitysleepmate. Antara kebaikkan yang kite dapat dari PB ni untuk sihat ialah seperti berikut:

  • mengelakan sel kanser aktif
  • senggugut
  • gout
  • migrain
  • mengelakan mendapat ketumbuhan kat payudara (cyst) 
  • athma
  • gatsrik 
  • buasir
  • sembelit 
  • rahim jatuh
  • melancarkan perjalanan darah
  • veriscose vain 
  • slip dics
  • dan macam lagi ...


KEISTIMEWAAN BVSM 

  • Meningkatkan metabolism
  • Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
  • Meningkatkan tahap medan tenaga
  • Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
  • Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
  • Bersemangat dan bertenaga
  • Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  • Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
  • Melegakan kepenatan dan kesakitan
  • Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
  • Menggalakkan fungsi jantung
  • Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti




Selain itu ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

  • Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
  • Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
  • Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang. Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik. Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...